Terangmu bukan bulan
Yang mengambang dan menyabit
Membias sianar matahari
Kemudian hilang selepas malam
Sinarmu bukan matahari
Ada masa cerah kemudian mendung
Sepi di balik awan
Yang hanya terbit pagi
Pasti tenggelam petang
Bukan juga lilin membakar
Yang mudah padam dihembus
Menanti cair dah habis
Tidak seperti pelita malam
Marak ketika bersumbu
Memuntahkan jelaga hitam
Menanti keringnya minyak tanah
Engkau guru adalah guru
Sifu, mahaguru dan cikgu
Yang tetap terang walaupun di tengah malam
Yang tetap bersinar walau awan berarak pekat dan berkepul
Yang tegar membakar diri biar cair
Biar kering minyak tanah
Guruku
Hanya Tuhan mampu membalas jasamu
Setiap hari adalah hari guru
Selamat Hari Guru
Dedikasi buat guru-guru di seluruh Malaysia. Emak dan abah yang menjadi guru paling berpengaruh. Ustazah-ustazah di Taski Kampung Muhibbah, Sungai Siput. Cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (Cikgu Noorsiah bt Dalimi, Mr Nathan, Cikgu Adnan dll).
Tenaga pendidik di Madrasah Idrisiah yang sungguh-sungguh dedikasi. Gaji kalian kecil tapi semangat kalian besar. Untuk cikgu Yaakob, Cikgu Abdul Rahim, Cikgu Najmawati, Cikgu Asmah dan suami Cikgu Ghazali (kemana kalian menghilang), juga tidak lupa guru-guru yang sudah melangkah ke alam lain (Ustaz Musa, Ustaz Ahmad Nasaruddin dan Ustaz Abdul Rahman).
Pensyarah di Fakulti Sains Komputer UTM. Ustaz dan Ustazah di Pusat Bahasa Arab Kelantan. Teman-teman yang pernah mengajarkan sesuatu kepada saya. Sifu Ainon yang hingga hari ini tidak pernah jemu menitipkan ilmu dan pengalaman.
Selamat Hari Guru.