Tidak ada sebab (melainkan kehendak Tuhan) filem Sepi tidak boleh berjaya di pawagam. Juga dalam pada masa yang sama memenangi hati pengkritik filem dan mungkin juga bakal juri untuk festival. Melihat barisan pelakon sahaja kita seolah diberitahu bahawa ini bukan filem main-main yang sekedar dibikin untuk memberi ‘job’ kepada graduan seni institusi pengajian tinggi yang ada. Membayar Afdlin dan Vanida yang pernah menggondol Pelakon Terbaik dan supermodel Nasha Aziz bukanlah satu pelaburan yang sedikit. Dan Sepi juga bukan sekadar filem ‘buat duit’.
Promosi
Sepi menampilkan ramuan pelakon yang mantap, cerita yang baik, aspek teknikal antara yang kemas dan teliti dan yang paling perlu diberi perhatian ialah promosi yang cemerlang. Nampaknya Grand Brilliance bersungguh-sungguh. Iklan di mana-mana. Radio dan televisyen kerap, bahkan sejak sebulan yang lalu selain lagu-lagu soundtrack yang berkumandang. Termasuk juga dinding-dinding bas bertempelan wajah-wajah pelakon Sepi. Justeru, sekali lagi tidak ada sebab Sepi tidak boleh berjaya ‘pecah panggung’. Untuk tayangan ‘berbayar’ pertama pagi tadi hampir separuh panggung penuh. Siapa kata penonton kita tidak tonton filem Melayu. Berhentilah menyalahkan penonton, sebaliknya hasilkan filem yang berkualiti. Berbakul-bakul pujian nih! Kabir Bhatia dan Mira Mustapha kena bagi tiket percuma untuk filem seterusnya!
Pengarah : Kabir Bhatia
Lakon Layar : Ara & Mira Mustapha
Muzik : Pacai
Penga. Fotografi : Madnor Kassim
Pelakon : Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Toni Eusof (Sufi), Eja (Maria), Riezman
Sinopsis
Sepi meneruska legasi Kabir Bhatia dan Mira yang menyendatkan banyak cerita dalam sebuah filem. Dalam Cinta ada 5 kisah, manakala dalam Sepi ada cerita. Tentang Adam, Sufi dan Iman. Namun kemudiannya kisah-kisah ini dicantumkan. Jalinan kali ini nampak lebih kemas dan teliti berbanding Cinta dan mengingatkan saya kepada filem Nia Di Nata, Berkongsi Suami. Jalinan kisah Adam, Iman dan Sufi sepeti yang saya kata tadi, kemas dan teratur. Nampak natural dan tidak dibuat-buat a la ‘kebetulan’.
Label: Filem Malaysia, filem melayu, kabir bhatia, nasha aziz, vadina imran
