Pengarah : Riri Reza
Penerbit : Mira Lesmana
Pelakon : Nicholas Saputra, Adinia Wirasti
Sinopsis
Seluruh keluarga besar Ambar (Adinia Wirasti) harus berangkat ke Jogjakarta untuk menghadiri pernikahan kakaknya. Namun pada hari keberangkatan, Ambar tertinggal sehingga memutuskan berangkat naik mobil bersama sepupunya, Yusuf (Nicholas Saputra), yang ditugaskan untuk menempuh jalan darat untuk membawa perangkat makan porselen yang secara tradisi selalu dipakai dalam acara Malam Midodareni.
Mereka memiliki 3 hari sebelum acara pernikahan. Sebagai 2 orang anak muda yang berjiwa bebas, mereka melakukan perjalanan dengan santai dan bicara tentang banyak hal, dari masalah sekolah, perkahwinan dan keputusan-keputusan penting dalam hidup. Perjalanan yang mengubah hidup mereka selamanya.
Nah! Inilah caranya filem ini mendapat nama.
Ulasan
Mengapa Ambar dan Nicholas secara tiba-tiba pergi ke Jogja bukan isi penting dalam filem ini. Kereta apa yang mereka naiki juga bukan soal. Begitu juga adakah set pinggan porselen itu selamat sampai atau tidak bukan menjadi arah tuju mencorak filem ini. (Walaupun akhirnya gempa bumi memecahkan set ini).
Yang menjadi fokus kepada filem ini ialah kisah-kisah sepanjang 3 hari perjalanan dari kota Jakarta ke Jogja. Jogja dari Jakarta lebih kurang Perlis ke Johor Bahru. Tanpa sistem lebuh raya yang baik (PLUS, Kesas atau Elite) ia memakan masa hampir 3 hari. Plus kedua anak muda ini melencong-lencong. Bukan Jogja atau Jakarta yang diperhatikan, sebaliknya perkara yang berlaku dan dilalui di antara dua kota ini. Persis Dari Jemapoh Ke Manchester (Hishamudin Rais), Yadi dan Jojie keluar dari Negeri Sembilan pun tidakapatah lagi nampak pucuk Eifil London.
Sayang sekali bahasa yang digunakan terlalu basah dengan slang. Butir bicara perbualan Yusuf dan Ambar ialah isi penting filem ini. Walaupun ada ketikanya agak berfalsafah. Kerana falsafahnya itu filem ini dilihat bijak dan jauh kedepan. Lantaran tidak hairan filem ini dipilih menyertai beberapa festival filem antarabangsa. Antaranya Pusan, Hong Kong, London dan Vancouver.
Filem 慴anyak sembang?begini memang agak sukar ditonton. Akan tetapi sebaliknya kepada orang yang sendirian dan sepi, filem ini seperti penawar. Perbualan-perbualan yang panjang dalam filem ini seolah mengajak penonton turut terlibat dalam perbualan. Kita seperti diajak biaca oleh watak-watak di dalamnya.
Kata Ambar, sesudah tiba di Joga, kepada Yusuf, 慖ni adalah perjalanan paling menarik dan bermakna dalam hidupnya? Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu trip yang pernah saya lalui bersama dua rakan. Kami bertiga menaiki kereta dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur, sementara saya meneruskan perjalanan sendirian ke Ipoh. Seorang teman saya ialah rakan sekuliahan yang punya obsess yang sama. Buku. Ketika saya mengumpul set Al-Ghazali, dia pula dengan set Sayid Sabiq. Ketika saya menghimpun novel klasik sasterawan negara, dia pula mengutip novel-novel besar dari tanah seberang. Manakala seorang lagi teman perjalanan kami ialah pelajar biologi yang dalam masa yang sama meminati psikologi. Akhirnya beliau berjaya genggan juga ijazah psikologi. Dan juga biologi.
Berperjalanan dengan dua makhluk Tuhan ini menjadi perjalanan yang paling saya ingati. Sepanjang beberapa jam di dalam kereta, tidak sekalipun perbualan kami terhenti. Yang lebih menarik lagi, pada setiap ayat yang keluar dari bibir mereka berdua dilengkapi fakta dan bukti meyakinkan.
Kembali kepada filem. Peminat filem Melayu mesti tonton filem ini.
4 bintang
Label: Filem Indonesia, filem melayu, Mira Lesmana, nicholas saputra, Riri Reza
November 26, 2008 at 7:42 am
Harap-harap di siarkan di panggung Malaysia dengan sarikata. Atau di saluran Kirana. Teringin.
November 28, 2008 at 3:24 am
kau bagi 4 bintang, maknanya aku perlu cuba tonton.
Disember 7, 2008 at 10:12 pm
Ada subtitle bahasa melayu x???
Ikatkata : Sayangnya tak ada. Sebab salinan yang ini saya beli terus dari Medan. Dan memang bahasanya sangat pekat dan basah.