Penulis : Roziah Sidik
Penerbit : Pts Islamika (2007)
‘Mengungkap kepakaran seorang nabi dalam pelbagai dimensi hidup’.
Sirah
Lazimnya buku-buku yang bercerita susuk tubuh manusia agung Muhammad bin Abdullah (selawat dan salam buat beliau, ahli keluarga dan sahabat) ini mengikut kronologi. Dari lahir, membesar dan menjadi nabi lalu wafat. Yang paling dikenali ialah Sirah Ibnu Hisyam,merupakan ringkasan dari buku gurunya Sirah Ibnu Ishak yang dikatakan hilang.
Fikah Sirah
Kemudian wujud pula satu genre lain yang mengupas pengajaran dari setiap peristiwa yang berlaku kepada Nabi Muhammad. Ini dikenali sebagai Fikah Sirah. Antara fikah sirah mutakhir yang tersohor ialah karangan Dr Said Ramadhan Al-Buti, Maulana Sayyid Ali Al-Hasani An-Nadwi dan Muhammad Al-Ghazali. Namun yang paling direkomendasi ialah karangan Syeikh Mubarakfuri. Buku tulisan beliau telah memenangi pertandingan menulis sirah Nabi. Di negara kita terdapat juga beberapa ilmuan tempatan yang menulis sirah nabi. Sebagai contoh Sirah Nabawiyah oleh Abdul Hadi b Awang.
Namun Genius Muhammad b Abdullah membuka dimensi baru untuk mengenali Nabi Muhammad. Penulis meneliti kepakaran Nabi Muhammad dari sudut-sudut lain. Antaranya Nabi Muhammad sebagai pakar startegi, ahli diplomasi, pakar strategi perang, pakar hubungan antara kaum dan ahli pembangunan sumber manusia.
Saya menuggu pula buku-buku lain yang mengkaji kepakaran nabi Muhammad dalam bidang-bidang yang lain. Contohnya dalam bidang pengurusan, cara mengendali mesyuarat, kaedah berunding, cara berniaga dan banyak lagi bidang-bidang yang boleh dikaji.
Saya tertarik dengan beberapa sifat Nabi Muhammad ketika berurusan dengan masyarakat. Pertamanya, beliau akan memanggil seseorang dengan nama yang penu atau gelaran yang disukai dan yang baik-baik. Tidak pula kita penah membaca nabi memanggil isterinya dengan Chah sahaja atau Jah sahaja, melainkan beliau memanggil dengan nama yang sempurna ‘Khadijah’ dan ‘Aishah’. Ataupun dengan nama gelaran yang baik-baik seperti ‘Ya Humaira’ yang membawa maksud ‘pipi merah’, satu panggilan manja kepada Aishah.
Bersambung…
Label: biografi nabi, Buku Agama, buku pts, fiqh sirah, nabi muhammad, PTS, sirah nabawiyah, ulasan buku