Filem : Lions for Lambs (2007)

By Riduan Khairi

7lionsforlambs00.jpg

Pengarah : Robert Redfort
Pelakun : Robert Redfort, Meryl Streep & Tom Cruise

Filem merupakan media propaganda paling ampuh, paling pantas dan berkesan. Hari ini filem berada di mana-mana. Di pawagam tentunya, bahkan di kaca televisyen filem adalah kandungan utama. Dengan teknologi terkini filem kini boleh ditonton dari internet dan juga iPod. Kadar literasi komputer di Malaysia adalah antara yang tinggi dan pesat berkembang. Pemilikan iPod di negara kita melebihi kadar di beberapa negara maju termasuk Jerman.

Ini adalah sebahagian hasilan kajian yang dibentangkan oleh Dr Abu Hassan Hasbullah, di Kongress Sebudaya Serumpun baru-baru ini.

Dan Lions for Lambs (LFL) merupakan sebuah filem propaganda Hollywood yang sangat cemerlang dibikin. Jika Air Force One berjaya menaikkan semangat patriotik warga Amerika terhadap negara dan presiden rumah putih, LFL merupakan satu kempen untuk mengolah persetujuan rakyat terhadap tindakan menyerang Iraq dan kempen terhadap keganasan.

Beberapa kali nama Usamah bin Laden (aka Osama) disebut. Begitu juga nama Shi’ah dan Wahhabi.

Sinopsis

LFL menemukan 3 plot berbeza mengungkapkan penaklukan Amerika terhadap Afghanistan. Plot 1 : Sepasukan unit tentera, yang disebut platon, dihantar ke Afghanistan untuk menghapuskan Taliban demi membawa demokrasi. Ah itu alasan. Demokrasi pada Amerika ialah ketika berkuasa. Ketika mereka mampu menang. Sebaliknya apabila demokrasi itu berpihak kepada Hamas (sebagai contoh), maka demokrasi itu tidak lagi relevan.

Plot 2 : Robert Redfort (juga pengarah) memegang peran seorang professor yang mengendalikan seorang pelakar cerdik tapi bermasalah. Masalahnya timbul apabila pelajar ini mula mencurigai ‘kerelevanan; ilmu sains sosial yang dipelajari. Secara kebetulan 2 dari platon yang dihantar ke Afghanistan adalah bekas anak murid profeesor ini.

Plot 3 : Iving, seorang jurnalis (Meryl Streep) dijemput seorang senator (Tom Cruise) untuk membuat liputan tentang misi ketentaraan ke Afghanistan.

Ulasan

LFL sebuah filem yang banyak cakap-cakap. Sebuah drama konflik yang berat. Hanya 3 latar utama dalam filem ini. Bilik senator bertemu bual dengan Iving, bilik professor berbincang anak murid yang terjal dan pergunungan Afgahnistan yang bersalji. Adalah tambahan sedikit-sedikit dalam helikopter yang membawa platon dan markas ketenteraan.

Yang banyak dalam filem ini adalah cakap-cakap. Paling berat ialah perbincangan antara Senator dan jurnalis Iving, tentang prinsip, maruah, ego dan tanggungjawap.

Sebagai sebuah filem propaganda, pada saya ia sangat cemerlang. Ia melihat kempeng Ameriak terhadap keganasan dari aspek pemimpin politik Amerika dan kehendak rakyat yang kadangkala berlawanan.

Pun begitu tidak sedikit propaganda yang dihalakan kepada Islam. ‘Kesilapan 1300 tahun dahulu’ disebut beberapa kali merujuk kepada tarikh munculnya Islam di Semenanjung Arab. Konflik Wahhabi dan Shiah yang kebetulan merupakan dua puak paling berpengaruh dalam dunia Islam hari ini.

Dalam filem ini Iran dituduh membuka laluan kepada puak Wahhabi untuk memindahkan tentera dari Iraq ke Afghanistan. Sedangkan dalam dunia Islam, semua maklum akan konflik Sunnah Syiah bukanlah sesuatu yang baru dan bukanlah sesuatu yang mundah dirungkaikan. Bahkan sehingga hari ini ulama besar Syiah masih berfatwa bahawa daraha orang-orang Sunni itu halal, dan sesiapa yang menyangkal itu murtad menurut ulama Syiah.

Sebagai sebuah kajian pada saya filem ini wajar ditonton untuk melihat isu penaklukan dan kempen anti keganasan dari sudut pandang Amerika. Ini penting kerana Amerika sebagai satu kuasa besar dan pasudut pandangnya signifikan dan sangat berpengaruh.

2 Respons bagi “Filem : Lions for Lambs (2007)”

  1. Filem : Orang Besi (Ironman) (2008) « Ikatkata Berkata:

    [...] adalah satu kecenderungan baru dalam filem-filem Hollywood pasca September 11. Lions for Lamb satu contoh lain, sebuah filem propaganda yang sangat halus racunnya. Pengganas adalah factor [...]

  2. State of Play (2009) « Mari tonton filem Berkata:

    [...] kenapa teringat kepada filem (yang saya suka) Lions for Lambs. Konflik dan jalinan ceritanya lebih kemas dan [...]

Tinggalkan jawapan