Matt Romeo

By Riduan Khairi

Saya tidak tahu di mana Matt Romeo berada. Mungkin ‘orang-orang’ Creative Enterprise tahu. Di tangan saya sekarang ini ialah naskah Jantan Romeo. Akibat magis Kandang Cinta Kita. Sayang, tema dan ceritanya tidak memaut saya untuk terus baca hingga ke halaman terakhir. Mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Humornya mengingatkan saya kepada Jibam oleh Ujang. Sememangnya tidak banyak penulis yang punya ’sense of humor’ yang baik. Di kalangan blogger saya senang sekali menerima humor Mat Jan dan Tok Rimau. Akan tetapi sebenarnya saya paling meminati tulisan Encik Khairul. Saya sekali belakangan ini sudah beberapa tahun blognya jarang dikemaskini. Di Indonesia, saya amat meminati catatan blog Raditya Dika yang memenangi Blog Terbaik 2003. Raditya sudah me’ngompil’ tulisannya dalam empat buah buku (semua saya ada). Naskah pertama antologinya sedang difilemkan. Hebat bukan.

Membandingkan Matt Romeo dan Andrea Hirata? Itu keterlaluan. Masing-masing tidak dinafikan punya kelebihan tersendiri.

Label: , , ,

12 Respons bagi “Matt Romeo”

  1. Ramlah MS Berkata:

    pernah baca Anak Dara Menteri & Madu Impian dulu beberapa tahun dulu.

    Ada beberapa ayat dr buku dia yg ingat-ingat lupa
    “Laa.. kau baru tau ke kau bodoh. Aku dah lama tahu”
    “terkejut beruk mcm nampak suami baru keluar dr bilik org gaji pagi-pagi buta sambil peluk bantal”

  2. mattromeo (ex?) Berkata:

    Terima kasih kerana masih mengingati saya.
    Saya masih ada, tapi sudah memperlahankan langkah dalam penulisan humor. Anak Dara Menteri 3 mungkin menjadi karya terakhir saya dengan nick Matt Romeo.
    Mungkin juga tidak. Ada hajat hendak menamatkannya dengan membawa ‘romeo’ itu kembali ke pangkal jalan. Tetapi kadangkala ragu-ragu dengan kemampuan terkini. Takut nanti yang jadi bahan ketawa bukan saja ceritanya, tapi dengan si penulisnya sekali!
    Lagi sekali terima kasih atas segala bentuk sokongan pada karya-karya saya yang tak seberapa itu selama ini.

    Salam seikhlasnya.
    Saya.

  3. lizA Berkata:

    saya ada koleksi semua novel matt romeo. masih ternanti-nanti novel terbaru.

  4. mattromeo (ex?) Berkata:

    Salam Liza,

    Saya sedang berkira-kira (heh, macam buat akaun pulak) untuk menghasilkan novel baru – dan mungkin terakhir. Judulnya pun dah dapat…iras-iras ‘Surah Terakhir’. Doakan saya panjang umur dan punya ruang untuk melaksanakan impian itu.

    Terima kasih.

  5. ain Berkata:

    Hi Matt Romeo,

    Saya memang peminat setia awak. Boleh dikatakan semua novel, saya ada… tak sabar nak tunggu novel terbaru. Juga masih tercari-cari siapakah Matt Romeo sebenarnya.

  6. orang Berkata:

    salam matt romeo,
    saya mmg sgt memintai matt romeo. setahu sy sejak kecik2 lagi sy sudah minat karya matt romeo neh (dlm majalah gila2) msa tu sy msh belum kenal novel. novel pertama matt yg saya baca ialah keranamu ainon. memula tgk tajuk mcm tak best, tp cuba baca. wah mmg best. sejak itu, sy mula baca hampir kesemua novel matt. tapi, saya masih tunggu novel2 terbaru. tapi, hampa sbb memang matt tak buat novel baru kan? dan yang satu lagi, saya teringin benar ingin melihat wajah matt. agak2nya bila lah ye, semua peminat matt boleh menatap wajah matt romeo???

  7. munchkeen (aini) Berkata:

    matt romeo,
    anak dara menteri 3 dah keluar ke belum?
    kenapa nak bersara pulak?
    i really love your novels…
    its like few of your quotes reminds me of myself..
    seriously….

    -aini-

  8. cekau Berkata:

    ala matt romeo, nape ttibe je lesap ni. puas la aku cari karya ko. kat kedai2 buku pun skarang payah nak jumpak novel anak dara menteri 3

  9. cekau Berkata:

    satu lagi, matt romeo, cuba ko tunjukkan wajah kau tu… tertanya tanya jugak matt romeo ni cmana la agaknya

  10. Annie Berkata:

    Salam Matt Romeo, merujuk kpd maklum bls awk ,, awk mungkin menghasilkan karya awk yg terakhir. Pe maksudnye tu? adakah awk akn berhenti dr menulis? Diharapkan tidak krn sy juga ternanti2kan novel awk yg terbaru.. Tak ada novel yg blh membuatkan saya membaca sampai 3,4,5 kali…..

  11. nornazlina Berkata:

    salam encik matt romeo..
    tolong jangan hentikan karya encik yang amat menggelikan hati kami nie…susah nak cari penulis novel macam yang encik hasilkan….ramai penulis novel menulis dengan tajuk2 yang sangat hebat tapi ceritanya sangat la lawak adan tak ada kena mengena dengan tajuk novel tu…jangan pencen lagi….please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  12. nazir Berkata:

    encik mat romeo ooii, nape nak pencen? kering edia dah ke? ke mat romeo dah tua xleh jadi romeo lg?

Tinggalkan jawapan