Pengarah : Julian Schnabel
‘Let your imagination set you free’.
Pertama sekali, terima kasih kepada Jimi kerana memperkenalkan filem ini kepada khalayak. Kerana saya tidak menjumpai ulasan lain selain dari jimi sahaja. Mungkin sekali kerana file mini tidak bersifat komersial. Kredit kepada Jimi kerana ulasan yang cemerlang. Setakat ini saya banyak membuat rujukan tentang filem melalui dua orang blogger yakni Jimi dan Fadz. Kedua-duanya saya tidak kenal, dan besar kemungkinan mereka juga tidak mengenali saya.
Sepintas
Filem ini ialah adaptasi memoir Jean Dominique Bauby, seorang editor majalah Elle Perancis. Pada tahun 1995 beliau diserang stroke dan menjadi lumpuh (paralyze) seluruh badan kecuali mata sebelah kanannya sahaja. Pada mulanya mata kiri Jean berfungsi namun tidak berapa baik. Namun demi mengelak dari jangkitan lain, mata kiri Jean dijahit-tutup. Ini diceritakan dalam filem ini . Dengan menggunakan isyarat mata, memoir Jean ditulis oleh pembantu peribadinya. Hanya dengan isyarat kelipan sebelah anak mata! Maha suci Allah. Kalau Pramoedya Ananta Toer menulis novel-novel besarnya di dalam tahanan selama 20 tahun tanpa selembar kertas dan pensel, maka kisah Jean ini satu lagi keajaiban kuasa Yang Maha Esa. Sayang sekali yang punya mata, tangan, pena, kertas dan lap top, namun karyanya masih belum siap-siap.
Dua tahun kemudian Jean menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada 9 Mac 1997. Beliau mati sepuluh hari selepas memoirnya diterbitkan. Hasrat beliau untuk ‘menulis’ kisah selanjutnya berkaitan ‘dendam seorang perempuan’ tidak kesampaian.
Ulasan
Sekian banyak kisah tentang perjalanan hidup manusia, amat sukar untuk kita bertemu kisah hidup seorang lelaki yang melodrama. Citra wanita dalam filem sangat dominan baik di negara kita mahu pun diluar. Tha Jane Austen Book Club yang saya ulas sebelum ini ialah tentang wanita (atau dominasi wanita). Jane Auten itu sendiri seorang wanita. Bahkan novel-novel beliau dipenuhi dengan wanita. Di negara kita novel mahupun filem bersepah-sepah tema wanita di dalamnya. Dari Sayang Salmah, Embun, (siri) Pontianak Sundal hinggalah ke (novel) Salina (tema feminis sangat ketara dalam karya-karya Pa Samad), Mira Edora, Gadis Pantai (Pram) dan 1515 (Faisal Tehrani).
Justeru The Diving Bell and The Butterfly meneropong hidup seorang lelaki yang sengsara. Turut diceritakan ialah hubungan lelaki-lelaki dalam keluarga. Hubungan Jean dengan ayahnya yang tua dan uzur. Ada babak Jean ketika sihatnya mencukur wajah bapanya. Perbualan-perbualan antara anak lelaki dan bapanya sangat jarang dilihat dalam filem-filem lain. Perbualan dari hati ke hati antara dua lelaki. Begitu juga perhubungan Jean dengan anak sulunganya yang lelaki.
Inilah yang dinamakan ‘male bonding’. Ikatan antara lelaki. Ia tidak serumit perhubungan sesama wanita (yang selalu berkongsi masalah jiwa, berkongsi resipi, atau berkongsi gossip). Ikatan lelaki sangat ‘simple’ tapi bermakna. Mungkin dalam bentuk berkongsi gelanggang sukan atau berkongsi meja makan ketika menonton perlawanan bola sepak, sehingga berkongsi sekotak rokok. Tanpa perlu ada perbualan yang panjang-panjang.
Ada dua babak menyentuh hati
<!–[if !supportLists]–>1. <!–[endif]–>Anak-anak Jean meraikan sambutan hari bapa di tepi pantai. Anak lelaki Jean menangis sambil ditenangkan ibunya. Kerana dia sudah agak dewasa yang sudah mengerti ‘apa yang berlaku’. Bagaimana membayangkan ayahnya yang masih sedar dan waras namun untuk mengelap air liurnya pun tidak mampu.
<!–[if !supportLists]–>2. <!–[endif]–>Perbualan telefon antara Jean dan bapanya. Mereka tidak dapat bertemu kerana menurut bapanya, Jean terperangkap dalam tubuhnya yang lumpuh, manakala dia terperangkan dalam rumahnya (kerana keuzurannya). Perbualan dua lelaki ini ringkas. Namun gelora perasaan kasih saying seorang ayah yang terpaksa ‘melihat’ anaknya terlantar ‘sebelumnya’ dan gelora perasaan seorang anak yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab untuk merawat bapanya yang uzur.
Sungguh-sungguh The Diving Bell and The Butterfly sebuah filem yang member inspirasi. Sebuah filem yang memberi harapan. Apabila karyawan kita mampu menghasilkan filem sebegini, maka ketika itulah apresiasi filem boleh dicadangkan institusi pendidikan. Bukan filem-filem seperti Anak Halal (yang haram) ataupun Hari Biru (yang memang haru).
Beberapa filem yang member isnpirasi kepada saya
<!–[if !supportLists]–>1. <!–[endif]–>The Pursuit of Happiness (Will Smith)
<!–[if !supportLists]–>2. <!–[endif]–>Grid Iron Gang (The Rock)
Label: filem perancis
