Saya mengikuti bengkel kendalian Sifu Ainon sejak akhir 2006 lagi. Ia bermula dengan perkenalan melalui lama web Universiti Terbuka PTS.
Hingga hari ini, sudah masuk tahun ke-3 saya mengikuti kuliah PTS. Dan mungkin saya juga antara penuntut yang masih belum graduasi. Menurut kata Sifu, selagi belum terbit buku, selagi itu belum graduasi. Dan dek kerana itu, saya sering sangat di’beduk’ oleh cikgu.
Hanya saja saya katakan dalam hati, kekuatan saya belum cukup (bercampur perasaan malas dari dalam diri). Pun begitu saya masih hadir bersama teman-teman demin manfaat yang banyak dari patah kata yang keluar dari bibir perempuan ajaib ini.
Bengkek TAMRIN
Bengkel ini diadakan khusus untuk penulis @ bakal benulis PTS yang memasuki sektor training.
Sifu memberikan beberapa tips buat pegangan ketika berurusan dengan pegawai bahagian latihan. Semua tips yang diperturunkan adalah hasil dari kajian dan pengalaman Sifu sendiri yang bergelumang dengan dunia ‘training’ selama lebih 14 tahun.
Saya amat terkesan dengan perumpamaan yang dibuat oleh Sifu. Katanya berjuang dengan ‘darah, nanah dan airmata’.
Saya bersama tim gmr sedang bersiap-siaga memperkemaskan modul ‘mendidik dengan teknik surah luqman’ disamping beberapa modul-modul asas lain.
Turut hadir beberapa motivator terkenal Osman Affan dan Shamsuddin Abdul Kadir, termasuk penunis ngetop pts Sdra. Zamri Mohamad.
Penjelasan oleh Sifu sedikit sebanyak memberi ‘pelincir’ kepada proses pembangunan konsultan kami.
‘Jazakalllah Puan Sifu’.
Label: Ainon Mohd, PTS, TAMRIN
Mei 5, 2009 at 5:18 pm
manfaatkan sepenuhnya saudara..harap saudara berkongsi dgn kami utk entry seterusnya..
inshaallah….bla agaknya..karya sulong saudara ya?
Mei 6, 2009 at 10:14 am
Uhuk uhuk.