Ini pertama kali saya menghadiri majlis pra-tonton. Terima kasih kepada blog tontonfilem. Sebelum ini saya hanya berkesempatan hadir dalam pra-tonton kecil-kecilan, Muallaf karya Yasmin Ahmad. Dengan hadirin yang sangat terhad (tidak lebih 20 orang), berbeza dengan filem KAMI kali ini. Saya sangat gementar, gemuruh dan canggung.
Mujur orang-orang Redfilm (penerbit KAMI) sangat ramah dan mesra. Saya disapa oleh Pengarah Pemasaran Redfilm. Beliau memperkenalkan dan menyapa hampir semua tetamu yang hadir. Saya, sebagai manusia yang langsung ‘bukan-siapa-siapa’ berasa terharu. Pandai mereka berbisnes. Tentu sahaja dengan layanan baik sebegitu membuatkan tayangan filem KAMI nanti akan terasa seronok dan menarik sahaja. Inilah entingnya ‘tanggapan pertama’. Ini adalah sebahagian dari strategi pemasaran (kan saya ini orang bisnes!). Tanggapan pertama (first impression) adalah separuh dari penilaian.
Sebelum ini rumah penerbitan ini telah mengeluarkan duan filem Gol & Gincu (saya sangat suka), dan Goodbye Boys (belum tonton). Selain itu drama pendek Impian Illyana, KAMI The Series, Gol & Gincu The Series, 3R dan beberapa lagi. Saya tidak tonton KAMI The Series. Yang lebih benar ialah saya tidak gemar meletakkan komitmen kepada rancangan bersiri. Itu jawapan saya ketika membalas pertanyaan ‘orang’ Redfilm. Tapi saya sangat suka kepada filem Gol & Gincu. Sayang, dimana silapnya filem ini tidak mendaat sambutan yang sewajarnya di pawagam. Mungkin (ini hipotesis saya) kerana ia agak ‘urban’.
Ulasan
Filem kami ialah kesinambungan KAMI The Series. Kisah 5 orang anak muda sekawan yang hidup di ibu kota. Membesar dan dewasa di ibu kota pada zaman millennium ini punya banyak cabaran. Dalam filem ini sebahagiannya dipaparkan. Ada masalah penagihan dadah, masalah keluarga yang bercerai dan berai, pukul-buli dan juvana. Rempah ini ada dalam kebanyakan filem Melayu. Hanya sahaja di tangan siapa ia dibancuh dan dimasak.
Kata seorang pelakon filem ini, KAMI bukan filem tentang dadah (kerana sebahagian besar konflik watak adalah seputar dadah), sebaliknya KAMI ialah sebuah filem tentang persahabatan.
1. Menggambarkan yang jahat dengan cara baik
Filem KAMI memaparkan kerosakan akhlak dan moral orang muda. Walaupun 5 sekawan ini bukanlah orang yang sangat jahat dan hitam semuanya. Mereka adalah manusia biasa, namun situasi yang banyak mempengaruhi mereka untuk terlibat dengan dadah dan jenayah. Masih banyak nilai positif yang wujud dalam diri mereka. Kejujuran dan bersahabat, mengambil berat antara satu sama lain dan menghormati orang tua. Mereka ini mewakili golongan muda lain yang menjadi mangsa kepada keadaan.
Apapun satu yang saya suka tentang file mini ialah, kejahatan digambarkan dengan cara yang baik. Bukan maksud saya perkara jahat itu dirasionalkan menjadi seperti baik. Tidak. Maksud saya ialah babak-babak jahat itu tidak ditonjolkan secara berlebih-lebihan. Seingat saya (betulkan jika saya silap) tidak ada babak menunjukkan orang menghisap dadah. Manakala babak bergaduh dipotong-potong dengan maksud meninggalkan kesan dan mood tanpa menayangkan keseluruhan aksi. Lihat sahaja aksi seorang pengedar yang ditikam, hanya babak pisau berdarah sahaja ditunjukkan.
Justeru babak-babak sebegini, walaupun menampilkan kejahatan, namun ia tidak mendorong penonton untuk mencontohi aksi itu. Jauh sekali bezanya dengan sebuah lagi filem kerosakan orang muda, Haru-Biru yang dikecam hebat. (Kan kena lagi!)
Kami – Gol & Gincu
Kami berbeza dengan Gol & Gincu. Hanya dari rumah penerbitan yang sama dan beberapa ciri perkara dikongsi bersama termasuk dialog yang lebih ‘real’ dan terbuka dan sudut kamera yang unik. Gol & Gincu lebih berwarna-warni manakala KAMI pada mata saya nampak agak suram. Baik dari sudut pencahayaan kamera mahupun pemilihan set set dan kostum.
Saya berharap filem KAMI akan mendapat sokongan dari penonton filem Melayu.
KAMI akan mememui penonton Syawal nanti.
Label: filem kami, Filem Malaysia, filem melayu, kami the series, redfilm, tontonfilem

Oktober 4, 2008 at 3:30 am
smekummmm..halo…1st skali isy nak cakp congrat to u all coz hasilkan 1 movie yg dpt penuhi citarasa KAMI…this movie is so cool…KAMI btol2 respek,love to this movie..KAMI sama ngn perjlnan idop ktowng n also almost remaja kt m’sia ni…thanks…idop indie music!!!!
Oktober 16, 2008 at 9:17 am
Nak tanya, dari segi pefileman atau hakcipta atau dari segi etika dsb, sebenarnya bolehkah sesebuah syarikat menerbitkan filem yang sama judulnya dengan filem yang pernah diterbitkan sebelum ini? Contohnya baru-baru ini ada syarikat menerbitkan filam “Orang Minyak”, yang sebagaimana kita tahu adalah judul filem hitam putih dari zaman P Ramlee. Judul “Kami” pula mengingatkan kita kepada satu-satunya filem lakonan Allahyarham Sudirman pada 1982 yang diarahkan Patrick Teoh.
Ikatkata : Dari sudut hakcipta, judul filem atau buku tidak dilindungi. Oleh yang demikian ia tidak menjadi masalah dari sudut undang-undang. Sesiapa bebas menggunakan judul yang sama dengan naskah (filem / buku) yang pernah diterbitkan. Dari sudut pemasaran, mungkin ada kelebihan menggunakan judul yang sama, apatah lagi judul yang telah terbit itu ngtop.
Dari sudut etika, entah. Saya belum punya apa-apa pandangan.
Februari 9, 2009 at 9:46 am
slm, terima kasih.. hah, dah lama tak dok blog hopping..