Penulis : Matt Romeo
Penerbit : Creative Enteprise
Saya berkenalan dengan buah tangan Matt Romeo menerusi novel Bohsia. Untuk kategori ‘roman picisan’, saya hanya pernah membaca Carol Zenggif oleh Ahdiat Akasyah dan Pesanan Terakhir Seorang Lelaki oleh Nohayati Berahim. Keduanya asyik dan membuai, tetapi tidak cukup kuat untuk saya menagih karya yang lain dari penulis yang sama. Tapi Matt Romeo berbeza. Penulis ini punya ‘sense of humor’. Walau tidak sekuat magis Andrea, tapi saya kira belum bertemu karya-karya lain penulis Malaysia yang kelakar genius. Kelakar yang tidak membodohkan. Jibam satu lagi.
Justeru novel-novel terbitan Creative Enteprise awal 90-an perlu dirujuk dan disemak semula.
Matt Romeo
Agak sukar mencari novel cintan-cintun tangkap leleh yang ditulis oleh seorang lelaki. Dan mengambil sudut pandang seorang lelaki. Selain humor bersahaja Matt Romeo, perincian karakter dan latar cerita juga dibentang dengan baik dan teliti. Matt Romeo senang membuat perbandingan dan perumpamaan. Dan perbandingan ini selalunya menjadi kunci humor.
‘Botol pun orang curi, inikan anak kerbau’.
Naskah Kandang Cinta Kita tidak berada ditangan saya, justeru sukar untuk saya membuat petikan. Tapi percayalah, jika kalian lelaki dan berjiwa lelaki, membaca novel ini tidak merugikan.
Label: ahadiat akashah, jibam, Matt Romeo, norhayati berahim, roman picisan

Ogos 10, 2008 at 1:59 am
Di manakah Matt Romeo sekarang?
Ogos 14, 2008 at 6:07 am
terima kasih mencadangkan yang ini. akan digodek2 kedai buku nanti
September 15, 2009 at 5:14 pm
mana mat romeo????????????
Mei 7, 2010 at 4:00 pm
saya sarankan ‘novel picisan’ ditukar kepada panggilan ‘novel popular’ atau ringkasnya ‘NOPOP’ kerana picisan mempunyai sudut pandangan yang merendahkan mutu karya novel popular. sedangkan usaha menulis novel adalah sesuatu yang keras keadaannya dan meletihkan.
bak kata si bijak sana-sini-situ;- sejelik-jelik sesebuah buku pasti ada manfaatnya.
gudlakc. jangan marah non.