Filem : Rabun

By ikatkata

Pengarah : Yasmin Ahmad
Pelakon : Kartina Aziz, M. Rajoli, Noor Khiriah, Irwan Iskandar

Prolog

Rabun merupakan filem Malaysia yang pertama dicalonkan untuk Filem Terbaik, Festival Filem Antarabangsa Torino (sebanyak 650 filem dihantar untuk dinilai, hanya 13 terpilih untuk bertanding)
Ini drama @ filem pertama Yasmin. Dan editornya Affandi Jamaluddin kata, ini filem Yasmin yang terbaik setakat ini. Tidaklah sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku. Dalam dunia buku kita ada Salina yang dianggap karya Pak Samad yang paling berkesan dan signifikan. Pram dengan Perburuan. Manakala El-Syirazi dan Andrea Hirata masing-masing dengan Ayat-ayat Cinta dan Laskar Pelangi. Semua itu merupakan naskah sulung yang berjaya mengangkat nama penulis.

Ulasan

Sebelum tayangan bermula, Yasmin sudah member amaran, ‘Filem ini yang paling perlahan berbanding filem-filem saya yang lain. Jadi, siapa-siapa yang tidak boleh tengok lebih baik keluar dari saya nampak awak tidur dalam bilik tayangan’.(petikan secara bebas @ maknawi)

Rabun ialah kisah Pak Atan dan Mak Inom (pertama kali dengar nama Mak Inom). Kisah romantis pasangan tua yang bahagia. Senario ini jarang sekali dilihat dikalangan warga tua kita. Arwah opah saya bertahun-tahun sebelum meninggal sudah pun bercerai tempat tidur dengan datuk saya. Kalau ke pasar seorang di depan dan seorang lagi sebatu di belakang.

Tetapi di dalam Rabun, Pak Atan dan Mak Inom adalah pasangan bahagia hingga tua. Walaupun Pak Atan tua dan rabun, namun Mak Inom tetap setia melayan kerenah Pak Atan. Memandukan kereta (walaupun laju), memboncengkan basikal tua, hinggakan memandikan Pak Atan (menggosok kaki dengan berus sabut dan menggosok ketiak dengan belakang tapak tangan). Oh! Sungguh romantis. Tua dan bahagia.

belum sudah lagi ni… sambung.

Label: , , , , , , ,

Tinggalkan jawapan