Planet Nibiru dan Kiamat 2012

Planet Nibiru dan Kiamat 2012 (teks asal)

Beberapa hari belakangan ini media dan masyarakat digemparkan dengan berita kononnya akan berlaku perlanggaran besar antara bumi dan planet Nibiru. Mitos perlanggaran planet Nibiru bukan perkara baru. Sejak beberapa tahun yang lalu sudah terbit beberapa buah buku berkaitan ramalan tentang 2012 ini. Buku-buku ini dikarang oleh penulis kontemporari, menjelaskan pendapat dari banyak pakar dan bidang. Apa yang menarik, buku-buku ini mendapat perhatian umum dan laris seperti pisang goreng panas. Buktinya, ada judul yang berjaya menduduki tangga teratas buku paling laris di rumah-rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.

Individu yang bertanggungjawab pertama kali mengutarakan kisah ini ialah Notramadus, seorang ahli falsafah Perancis pada tahun 1535. Beliau terkenal kerana membuat ramalan mengenai masa depan. Asal perkataan Nibiru diambil dari nama tuhan dalam bahasa Babylon.

Menurut ramalan asal Notradamus, perlanggaran itu sepatutnya berlaku pada tahun 2003. Kemudian ia ditukar kepada tahun 2012 berdasarkan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah. Ini kerana ramalan Notramadus dibuat berdasarkan kalendar ini, dan tarikh kalender ini berakhir ialah pada 21 Disember 2012. Setakat ini sahaja pun sudah menunjukkan betapa fatalnya dakwaan perlanggaran Planet Nibiru. Oleh kerana tidak ada apa-apa berlaku pada tahun 2003, maka ia ditunda hingga tahun 2012. Alasannya mudah, kerana 2012 merupakan tarikh terakhir dalam kalendar.

Ramalan-ramalan tidak berasas begini mendatang kesan buruk yang banyak kepada masyarakat umum dan umat Islam secara khasnya.

Kesan Pertama : Menimbulkan Keresahan Umat Manusia

Pertama, ia akan menimbulkan keresahan di kalangan manusia. Persis seperti mana yang berlaku pada tahun 1999 menjelang tahun 2000. Ketika itu heboh dikatakan tentang virus Y2K. Kononnya semua peralatan elektronik akan mengalami gangguan. Ini bukan perkara kecil, kerana ia akan melibatkan sistem kerajaan, perjalanan pesawat penerbangan, sistem lalu lintas dan banyak perkara lain lagi.

Kemudian alaf baru pun menjelma, sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku melainkan beberapa perkara kecil sahaja yang bersifat teknikal. Ternyata propaganda ini disebar-luaskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti syarikat pengeluar antivirus dan syarikat yang menjalankan selenggaraan sistem.

Namun kita masih belum dapat mengesan apakah agenda disebalik tersebarnya berita perlanggaran Planet Nibiru ini. Apakah produk yang akan dikeluarkan untuk menangani atau menghadapi peristiwa besar ini? Ataukah ada pihak yang akan menyediakan kem perlindungan berbayar atau pesawat untuk menyelamatkan diri seperti yang dilukiskan dalam filem-filem animasi?

Hujjah Ahli Sains Astronomi

Dakwaan dan ramalan tentang ruang angkasa dan apa yang berlaku di luar ruangan atmosfera, mungkin dapat dipercayai ribuan tahun dahulu. Namun pada hari ini, sudah ada satelit dan alat pencerap untuk menyemak kebenaran dakwaan ini.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan, “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”

Tambah beliau lagi, “Dunia mempunyai banyak program pemantauan angkasa dan sistem teleskop kita boleh mengesan benda yang jauh sehingga beribu-ribu tahun cahaya.”

Kenyataan beliau ini disahkan lagi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara. Beliau memberitahu bahawa dakwaan Planet Biru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Planet Biru pun masih diragui.

Kesan Kedua : Merosakkan Akidah Umat Islam

Kononnya perlanggaran Planet Nibiru akan mengakibatkan kerosakan yang besar kepada bumi. Bahkan ada yang mengaitkan ini dengan terjadinya hari kiamat. Sudah ada banyak buku yang berani meggandingkan Kiamat dan tahun 2012.

Ini urusan penting yang membabitkan keyakinan atau akidah umat Islam. Beriman kepada hari Kiamat merupakan satu dari rukun iman yang enam. Jika benar ada manusia yang mengetahui tarikh kiamat, tentulah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) yang paling layak untuk mengetahuinya. Dalam catatan sejarah, Nabi Muhammad tidak pernah meramalkan bila datangnya hari kiamat.

Sahabat nabi bernama Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau) menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan, “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.”      (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)

Nabi sendiri tidak diberitahu tentang hari kiamat. Begitu juga dengan makluk yang lain, semuanya tidak  mengetahui tarikh kiamat melainkan Allah Yang Maha Esa sahaja. Bahkan malaikat yang ditugaskan untuk meniup trompet hari kiamat pun tidak mengetahui bilakah trompet perlu ditiup. Nabi menjelaskan hal ini dalam satu hadis yang bermaksud,

“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis Tirmizi, dinilai sahih oleh Al-Albani)

Tanda-tanda Hari Kiamat Yang Benar

Al-Qur’an dan hadith tidak pernah menetapkan atau menentukan tarikh kiamat secara tepat, namun menyatakan tanda-tanda menjelangnya hari kiamat. Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil menulis sebuah buku khusus membincangkan tanda-tanda hari kiamat, Asyratus Sa’ah (diterjemahkan oleh Pustaka Ibnu Katsir dengan judul Hari Kiamat Sudah  Dekat). Beliau menjelaskan antara hikmah mengetahui tanda-tanda kiamat supaya umat Islam berusaha untuk tidak terlibat atau berperanan dalam menyemarakkan tanda-tanda kiamat itu. Dan juga menyiapkan bekal amalan sebelum kiamat, baik kiamat besar atau kiamat kecil yakni mati seperti yang dijelaskan oleh Nabi.

Sarjana Islam Al-Allamah Safarini menjelaskan, “Tanda-tanda hari kiamat itu terbahagi kepada tiga bahagian ; satu bahagian telah nampak dan berlaku, satu bahagian sedang berlangsung dan satu lagi belum tiba.Di antara tanda bahagian pertama seperti diutusnya Nabi Muhammad, kematian Nabi, penaklukan Baitul Maqdis serta pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan (semoga Allah redha kepada beliau).

Tanda-tanda lain adalah peperangan yang terjadi antara kaum muslimin, munculnya golongan sesat seperti Khawarij (golongan yang memberontak terhadap pemerintah) dan Rafidhah (Syiah), keluarnya para dajjal yang mengaku nabi, runtuhnya kerajaan Arab, harta yang melimpah, banyaknya terjadi gempa dan gerhana, serta hal-hal lain yang dikhabarkan oleh Nabi sebagai tanda-tanda hari kiamat”.

Perkara ini dijelaskan oleh Dr Soleh Fauzan Al-Fauzan (semoga Allah menjaganya) dalam buku beliau yang bertajuk Al-Irsyad Ila Sahihil Iktikad (diterjemahkan Pustaka As-Sahihah dengan judul Sudah Benarkan Akidah Kita?)

Islam tidak pernah menafikan jangkaan atau ramalan yang dibuat berdasarkan pengamatan pancaindera dan kajian-kajian yang ilmiah. Seperti ramalan kaji cuaca yang dibuat menggunakan cerapan pergerakan awan. Teknologi seperti ini banyak membantu urusan manusia untuk merancang perjalanan dan aktiviti ekonomi.

Yang bertentangan dengan keyakinan dan akidah umat Islam ialah ramalan yang dibuat tanpa berasaskan pengamatan dan asas kajian yang boleh dipertanggung-jawabkan. Idea Notradamus langsung tidak disokong oleh bukti-bukti yang lain. Oleh yang demikian itu, idea perlanggaran Planet Nibiru tidak memberi faedah kepada kemajuan umat manusia dan tidak wajar disebarkan kepada khalayak umum. Di sisi umat Islam, kita mencukupkan diri dengan berita dan khabar yang dibawakan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Mohd Riduan Khairi

About these ads

Label: , ,

14 Respons to “Planet Nibiru dan Kiamat 2012”

  1. Afiqah Nasharah Says:

    Ape maksud semue ini ? Saye masih belum faham .

  2. marzuky aly Says:

    pada pendapat sy,
    tahun 2012 mungkin merupakan permulaan untuk kiamat
    kerana tanda2 besar kiamat hanya muncul sebulan sahaja sebelum kiamat..
    marilah kita berdoa dan bertaubat untuk diri kita dan bukan untuk kiamat.

    Ikatkata :

    Sepertinya tuan tidak membaca hadis-hadis Nabi tentang akhir zaman. Baca juga buku-buku karangan ulama’ tentang akhir zaman seperti Malapetaka Akhir Zaman terjemahan dari karya Ibnu Katsir dan Kiamat Sudah Dekat terjemahan karya Syaikh Yusuf Wabil.

  3. Siti Nur Hazwani Says:

    ini baru permulaan…hanya ALLAH sahaja yg MAHA MENGETAHUI dan MAHA MENENTUKAN…kita x boleh menghukum sesuatu perkara tu yg kita tidak tahu, kita hanya mampu berukuk ,berdoa dan memuji muji MAHA ESA.

  4. f Says:

    smua adlh pnntuan dri alloh, krn kbykan dri orng islm hya brimn dilsan, slogan

  5. shaufiq Says:

    kenapa la nak sakitkan kepala sangat…buat apa nak fikirkan kiamat…kan bgus kalau kta fkirkan berapa bnyak dosa kta kpada allah dn berapa bnyak ibadah yg kta kerjakan…kalau rasa bnyk buat dosa taubt la…kta ni umat akhir zaman tidak ada nabi yg membimbing kta..jadi apa lagi rajin2 la buka al-qur’an & hadith…bukan setakat d baca…kalau d baca tp x tau maksud… sama la jgk kta ni mcm bdak2 yg x tau apa2..jd baca tafsirnya sekali sbp e2 shaja la yg dpt membwa kta ke jln yg lurus

  6. shaaizatul finaz Says:

    kita tidak tahu kiamat itu bila jadi jangan sesekali membuat cerita tentang kiamt berdosa besar tahu tak? ayah saya kata kiamt ada ramalan nya ialah perempuan banyak daripada lelaki bertaubat la sebelum terlambat ingan allah ingat solat 5 waktu cepat nanti terlambat!!!!

  7. zainol hizam Says:

    aslm, betul cakap shaaizatul finaz itu jagan sesekali membuat cerita tentang kiamat faham tak??hanya allah ta”ala yg mengetahui nya..

  8. iskandar zulkarnain Says:

    yes betul sesiapa pon x tahu tentang bile brlakunye hari kiamat kecuali allah yg maha esa.:) :)

  9. khairunnisa Abd Kadir Says:

    saya pernah baca bila nibiru melintasi langit, 3/4 daripada bumi akan musnah dan semua alat elektrik yang ada kat bumi nie x berfungsi..tak boleh berkomunikasi seperti sekarang dan balik semula ke zaman jahiliah …semua tu tipu lah ye???

  10. Mohd Riduan Khairi Says:

    Ya. Penipuan yang terancang.

  11. yahya bin mohd amin Says:

    biarkanlah perlanggaran ini berlaku, macam kereta accident je, yang mati tetap mati, yang hidup tetap hidup

  12. sitimaimunahsaringat Says:

    kiamat yang berlaku…adalah untuk menentukan kita ni golongan syurga atau neraka…sebelum terlambat,,carilah jalan syurga di bumi ini….

  13. muslimah Says:

    jangan persoal tentang kiamat bila …apa yang penting bertaubat sebelum matahari terbit dari barat….dan berazam akan menjadi orang yang beriman dan menghindari dosa semaksima yang mungkin dan cari pahala dengan penuh rakus.wallahualam.

  14. Jefry Says:

    btw sekarang sudh tgl 21 desember, semoga tak terjadi apa2 dan planet nibiru yang disebut2 tidak bakalan muncul

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: