Pantun Jiwa Bahasa

Jiwa kepada bangsa ialah bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Namun dalam bahasa, aneka ragamnya. Ada teks klasik, ada prosa moden, ada puisi dan berbagai-bagai lagi. Dalam banyak-banyak ragam bahasa ini, yang menajdi nadi atau jiwa kepada bahasa Melayu ialah pantun.

Berbanding bentuk puisi tradisional yang lain, pantun lebih dikenali. Bukan sahaja di atas kertas, pantung juga amat terkenal di alam siber. SN Prof Haji Salleh menyatakan, peminat pantun dari seluruh dunia memanfaatkan ruangan siber untuk berbalas-balas pantun. Dari Kupang ke London, terus ke San Fransisso merentasi Perancis, begitulah meluasnya pengaruh pantun.

Bentuk pantun juga merupakan satu-satunya bentuk prosa yang dimiliki bersama oleh lebih puluhan etnik merentasi lebih 30 buah negara. Masyarakat Jawa memiliki pantunnya sendiri. Begitu juga masyarakat Jakun di Endau, masyarakat Brunei, Sarawak dan beberapa tempat lain..

Bapak Maman S. Mahayana membawakan satu contoh pantun dari masyarakat Jawa :

Lelene mati dithutuk
Gawa mrene tak sujenane
Yen rene ran ate pethuk
Ndang mrene tak-entenane

Manakala pantun Madura pula sepeti berikut :

Oreng males tadha lakona
Lakona ngokor dhalika
Palerre tengka lakona
Ma’kantos kacale dhika

Pantun dalam masyarakat nusantara diwariskan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Pantun lisan merakam budaya, akal budi, nilai intelektual dan fenomena sosial masyarakat nusantara. Satu contoh pantun yang merakan budaya dan social ialah pantun ‘kajang tuan kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu…’. Kajang ialah sejenis anyaman yang dijadikan atap rumah. Kajang berlipas menunjukkan tuan rumah itu seorang yang berada. Manakala kajang mengkuang layu menunjukkan taraf sosial yang rendah. Ini dinyatakan oleh penerima SEA Write, Dr Zurinah Hassan.

Pantun juga alat merakam sejarah. Melalui pantun yang dikumpul dan dikaji, didapati pengaruh Islam sangat ketara masih subur dalam pantun-pantun yang diterima. Apa yang menarik, walaupun masyarakat yang menyimpan pantun itu tidak Islam, seperti masyarakat Jakun di Endau dan masyarakat Bali di Indonesia. Lafaz ‘Nabi Muhammad’ muncul dalam beberapa bait pantun yang diperdengarkan. Ini menunjukkan pemerintahan kerajaan Islam di alam melayu suatu ketika dahulu sangat kuat dan berkesan pengaruhnya. Hipotesis ini dikuatkan lagi oleh pandangan tokoh budayawan Indonesia, Bapak Tenas Effendy, bahawa dalam masyarakat Bali yang percaya kepada animisme, perayaan Maulid Nabi masih diamalkan pada setiap bulan Rabiulawal.

Ini ialah sebahagian dari intisari Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional yang berlangsung di DBP baru-baru ini. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan. Antara sarjana yang terlibat dalam pembentangan ialah Dato’ Dr Siti Hawa Salleh, Encik Abdulroya Panaemalal (Univ Nakhon Thailand), Prof. Madya dr Mohd Nasir Hahshim (UM) dan beberapa pembentang lain.

Seminar memilih pantun, syair, nazam dan gurindam untuk dibincangkan. Pun begitu pembentangan cenderung membicarakan pantun dan syair.

Label: , , , , ,

6 Respons bagi “Pantun Jiwa Bahasa”

  1. Hamidi Shariff Berkata:

    Saya mencari syair sejarah Nabi Muhammad SAW. Kat mana nak cari yer.. Nak karang sendiri tak tau

  2. ikatkata Berkata:

    Puisi Al-Amin oleh SN Datuk A. Samad Said.

  3. sigit Berkata:

    Saya senang membaca postingan ini, salam kenal, Sigit, Jakarta

  4. sundari Berkata:

    niceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  5. sabrina Berkata:

    sy nak cari pantun utk mulakan pembentangan dan akhiri penbentangan.mana nak cari?

  6. Mohd Riduan Khairi Berkata:

    Saya selalu memulakan ucapan dengan pantun dua kerat,

    pisang sesikat gulai sebelanga,
    duduk dekat-dekata kerja sama-sama.

    pantun ini khusus saya gunakan untuk mengajak hadiri maju dan memenuhkan barisan di hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: