Sempena FFM21
Tempat: Dewan Orkestra Aswara
Tarikh: 26 April 2008
Saya hanyalah seorang penonton filem. Tidak kira bahasa, warna kulit pelakon ataupun tema, minat saya terhadap filem merentasi itu semua. Suatu ketika dahulu, saya, seperti banyak orang lain amat pesimis dengan filem dan drama tempatan. Namun, tanggapan saya mula berubah setelah menyedari tidak ada apa-apa pembaikan yang dapat dilakukan kepada industri seni tempatan, sekiranya kita bersikap pesimis dan sangat kritikal. Industri filem tempat perlu diberi peluang dan saranan untuk maju.
Justeru penganjuran program-program pembangunan filem perlu dilihat dari sudut yang positif. Untuk maju kita perlu opstimis. Walaupun masih banyak ruang-ruang pembaikan yang perlu diberi perhatian oleh pihak penganjur.
Tidak sedikit pengulas dan pengkritik filem yang hadir. Kelihatan memunculkan diri dalam sessi soal jawab ialah Mansor Puteh yang terkenal dengan istilah ‘filem jamban’ dan A Wahab Hamzah seorang pegawai DBP yang banyak membuat ulasan filem di akhbar.
Moderator: Prof Dr Asiah Sajri
Panel: 1 Prof Dr Naim Ahmad (Penysarah USIM)
Panel 2: Pansha (pengarah, penerbit dan juri)
Panel 3: Afdlin Syauki (penyanyi
Panel 4: Norman Abdul Halim
Panel 5: Shuhaimi Baba
Panel 6: David Teo
Isu perbincangan akan saya titipkan kemudian.
Label: david teo, Filem Malaysia, norman abdul halim, pansha, shuhaimi baba