Filem : Gie (2005)

By ikatkata

Pengarah : Riri Riza

Filem ini terilham dari susuk tubuh Soe Hok Gie . Lebih merupakan biografi Gie yang diadaptasi dari catatan hariannya yang akhirnya dibukukan, Catatan Seorang Demonstran (1983). Riri Riza pengarah filem, ketika menerbitkan Ada Apa Dengan Cinta (2000) sempat menyelitkan naskah Catatan Seorang Demostran dalam layarnya.

Sinopsis

Gie atau nama penuhnya Soe Hok Gie (1942-1969), seorang keturunan Tiong Hua. Mahasiswa di Universiti Indonesia yang lantang dan kritis mengkritik rakyat dan pemerintah Indonedia. Kegemarannya menonton filem, membaca buku dan memanjat gunung. Kerana hobinya memanjat gunung, hingga hayatnya pun berakhir di atas gunung, Gunung Semeru kerana terhidu gas beracun.

Ulasan

Saya berkenalan Soe Hok Gie melalui filem ini. Secara teknikal, Gie sebuah filem yang mengujakan. Menang di FFI 2005 untuk anugerah Filem Terbaik, Aktor Terbaik (Nicholas Saputra) dan Sinematografi Terbaik. Ia turut menjadi calon rasmi Indonesia untuk Filem Asing Terbaik Oscar. Jutseru, telah dibuktikan baiknya itu. Sebuah filem Malaysia yang mirip dengan Gie saya rasa ialah Embun. Mungkin ada yang akan anggap agak keterlaluan, tapi itu yang saya rasa. Terumata sinematografinya. Hasil kerja Teoh Gay Hian dalam Embun bermutu.

Inspirasi

Tidak banyak filem memberi apresiasi kepada golongan muda. Filem-filem Malaysia (mungkin Indonesia juga), banyak yang meremehkan orang muda. Gejala rempit, penyalahgunaan dadah dan seks rambang adalah defeinisi anak muda dalam banyak nakah filem. Rempit, Anak Halal dan Haru Biru adalah beberapa naskah filem yang begitu meremehkan orang muda. Seolah-olah tidak ada lagi sisa kebaikan dalam jiwa orang-orang muda hari ini.

Gie sebaliknya. Anak muda diberi makna berbeza. Gie seorang yang cerdas, peka dengan alam sekitar, dan punya jiwa berontak yang kuat. Gie rajin membaca, lambing kepada cintanya kepada ilmu. Naksah Chairil Anwar, Leo Tosloy dan Albert Camus menjadi santapannya. Gie bukan menidakkan realiti kebobrokan anak muda pada zaman ini. Namun Gie adalah sebuah realiti yang terpilih untuk dihidangkan kepada penonton. Selayaknyalah realiti begini diangkat, kerana kos membikin sebuah filem bukan lagi ribu-ribuan. Justeru nilai juta-jutaan itu, tidak padan dengan hanya bercerita tentang seorang pemuda yang ingin mati diatas jalan raya. Jiwa begitu tidak cukup besar.

Jika tidak seberat Gie pun, yang mengangkat tema perjuanga dan pergolakan politik negara, saya kira satu lagi filem lakonan Nicholas member kredit yang baik kepada golongan muda. Janji Joni. Sebuah file ringkas, ringan, namun masih memberi makna yang baik kepada orang muda. Saya cuba ulas kemudian. Di Malaysia, paling dekat mungkin (walau tidaklah sempurna) Dunia Baru The Movie percubaan yang baik mengangkat tema orang muda ke layar perak.

Gie

Ulasan saya tentang filem Gie setakat itu sahaja. Keterujaan saya beralih dari filem Gie kepada subjeknya, yakni Gie itu sendiri. Malang sekali saya baru mengenalinya. ‘Dia mati sebelum namanya’. Itu ungkapan yang dipadankan pada Chairil Anwar (1922-1949). Namun saya rasa tidak salah jika Gie juga digelar begitu.

Label: , ,

3 Respons bagi “Filem : Gie (2005)”

  1. SifuPTS Berkata:

    Hantarkan entri ini ke majalah Dewan Budaya.

  2. Laporan Berkata:

    Gie di Indonesia hingga sekarang menjadi inspirator para aktivis mahasiswa.
    Salam kenal

  3. Retrospektif : Riri Riza « Ikatkata Berkata:

    [...] Riri Riza memuatkan 3 tayangan filem araha beliau. Dua darinya saya tonton buat kali kedua, Gie dan 3 Hari Untuk Selamanya. Manakala pertama kali saya menonton Eliana, [...]

Tinggalkan jawapan