Seminar Bahaya Syiah

Seminar Setengahari Perkembangan Pemikiran Islam Semasa

Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

07 Ogos 2009 – Jumaat

Seminar ringkas ini khusus membincangkan bahaya syiah dan ancamannya kepada umat Islam.

Prof Madya Dr Mohd Kamil Abdul Majid

Prof Madya Dr Mohd Kamil Abdul Majid

3 orang pakar hadir membentangkan kertas kerja kajian mereka. Prof Madya Dr Mohd Kamil Abdul Majid, pensyarah Akademi Pengajian Islam UM memberikan latar belakang Syiah secara umum dan perkembangan Syiah mutakhir. Beliau menyentuh sejarah revolusi Iran.

Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh

Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh

Sessi kedua pula diteruskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh. Beliau berpengalaman luas dalam kajian Sunni-Syiah. Beliau turut terlibat dalam Seminar Sunni-Syiah pada tahun 1995.

Panelis ketiga ialah seorang ilmuan muda yang banyak membuat kajian tentang Syiah, Ustaz Nasim Bdul Rauf. Beliau merupakan anak murid Maulana Asri Yusof yang merupakan pakar rujuk hal ehwal Syiah.

Antara isi penting yang sempat dibincangkan :

1. Mengapa Syiah dilarang disebarkan berbanding ajarah agama. Ini kerana, ajaran agama lain tidak memudaratkan ajaran Islam-Sunni secara langsung. Sebaliknya ajaran Syiah meruntuhkan dan menjejaskan ajaran Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini dibuktikan seterusnya.

2. Antara beberapa ajaran pokok Syiah yang bertentangan dengan faham Sunni ialah : Syiah mengkafikrn sebahagian besar para sahabat nabi. Yang tinggal beriman tidak lebih dari 10 orang menurut mereka. Hal ini disebutkan dalam kitab-kitab besar ulama mereka. Ulama Syiah menukilkan doa khusus pada setiap kali selepas solat untuk  melaknat 4 sahabat lelaki dan 4 sahabat wanita. Mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman Aishah, Hafshah dan beberapa lagi. Syiah juga turut menuduh para isteri Nabi terutamanya Aisyah, sebagai perempuan lacur.

3. Syiah mendakwa Al-Quran yang dimiliki oleh umat Islam hari ini adalah versi yang tidak lengkap.

4. Syiah mengangkat para Imam 12 pada tahap nabi. Mereka dimaksumkan.

Secara kesimpulan, Syiah dan Sunni mempunyai jurang perbezaan asas dan prinsip yang sangat besar. Sejak zaman Sultan Salahuddin lagi ulama Sunni sudah berusaha berulangkali mendamaikan kedua-dua mazhab ini. Namun pada setiap kali itulah juga Syiah mendustai dan mengkhianati usaha ini. Ini kerana kepura-puraan merupakan sebahagian dari isi dasar ajaran Syiah. Namanya taqiyyah.

Justeru itu sebahagian besar dari ulama Sunni tegas menolak sebarang usaha mendamaikan dua mazha ini.

Sepanjang sejarah Islam, belum pernah Syiah menewaskan pihak kafir membela kaum Muslimin. Sebaliknya pada setiap kejatuhan kerajaan umat Islam, nescaya disebalik kuasa kafir itu akan ada bayang-bayang Syiah. Ini yang berlaku di Iraq.

Label: , , , ,

3 Respons to “Seminar Bahaya Syiah”

  1. kikiyosua Says:

    Tulisan diatas mengatakan bahwa “Syiah mengkafirkan sebagian besar sahabat.Yang tinggal beriman tidak lebih dari 10 orang”.Saya pikir penulis kurang memahami syiah.Mungkin perlu saya beritahu bahwa orang orang syiah juga menghormati para pahlawan islam, seperti yang syahid pada perang uhud,yang syahid pada perang badar dan perang perang lainnya.Para pahlawan itu lebih dari sepuluh orang.Kan gitu logikanya mas,tul ndak?

    Riduan Khairi : Pegangan mengkafirkan sebahagian besar sahabat termaktub dalam kitab-kitab muktabar Syiah baik yang klasik mahu pun kontemporari. Pun begitu, tidak dinafikan wujud sebahagian penganut Syiah yang tidak mengkafirkan sahabat. Yang saya maksudkan ialah kepada yang mengkafirkan sahaja. Sahabat disisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah semuanya adil.

  2. Khalifa Says:

    Jangan hentikan kerja sia-sia anda. Teruskan memerangi syiah sambil anda berpejam mata. Keluarkan mereka dari Islam sunni. Hanya anda berhak mendakwa “hanya kami Ahlussunnah”.

    Riduan Khairi : Saya hanya menukil semula apa yang disebut oleh ilmuwan Islam yang lain. Namun saya sama sekali tidak memaksa semua untuk setuju dengan apa yang dinyatakan. Sedangkan dengan Allah dan Rasul lagikan manusia kufur.

  3. wheriz Says:

    Bagaimanakah pendapat saudara. Adakah Syiah sebuah mazhab atau telah sesat dari ajaran Islam sebenar? Sangat banyak perbezaan ajaran Syiah sehingga menyentuh persoalan akidah, seperti syahadah yang berlaianan, kafirkan para sahabat Abu Bakar, Umar, Usman. Binaan kubur sebagai tmpat suci, azan yang berlainan. Sifat Taqiyyah… dan lain2.

    Kerana Taqiyyah lah Syiah ajaran Syiah seolah-olah sama tapi hanyalah taqiyyah. Hakikatnya dalam buku2 penukisan Syiah adalah berbeza. Kesamaan hanyalah pura2 supaya sunnah menerima mereka sbg sebhgian dari Islam atau mazhab Islam.

    Apa pandangan saudara?

    Riduan Khairi :Saya tidak fikir pendapat saya penting. Pendapat saya sebagai manusia biasa yang hanya sedikit membaca dan menyelidiki tentang agama Islam tidak boleh menjadi hujjah atau bukti. Begitu juga seberapa besar gelar Phd kah atau Anugerah Seniman Negara kah atau Ijazah sarjana Muda Syariah kah, ia hanya akan menjadi hujjah apabila didasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah atas faham generasi salaf.

    Saya sandarkan pendirian saya berdasarkan bacaan dan kajian saya. Syiah menurut ulama’ sunnah sesat. Mereka akan jatuh kufur sekiranya menuduh Abu Bakar dan Umar munafiq, menuduh Aisyah curang dan perkara-perkara yang membatalkan iman. Pun begitu secara umum Syiah itu hanya sekadar sesat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: