Filem : Cinta Sebenarnya vs Cinta

By Riduan Khairi

Pengarah : Richard Curtis
Penulis : Richard Curtis

Selepas filem Cinta diangkat Filem Terbaik dalam festival filem di Malaysia, maka sekonyong-konyong pengkritik yang tidak punya kerja membuat kritikan. Katanya filem Cinta tidak original. Ia menciplak filem Love Actually.

Setelah menonton saya katakan.Ya. Filem Cinta arahan Khabir Bhatia menciplak Love Actually. Love Actually atau diterjemahkan Cinta Sebenarnya diciplak Mira Mustapha yang menulis lakon layar kerana menamakan filemnya sebagai Cinta. Mira dan suaminya hanya memotong perkataan ‘sebenarnya’ (baca : actually).

Kenapa saya tonton filem ini?

Kerana kontroversi membabitkan filem Cinta yang dikatakan menciplak idea filem Love Actually.

Ulasan

Seperti filem Cinta, Love Actually ialah kisah-kisah cinta indah yang dicantukan menjadi sebuah filem. Kalau dalam filem Cinta hanya 5 kisah, manakala dalam Love Actually hampir 10 kisah cinta disatukan. Menontonnya terasa sibuk dan sendat.

Yang ada dalam Love Actually tetapi tiada dalam Cinta

1. Cinta antara dua darjat. Perdana Menteri Britain (Hugh Grant) dan pembantu peribadinya.
2. Cinta seorang kepada negara. Ketika pertemuan Presiden Amerika dan Perdana Menteri. Ada dialog-dialog yang sangat membina semangat patriotik.
3. Cinta 3 segi. Seorang sahabat yang menyembunyikan rasa cintanya kepada seorang wanita (Kiera Knightley) demi memberi laluan kepada sahabatnya. Ada unsur saspen di sini. Ingatkan gei.
4. Cinta antara bangsa. Cclin Firth seorang Inggeris yang meminati pembantu rumahnya seorang Portugis. Untuk mengungkapkan cintanya itu Firth menghadiri kelas bahasa Portugus.
5. Cinta pasangan pelakon yang berlakon filem lucah! Sah tidak lulus tayangan di Malaysia.

Love Actually (mungkin kerana khalayak bersedia) bercerita tentang cinta dalam konsep yang lebih luas.

Pun begitu dari beberapa sudut saya memuji pembikin dan tenaga produksi filem Cinta. Ada bahagian Cinta melebihi Love Actually. Mungkin kerana ‘melayu’ nya itu menjadikan naskah itu lebih dekat dengan penonton melayu juga. Mungkin.

Apa yang Cinta lebih dari Love Actually?

1. Runut bunyi dan pemilihan lagu-lagu dalam Cinta sangat cemerlang. Antara yang terbaik bagi filem tempatan. Shumi dan Yasmin sudah ada pesaing.
2. Gandingan menyengat Fatimah Abu Bakar / Rahim Razali dan Nanu / Que (Nanu bakal menyaingi Ida Nerina dan pelakon-pelakon gred A yang lain. Pelakon pun macam telur ayam. Ada gred).
3. Sinematografi Cinta lebih saya sukai. Yang paling indah menggambarkan Malaysia dan Kuala Lumpur. Ada keretapi, lorong belakang, budaya buang sampah merata-rata, setinggan tidak ketinggalan juga bangunan tinggi-tinggi dan cantik-cantik.

Kesimpulan

Saya setuju filem Cinta dari sudut pendekatan sama dengan Love Actually. Ada yang menamakan ia sebagai menciplak a.k.a tidak original. Sukar untuksaya katakan tidak. Namun, apa yang dalam dunia ini yang boleh kita katakan original? Benar-benar original tanpa sebarang pengaruh lain.

Kapal terbang dicipta dengan meniru stuktur burung yang terban. Ikan dilaut menjadi model penciptaan kapal selam dan kapat laut. Kita bercakap dengan meniru tone dan nada ibu bapa kita berbicara.

Jadi apa yang benar-benar original?

4 Respons bagi “Filem : Cinta Sebenarnya vs Cinta”

  1. GuruBashid Berkata:

    Kalau tiada yang ori, lakukan saja penciplakan asalkan menjadi lebih baik dan lebih menarik dari yang sebelumnya. Jika itu berlaku, penonton bisa saja memaafkan, malah melupakan.

  2. Filem : Definitely, Maybe (2008) « Ikatkata Berkata:

    [...] Cinemaonline merujukkan filem ini dengan Love Actually. [...]

  3. Filem : Love (2008) « Ikatkata Berkata:

    [...] saya membandingkan Love Actually dan Cinta, ianya tidak begitu sukar. Kedua-duanya tidak dibikin dengan sengaja untuk menjadi [...]

  4. Love (2008) « Mari tonton filem Berkata:

    [...] saya membandingkan Love Actually dan Cinta, ianya tidak begitu sukar. Kedua-duanya tidak dibikin dengan sengaja untuk menjadi [...]

Tinggalkan jawapan