Cerita kecil yang memuat idea-idea besar. Sepanjang 83 minit, Joko bercerita tentang apa yang terjadi sepanjang beberapa jam.
Pengarah : Joko Anwar
Penerbit : Nia Di Nata
Penulis : Joko Anwar & Nicholas Saputra
Sinopsis
Janji Joni bercerita mengenai seorang tukang pengantar gulungan filem, Joni (Nicholas Saputra), yang tidak pernah lewat mengantar gulungan filem. Suatu hari dia bertemu dengan seorang wanita jelita (Mariana), Joni menanyakan namanya. Tapi perempuan itu hanya akan memberitahukannya kalau Joni mengantarkan filem tepat pada waktu. Joni berfikir ini adalah hal yang mudah, namun kali ini seisi kota Jakarta seakan-akan berkomplot melawannya. Berbagai halangan harus dia lewati; motosikalnya dicuri, dipaksa ikut shooting filem, begnya yang berisi gulungan filem diragut, dan perlu membantu persalinan seorang isteri pemandu teksi. Sementara itu, gulungan filem di pawagam sudah hampir selesai.
Nicholas
Nicholas adalah x-factor dalam filem ini. Sebagai seorang lelaki, pada saya jejaka bergigi jarang ini bukanlah berupa sangat. Hanya saja lakonannya , berbanding usianya, sangat bagus. Dan Nicholas, demi menjaga kualiti lakonannya, menjadi amat seletlir dalam memilih filem yang bakal dilakonkan. Serentak pada tahun Janji Joni dikeluarkan, Nicholas hanya membintangi satu lagi filem yakni Gie. Kedua filem ini memberi saingan dalam Festival File Indonesia.
Menjadi pelakon dan selektif serta ‘demanding’ dalam sebuah industri yang kecil, bukanlah suatu perkara yang mudah. Industri filem Indonesia walaupun lebih besar dari Malaysia, namun belum cukup kuat menembusi pasaran antarabangsa. Indonesia masih dalam era kebangkitan, sementara Malaysia mungkin baru tersedar. Dan pelakon dalam industri kecil, dan itulah semata sumber pendapatan, untuk ‘demand’ sangatr sukar. Justeru ramai pelakon berbakat dilihat tidak punya pilihan merendahkan kredibiliti berlakon dalam filem yang ‘entah-apa-apa’. Kerana ia adalah periuk nasi.
Berbanding Nicholas (sebagai contoh), punya kerjaya yang lain, menjadikan lakonan sebagai minat. Oleh yang demikian filem-filem lakonan Nicholas jauh lebih sedikit berbanding pasangan yang sama naik Dian Sastrowardoyo. Dian masih pelakon yang baik.
Janji Joni
Kembali kepada filem Janji Joni. Ia sebuah filem yang teramatlah ‘simple’. Kisah Joni berlari-lari menempuh halangan untuk menghantar gulungan filem agar sampai tepat pada waktunya. (Mengingatkan saya kepada filem RunLola Tun dari Perancis.).Mengejar nama seorang gadis cantik. Pada lapis pertama itulah ceritanya. Berakhir sadis, Joni lewat sampai, tetapi tetap dapat mengenali gadis cantik itu tadi.
Pada lapis kedua, filem ini dirempahi kisah-kisah aneh dan lucu sepanjang usaha Joni. Seakan acara balapan, lari berhalangan. Dalam banyak-banyak halangan itu saya tertarik kepada dua babak.
Pertama. Babak beg Joni dicuri akibat diperdaya oleh peristiwa ragut yang olok-olok. Betapa terdesaknya (apa terjemahan desperate yang lebih tepat?) hidup di kota Jakarta sehinggakan usaha ragut tepi jalan pun perlu diusahakan dengan kreatif, rapi dan teliti. Hingga perlu melakukan drama. Kejadian ini membawa Joni bertemu seorang anak kecil, yang kemudian diketahui sebagai adik heroin kes ragut tadi. Perbualan anak kecil dan Joni ini sangat menarik diteliti. Walaupun anak kecil (dalm usia 10-12 tahun), namun fikirannya nampak matang ketika menjawab soalan Joni. Ini yang menarik tentang Jakarta. Tekanan dan desakan hidup menuntut penduduknya lekas dewasa dan buru-buru matang. Membesar di kota sepadat 20 juta orang ini ibarat sebuah ‘survival’ dalam hutan manusia. Bak kata teman baik saya ketika ziarah ke sana, ‘Manusia di mana-mana’.
Label: Filem Indonesia, Joko Anwar, Nia Di Nata, nicholas saputra
