Filem : Love (2008)

By ikatkata

Pengarah : Kabir Bathia

Ketika saya membandingkan Love Actually dan Cinta, ianya tidak begitu sukar. Kedua-duanya tidak dibikin dengan sengaja untuk menjadi serupa. Keserupaan itu hanya satu kebetulan. Keduanya bertembung pada tema ‘cinta’ dan teknik bercerita yang ‘multi’. Justeru mencari dimana kelebihan dan kekurang Love Actually berbanding Cinta sangat banyak dan luas.

Sebaliknya buat Love dan Cinta yang kedua-duanya diarahkan oleh pengarah yang sama, Kabir Bathia. Dan skripnya juga diadaptasi dari filem Cinta yang pertama. Ianya tidak lebih sekadar ‘terjemahan’ dari filem Cinta.

Secara peribadi saya lebih menggemari Cinta.

Cinta lahir di Malaysia, ketika filem-filem cintanya dimabukkan dengan komedi. Penonton Cinta akan membandingkan filem ini dengan Cinta Kolestrol (mungkin), (atau) 9 September, (mungkin juga) Pesona Non Grata. Justeru senang sekali Cinta menjadi pilihan dan menyerlah.

Situasi berbeza denga Love. Love lahir di Indonesia selepas Heart, Love is Cinta dan lama selepas Ada Apa dengan Cinta yang fenomenal. Bahkan selepas Love, muncul pula fenomena selanjutnya, Ayat-ayat Cinta. Love lahir ditengah-tengah filem cinta lain.

 

Label: , ,

2 Respons bagi “Filem : Love (2008)”

  1. SifuPTS Berkata:

    Saudara mempunyai bakat menulis kupasan buku dan filem yang layak diterbitkan oleh akhbar dan media.

  2. aliman Berkata:

    Ya, benar. Hantar di Utusan Malaysia ruangan sehari sebuah buku, tetapi ulasan di akhbar sangat pendek sekitar seperenggan dua sahaja.

Tinggalkan jawapan