Arkib bagi Kategori ‘Bisnes & Pengurusan’

Tuan Shamsuddin Abdul Kadir berbicara tentang hutang

Ogos 31, 2009

Saya berkesempatan mengikuti satu sesi bicara buku di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Majlis bersempena Pesta Buku Popular.

Tuan Shamsuddin Abdul Kadir merupakan pakar pengurusan kewangan. Beliau tekah menulis beberapa buah buku berkaitan pengurusan kewangan dan pengurusan hutang. Saya sempat memiliki sebuah buku beliau, Hidup Tenang Walau Berhutang.

Foto : universitipts.com

Foto : universitipts.com

Buku pertama beliau ini diterbitkan oleh PTS Publication.

Dalam sesi selama 45 minit ini beliau berkogsi tips menguruskan kredit dan perbelanjaan. Berdasarkan apa yang beliau bahaskan, sungguh sebahagian besar masyarakat hari ini telah memilih laluan yang silap dalam menguruskan kewangan peribadi masing-masing.

Mengikat diri dengan hutang sudah menjadi perkara lumrah. Bahkan ada yang tidak senang duduk andai tidak hutang yang hendak dibayar.

Tn Shamsuddin menegaskan antara jenis hutang yang paling berisiko ialah kad kredit. Pertama kerana faedah (baca : riba) yang paling tinggi, 18 %. Data juga menunjukkan sebahagian besar graduan yang bekerja diishtihar muflis kerana hutang kad kredit.

Saya sedang membaca buku ini. Ulasan buku menyusul.

Buku : bisnes cara nabi

Mac 30, 2009

Judul : 14 Langkah Bagaimana Rasulullah saw Membangun Bisnes

Penulis : Laode M. Kamaluddin, Ph. D

Penerbit : Al-Hidayah (2008)

Ini satu lagi buku bisnes model islami yang baik untuk dibaca.

Buku : Menjadi Usahawan Sehebat Nabi Muhammad

Februari 2, 2009

3

Seorang teman saya, bekas pegawai bank yang kini menjadi jurulatih kepimpinan dalam sebuah organisasi korporat antarabangsa menasihatkan, “Berhenti membaca buku, dan turun ke padang belajar melalui pemerhatian dan pengalaman”.

Hampir menangis saya menelan nasihat itu. Saya seorang peniaga. Susahnya menjadi peniaga berbangsa Melayu hanya Tuhan saja yang tahu. Bukan kerana karenah mendapatkan pembiayaan (kerana pada saya itu antara perkara mudah dalam bisnes), sebaliknya mahu mencetuskan budaya baru dalam diri orang dan masyarakat Melayu tentang keusahawanan.

Tidak banyak tunjuk ajar yang dapat saya warisi. Mujur sekali Tuhan menemukan saya dengan beberapa individu yang sangat banyak dan besar jasanya kepada saya dan bisnes yang saya sedang bina. Salah seorang darinya ialah buku!

Beli.

Buku, Penulis dan Pesta Buku

Julai 25, 2008

Sebelum subur dan segarnya generasi membaca, aktiviti penulisan perlu dibajai terlebih dahulu. Jika kita hanya mengajarkan anak-anak kemahiran mengeja dan mengatur huruf tanpa menyediakan bahan bacaan yang baik dan menarik, tentu sahaja budaya membaca tidak dapat tumbuh. Anuar Bakri Harun, dalam Seminar Penulis Pasca PRU-12 menegaskan perintah Allah pertama kepada Nabi Muhammad ialah membaca. Dan antara surah-surah awal Al-Qur’an yang diturunkan ialah surah Pena (Al-Qolam). Justeru menurut beliau, sebelum membaca perlu ada yang menulis.

Kenyataan ini disokong penuh oleh Pn Ainon Mohd Pengerusi Kumpulan PTS dalam sesi forum berikutnya. Budaya membaca masyarakat pada hemat beliau sangat berkait rapat dengan jumlah judul buku yang diterbitkan. Begitu banyak segmen fiksyen yang masih belum punya judul yang cukup, bahkan ada genre yang langsung tidak punya judul. Sebagai contoh fiksyen thriller guaman dan perubatan. Novel-novel perang ala-Tom Clancy atau novel thriller ala-John Grisham hampir tiada judul.

Pesta buku

Pesta buku juga memainkan peranan menggerakkan budaya membaca dalam masyarakat. Tidak semua judul dapat dipamerkan di kedai-kedai buku. Justeru kehadiran pesta buku antara lain dapat memuatkan judul-judul yang jarang ditemui dalam pasaran, selain menarik perhatian sesetangah orang yang tidak gemar memasuki kedai buku. Satu fungsi utama pesta buku ialah membawa buku kepada pembaca, tidak seperti kedai buku yang selalunya dianggap menunggu pembaca datang kepada buku.

Dalam negara kita tidask kurang juga pesta buku diadakan. Di peringkat kebangsaan ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan setiap tahun di PWTC. Rangkain kedai buku Popular juga sejak beberapa tahun lalu turut menganjurkan sendiri pesta buku di KLCC. Ini belum masuk pesta-pesta buku mini yang diadakan oleh komuniti-komuniti kecil.Sedang berlangsung ialah Pesta Buku anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerja sama Perpadanan Perpustakaan. Ia merupakan aktiviti tahunan. Hari ini juga (25 Julai) adalah hari terakhir jualan buku DBP di Universiti Malaya.

Jualan buku DBP

Di sinilah bermulanya perkenalan saya dan buku. Satu yang bagusnya jualan buku DBP di kampus universiti ialah membaca buku datang kepada pelajar. Sya masih ingat (tahun 2000), betapa petugas-petugas Dewan terkejut melihat saya dan seorang sahabat berabis membrong buku. Ratusan ringgit duit PTPTN lebur dilaburkan. Hingga tidak cukup tangan. Tidakcukup tangan hari ini, esoknya saya datang lagi. Kebanyakan buku-buku yang saya beli ialah karya-karya sasterawan negara, karya agama, dan sedikit-sedikit buku budaya dan ekonomi. Walaupun di sisi yang lain, banyak pihak mengecam Dewan kerana melelong buku-buku terbitannya sendiri serendah harga RM1.

Itu ketika zaman mewah saya. Mewah saya katakana kerana saya memperoleh dua tajaan ketika itu, PTPTN dan biasiswa JPA. Tapi hari ini (tidak miskin) saya tidak mewah lagi. Semalam (24 Julai) dengan sekeping nota RM10 (hanya itu yang ada) saya memilih beberapa judul untuk dibeli. Saya memilih judul-judul yang terbit sebelum tahun 1996 yang melayakkan saya menerima diskaun 80% (ini yang Sifu Ainon marah sangat). Buku-buku tersebut :

1. Sastera ; Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya – SN Shahnon Ahmad
2. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu – Asmah Hj Omar
3. Konsep Asas Antropolgi – Norazit Selat
4. Perkembangan Sastera Nusantara Serumpun (Abad ke 7 – ke 9) – Boris Parnickel

Dan naskah-naskah ini menggamit seorang pelanggan saya bertanyakan, ‘Abang pelajar sasterakan?’

Ada dua isu disini. Pertama : Perlukan saya menjadi seorang pelajar (dalam istilah yang sempit) untuk terus membaca buku. Kalau saya pemandu teksi maka saya tidak boleh membaca buku? Bagaimana pula jika saya seorang tukang sapu?

Kedua : Perlukah saya menjadi seorang pelajar aliran sastera untuk menikmati novel-novel sasterawan negara atau menikmati indahnya puisi. Atau soalan saya yang lain, perlukan saya mengenakan jubah atau kopiah untuk menegur seseorang tentang ‘rokok itu haram’.

Kenapa dunia makin sempit huh!

(Saya sudah selesai membaca Ilham di Tepi Tasik oleh SN A Samad Said. Tunggu ulasan saya)

Buku : The Psychology of Selling (2008)

Jun 11, 2008

Penulis : Brian Tracy 2004

Penterjemah : Imran yusuf 2008

Penerbit : Pts Professional

Halaman : 236

Harga : Rm 39.90

Inilah buku yang sedang gigih saya sudahkan. Hanya tinggal 2 bab. Perbincanga Tracy lebih menjurus kepada tips jualan langsung. Namun tidak sedikit konsep-konsep umum tentang bisnes dan jualan yang bermanfaat. Insya-Allah saya cuba kongsi dapatan saya dari buku baru ini.

Beli online di sini.

Buku : Berfikir Secara Logik dan Kritis (2006)

April 21, 2008

Penulis : Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
Halaman : 291

Senario

Saya tidak mahu gopoh-gapah menyudahkan bacaan buku ini. Sama seperti Dato’ Seri yang tidak mahu gesa-gesa membentuk kerajaan baru. ;-) . Pertama ; kerana saya mahu menikmati naskah ini. Disebabkan posisi kewangan, agak lama lagi untuk saya memiliki buku penulis yang seterusnya (khususnya Psikologi Orang Berjaya).Justeru saya membaca buku ini perlahan-lahan. Kedua ; saya membaca buku ini bergilir-gilir. Saya gelar mereka berdua sebagai pembaca bersama. 1. Rakan kongsi saya. 2. Seorang pelanggan kafe saya. Entah apa yang membuatkan beliau tertarik. Dalam banyak-banyak buku yang saya susun di rak, sengaja saya asingkan naskah ini. Dan judul ini yang pelanggan saya pilih. Tidak mengapa. Lagi ramai yang membaca, mudah-mudahan lebih besar manfaatnya.

Isi kandungan

Sebahagian dari buku ini pernah diutarakan penulis dalam beberapa naskah judul beliau yang lain. Pengulangan beliau tidak menganggu saya. Bahkan ia menjadi satu ulang kaji kepada saya agar lebih ingat dan faham. Bahkan di dalam Al-Qur’an pun punya banyak pengulangan. Yang paling ketara ialah Surah Ar-Rahman. Namu tidak sedikit pun nilaiannya berkurang.

Ainon Mohd (Puan) dan Abdullah Hassan (Prof Emiritus Dr) sebenarnya menilai semula cara berfikir logik dan kritis. Secara umumnya, berfikir secara logik dan kritis penting dan perlu dipelajari. Seorang guru perlu menjadi sangat kritis ketika menilai jawapan soalan peperiksaan pelajarnya. Begitu juga, seorang jurutera bangunan amat-amat dituntut untuk melihat fungsi lif atau jambatan yang dibina secara negatif dan sangat kritikal.

Namun menggunakan cara fikir kritis dan logik dalam semua hal adalah tidak munasabah. Adakah logik sebuah binaan besi berenjin di campak ke laut kelaut tanpa tenggelam. Atau di lambung e langit tanpa jatuh. Dokumentari pencipta kapal terbang membuktikan bahawa betapa mereka dicemuh dan dikutuk kerana ingin terbang. Sehinggakan institusi gereja ketika itu mengeluarkan fatwa ‘haram’ membuat kapal terbang. Kenyataan mereka, ‘Jika Tuhan mahu kita terbang, nesaya kita diberi sayap’.

Bab yang menarik

Antara bab yang saya tekuni betul-betul ialah Andaian (hal 34-49) dan Paradigma (164-177).

Isaac Newton, ‘Tidak ada penemuan besar yang bermula dengan andaian berani’ (hal38).

Dulu kita selalu terdengar istilah ‘anjakan paradigma’. Tetapi apa it paradigma, ia tidak dijelaskan dengan mudah. Adakah ia sebuah bongkah seperti almari yang perlu ditolak (anjak). Atau kenderaan beroda yang boleh disorong (anjak). Paradigma ialah proses memadankan apa yang kita lihat/dengar/tahu dengan dengan apa yang kita faham. Kita akan memadankan perkara-perkara baru dengan persamaan dan perbezaan yang sudah kita tahu.

Ia adalah cara kita melihat. Seorang wanita cantik dalam minda melayu ialah kulit kunig langsat, bibir merah (bak delima merekah), pinggang ramping (macam kerengga), dan dagu panjang (bujur sirih). Justeru apabila ada orang kata wanita gempal dan gebu-gebu itu cantik, secara automatik kita menolak pendirian itu. Sedangkan wanita yang cantik bagi orang-oragn Arab ialah yang gebu-gebu dan montel-montel. Manakala di Afrika pula, lagi hitam kulit seorang wanita lagi di pandang cantik.

Dalam ilmu Islam boleh saya katakan paradigma ialah manhaj. Paradigma baru vs paradigma lama menurut kata mantan KP sebuah institusi ‘status quo vs anti-establishment’ (TH Isemaail Basri). Justeru apabila dibawakan satu dalil yakni Al-Qur’an dan Hadis yang sama dan jelas, masih ada yang tegar memilih tafsiran yang berbeza. Oleh yang demikian, memilih paradigma / manhaj yang betul dalam memahami teks suci adalah amat penting dan perlu. (Rujuk Tinjau).

Kesimpulannya

Saya sangat berpuas hati dengan kupasan Ainon Mohd (Puan) dan Abdullah Hassan (Prof Emiritus). Dan saya sangat berharap untuk bertemu dengan tulisan berkaitan topik yang sama lebih mendalam. Mungkinkah dalam buku-buku mereka berdua yang seterusnya. Atau di mana? Sesiapa punya cadangan?

Leadership – What Matters in a Multinational

Mac 27, 2008

Memimpin tidak pandang jawatan. Pemimpin yang baik lahir dari mana-mana sudut organisasi. Stephen Covey menegaskan dalam bukunya 360 Degree Leadership, bahawa setiap individu dalam organisasi mampu menjadi pemimpin yang baik tanpa mengira kedudukan dan jawatan. Ini diperkukuhkan lagi dalam dua siri syarahan kepimpinan anjuran Universiti Malaya. Dua pemidato, Ms Karen M Albertson (CEO 3M) dalam sesi lepas dan Mr Vaidyanath Swamy (CEO P&G) menyokong kenyataan ini dari sudut pengalaman organisasi.

Bahkan yang lebih menarik lagi adalah, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau, ahli keluarga dan sahabat) pernah berkata :

’Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu bertanggungjawab atas pengikutnya’.

Inilah antara premis utama syarahan yang disampaikan oleh Mr Vaidyanath Swamy, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble (P&G) dalam siri syarahan perdana Universiti Malaya siri kedua.

Menurut beliau, pemimpin tidak ditentukan sejak lahir. Sebaliknya pemimpin dilatih dari manusia biasa yang lahir. Memimpin dalam konteks syarikat perniagaan ialah membina organisasi dan membina perniagaan. Organisasi dan perniagaan menuruts Swamy adalah sama penting. Tanpa fungsi memimpin yang bagus, sesebuah perniagaan sukar untuk berkembang.

P&G menurut Swamy memberikan takfir pemimpin sebagai : Individu yang mampu mengenalpasti peluang, kemudian membentuk visi yang boleh dicapai dan mendorong organisasi untuk mencapai visi.

Kemudian Swamy menambah, ‘baik adalah musuh utama untuk menjadi bagus’ (good is the enemy of great) .

Model kepimpinan

1. Vision. Swamy paling lama menghurai tentang visi. Pada Swamy, pemimpin yang hebat berupaya menggambarkan matlamat yang ingin dicapai dengan jelas. Pemimpin melukis masa depan dan jadikan lukisan itu kenyataan.

2. Collaboration

3. Energizing

4. Capability

5. Execution

Akhir sekali, Swamy menyatakan beberapa perkara yang tidak boleh lakukan oleh pemimpin.

1. Pemimpin ekslusif. ‘Arrogant’ adalah ciri yang tidak perlu ada pada pemimpin. Swamy mengambil contoh Mahatma Gandhi sebagai pemimpin yang sangat berpengaruh. Tanpa jawatan, tanpa gelaran dan tanpa kekayaan, Gandhi mampu menjadi pemimpin lagenda. Gandhi seorang yang sangat merendah diri.

Dalam Islam Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau, ahli keluarga dan sahabat) dan sahabat-sahabat beliau menunjukkan contoh pemimpin yang sangat rendah diri. Baik dari pemakaian, rumah, tutur bicara hingga kepada cara hidup. Mereka mengutamakan rakyat lebih dari diri sendiri.

Keputusan beberapa pemimpin kerajaan negeri yang baru dibentuk untuk tidak berpindah ke kediaman rasmi kerajaan patut dipuji.

2. Gagal menjadi pengikut pada keadaan memerlukan. Pemimpin yang hebat tidak mengarah pada semua masa. Sekali sekala pemimpin perlu menerima arahan.

3. Gagal meletakkan keutamaan organisasi lebih dari kepentingan individu.

4. Mengutamakan gaya dari keputusan. Swamy mengambil Donald Trumph sebagai contoh. Menurut beliau, ada kalanya Trumph lebih mengutamakan gaya berbanding keputusan.

‘Leadership – What Matters in a Multinational’

Oleh : Mr. Vaidyanath Swamy

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Procter & Gamble (P&G)Malaysia and Singapore

Universiti of Malaya-American Malaysia Chamber of Commerce Leadership Lecture Series

25 Mac 2008

Auditorium IPS, Institute  of Postgraduate Studies

University of Malaya