Novel : Jibam

By Riduan Khairi

Penulis : Ujang
Penerbit : Creative Enterprise
Tahun : 2006
Cetakan : Ke-Sembilan
Mukasurat : 186

Anekdot

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia di sambut bukan di pesta besar. Sambutan diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

Ini anekdot yang tercatat di belakang kulit novel ini.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Ulasan

Mengikut definisi seorang ahli panel Bengkel Kajian Novel Popular anjuran DBP baru-baru ini, Jibam saya kategorikan sebagai novel popular. Kerana Jibam merupakan antara novel melayu terlaris. Naskah yang berada di tangan saya adalah cetakan ke-9. Dan Khabarnya sudah lebih 100,000 naskah terjual. Dan yang paling menarik harganya hanya RM11.90. Novel Pop biasanya berkisar latar belakang bandar. Tapi Jibam kanvasnya ialah sebuah kawasan kampong yang sangat pedalaman.

Jibam banyak unsur humor memanfaatkan kebodohan watak utama yakni Jibam sendiri. Ini klise dalam masyarakat Melayu. Mempersendakan orang bodoh, orang pekak, orang tua dan lawak cakap jerit-jerit. Lawak barat ialah lawak bercakap-cakap-mengenai-keburukan-sendiri-selepas-mabuk-todi selain lawak baling-kek-ke-muka serta lawak baling-tepung-buat-kek.

Jibam novel santai yang sarat dengan drama dan konflik dilukis dengan cara yang santai namun masih mengekalkan keindahan bahasa.

terkini : Jibam sedang difilemkan

Label: , , , ,

10 Respons bagi “Novel : Jibam”

  1. affeirul Berkata:

    Salam bro…
    Di mana saya boleh dapatkan satu salinan novel Jibam?
    Nak baca.Tidak pernah baca lagi.

    Ikatkata : Sdra. boleh cuba cari di mana-mana kedai cawangan Popular atau MPH. Masih ada cetakan baru, kerana permintaannya masih tinggi.

  2. Bullah Berkata:

    Salam bro…

    Adakah cetakan baru sama dengan cetakan yang lama. Sebab saya penah baca cetakan yang pertama dahulu. Dalam tahun 93.

    Ikatkata : Itu saya tidak pasti. Sepatutnya sama. Melainkan disebut ‘edisi’ kemaskini atau ‘edisi’ yang lain-lain. Kalau ada pun perbezaan, mungkin pada sistem ejaan, atau kesilapan yang diperbaiki.

  3. fadz Berkata:

    slm, Jibam sebuah novel ‘kecil’ yg mengejutkan, semacam Cathcher in The Rye buat Inggeris (minus the bad words, Jibam takde tu). saya mula membacanya sewaktu 16, sewaktu saya benci novel Creative kerana menaikkan iktiraf novel2 popular, tetapi kawan saya mnegatakan saya silap dan menyuruh saya baca jibam. saya baca dan saya jadi syok’.

    jibam lebih daripada paparan simbolisme melayu/thai dlm paparan watak bodoh lucu sebagai arkataip Melayu, sebab Jibam dlm novel ini melampau ‘lelucon lurus’ Melayu dan memaparkan ‘dunia’ Jibam itu ‘real’ apabila lelaki jahat itu ‘melalui satu mimpi seram’ lalu menjadi kawan ‘biol’ jibam. Persoalan: kenapa ini berlaku? Di sinilah estetika Jibam. Ujang bukan mengajar benda kecil di sini, Ujang menyatakan lebih daripada dunia ’spiritual’ melayu, tetapi dunia spiritual Melayu itu ‘betul’ dan tak ramai yg kenal, malah memaparkan dunia ‘batin’ ini digeneralisasikan oleh org sebagai selapuk dan seburuk pelacur, pondan dan pelbagai lagi kelas bawahan dari mentaliti Melayu ‘moden’. Ujang mempersoalkan: adakah anda betul2 faham dengan hal-hal yg terlindung? Simbol Jibam itu perlu, seperti mana2 cerita sufi (uways kharani sebagai contoh) yg menggambarkan si gila yg mengemis itulah yang menyimpan rahsia dunia dan Tuhan, itulah pentingnya Jibam.

  4. raffi ramzee Berkata:

    jibam memang novel terbest dlm mlysia
    teknik pncritaan yg digunakn bleh bt pmbca mghayati novel ni dgn spnuhnye
    try la bca

  5. Zulkarnain Berkata:

    Jibam memang the best novel yang aku penah baca. x boring sebab aku dah baca 4 kali. tapi novel tu hilang and aku nak cari yang lain…tapi x dapat jumpa kat mana2 lai…mcm mana tu

  6. cempakaputih15 Berkata:

    ada masa aku sebenarnya macam nak gila jek tak dapat baca apa-2 rasa cam otak blnk, sbb tu nak tau cite ape the best, kalu u kata jibam aku nak cuba cari se entelo malysia, sebut pasai gile memang surirumah selalu gila dgn keje umah, jadi bila baca novel rasa cam dia plak pelakonnya, ada masa rasa mcam nak jadi penulis, ada masa rasa macam nak jadi watak, atau kadang2 rasa semua yang berlaku dalam kehidupan nak dinovelkan tapi cam ne yek.

  7. hafiza Berkata:

    Aku nak baca sgt novel ni…dah cari kat popular Pj tapi diorang bgtau yang jibam dah lama dah xder…

    Ikatkata : Jibam masih ada di pasaran. Cari di cawangan Popular yang banyak koleksi buku Melayu.

  8. azizi Berkata:

    bini aku ngn kakak die nak sgt bce buku ni..puas aku cari kat cs jb takde..popular, mph..mane nak cari ek…tolon aaa….

  9. ahmad safarin saad Berkata:

    Jibam, novel yg paling best pernah aku baca. Aku dah 6 kali baca novel ini. Tidak pernah rasa bosan. Bila aku baca novel ini, aku dapat tau apa realiti kehadapan sebenar. Yangg buruk, yang cacat dan yang kurang akan di hina, dikutuk, dikeji. Sebaliknya yang sempurna, yang ensm dan yang cantik akan dipuji, dipuja dan disukai. Itulah realiti kehidupan yang ceritakan dalam novel Jibam.

  10. aiman adham Berkata:

    Semasa aku belajar kat U dulu aku pernah kaji novel ni. Memang ia ada estetika yang tersendiri. Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sebalik cerita lucu dan kelakar yang pada fikiran kita (walaupun ia kehidupan biasa bagi Jibam). Memang patut masyarakat kita baca dan hayati novel ni. Nak tau carilah kat bookstore2… Memang ada Jibam di kalangan kita.

Tinggalkan jawapan