
Mengapa agaknya saya obses menonton banyak filem. Satu perkara yang benar saya ingin selam dan pelajari ialah, ‘art of touching peoples’s heart’.
Filem-filem Yasmin termasuk iklan-ilkan karya beliau, berupaya menyentuh hati penonton.
Ada rezeki saya ulas kemudian.
Ulasan
1. Muzik dan bunyi
Muzik ialah apa yang kita dengar. Manakala filem ialah apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar.
Sebahagian filem-filem melayu mengabaikan @ tidak teliti tentang bunyi dan muzik dalam filem. Ada yang asal ada dan asal jadi. Kadang-kala menjadikan filem itu sangat bingit dan bising.
Saya beri sebuah filem yang indah dan baik tetapi sayang muziknya terlalu banyak. Judulnya ‘Sepi’, (maaf ya Kabir Bathia, saya suka filem anda) namun menonton filem ini tidak terasa kesepiannya. Ia sangat sarat dengan lagu-lagu dan muzik. Seperti filem muzikal pula terasanya. Pun begitu sebagai sebuah filem saya masih mengatakan Sepi filem yang baik.
Yasmin, melalui Talentime (juga filem-filem sebelumnya) menepati citarasa saya. Pemilihan lagu-lagu latar dalam filem-filem Yasmin sangat cemerlang. Beliau tidak lokek berkongsi memori menerusi lagu. Juga tidak terlalu mewah dengan deretan muzik yang tidak perlu. Ada beberapa bahagian Yasmi lebih senang membiarkan babak-babak berlalu tanpa sebarang suara dan muzik. Ya! Kadang-kadang hanya bunyi enjin kenderaan ataupun bunyi angin. Momen begini banyak terdapat dalam filem-filem Hong Kong.
Hari ini, lagu kegemaran saya yang asyik saya dengar ialah O Re Pia.
2. Cerita
Perkara kedua yang saya ialah koleksi cerita yang dibawakan oleh Yasmin. Kisah baru, pengalaman baru dari sudut pandang yang baru.
Sekali lagi Yasmin mengangkat tema cinta antara kaum, keluarga melayu moden dan hubungan masyarakat antara kaum.
Dan juga sekali lagi selepas Muallaf dan Gubra (ustaz pegang anjng), Yasmin berani isu-isu Islam. Antaranya penukaran nama Mei Ling selepas memeluk agama Islam dan Mei Ling membela anjing. Dua hal ini adalah ‘taboo’ bagi orang melayu. Saya kira Yasmin sedikit sebanyak dipengaruhi oleh siri-siri tulisan bekas mufti sebuah negeri.
Tidak ramai pembikin filem berminat dan juga berani berbicara hal-hal begini dalam filem.
Talentime ialah sebuah ‘lovestory’ yang menyentuh. Malanglah bagi sesiapa yang masih single menonton filem ini. Anda akan melihat kiri dan kanan di akhir filem ini dan menangis (dalam hati) kerana masih sendiri.

Label: Yasmin Ahmad, Filem Malaysia, filem melayu
Julai 26, 2009 at 5:28 pm
[...] filem dan karya Yasmin Ahmad. Bermula dengan rangkaian iklan Petronas, Sepet sehinggala ke filem Talentime. Saya tonton filem ini dua kali di panggung. Hingga hari ini lagi pilihan Yasmin dalam filem ini, [...]