Ini filem agak lama. Saya beli dvd ini buat kali kedua, setelah yang pertama hilang. Dek kerana magisnya filem ini, saya beli dan jaja kepada kawan-kawan supaya tonton.
Ini komedi gelap, tetapi yang penting filem ini membuat saya pecah perut ketawa berguling-guling. Seorang teman saya ketawa tatkala men
onton
sehingga tidak sedar air liurnya meleleh keluar jatuh ke riba. Sedangkan teman saya ini jenis yang gemar menonton filem yang berat dan besar jiwanya sahaja.
Ini sebuah filem remake dari tahun 1955. Justeru mungkin juga filem-filem P.Ramlee di’remake’ semula tanpa menghilangkan nilai humornya.
Lagi di Wiki.