Arkib bagi Kategori ‘Motivasi’

H1N1 dan ‘ubat’nya

Ogos 16, 2009

Setiap hari angka kematian virus H1N1 meningkat. Dunia buat seketika

foto dari Malaysiakini

foto dari Malaysiakini

terhenyak dan kaget. Walapun ini bukan kali pertama penduduk dunia dikejutkan dengan penyakit yang menular. Kita sudah dilanda SARS yang mengakibatkan terjejasnya sebahagian aktiviti ekonomi. Ketika itu saya bekerja di restoran francais di selatan tanah air. Jualan harian restoran francais nombor satu itu jatuh hampir 50 peratus.

Kemudian adanya selesema burung, penyakit kuku dan mulut dan JE. Namun influenza A sangat digeruni kerana keupayaanya untuk menyebar hanya melalui udara pernafasan pesakit.

Penyakit berjangkit yang paling teruk pernah direkodkan ialah Spanish Flu yang melanda pada tahun 1918-1919. Dilaporkan lebih 50 juta manusian menjadi korban wabak ini. Jumlah itu ialah 1/3 penduduk dunia ketika itu (1.6 billion).

Jika H1N1 yang kita lalui hari ini sangat berisiko kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung, sebaliknya Spanish Flu menyerang orang dewasa yang sihat.

Saya melakukan sedikit bacaan dan analisis berkaitan dengan penyakit ini, supaya penduduk dunia boleh mengambil pelajaran dan pengajaran.

HishamudinRaisKonspirasi

1. Saya suka dengan komentar Hishamuddin Rais di Malaysiakini berkaitan punca wabak ini keluar dan dalang-dalangnya. Menurut beliau, semuanya terancang. Pun begitu, bacaan saya lebih menjurus kepada bagaimana menangani dan mengambil iktibar supaya tidak berulang lagi.

2. Sudah banyak juga temubual dan iklan dibuat untuk mendidik masyarakat tentang kaedah mengawal dan mencegah jangkitan. Antaranya menjaga kebersihan, mencuci tangan selepas bersin dan memakai topeng pernafasan bagi mereka yang mempunyai simptom.

Penyakit dan minda

3. TV9 menerusi Nasi Lemak Kopi O pagi ini  menemubual dua orang pakar perubatan berkaitan penularan wabak yang amat ditakuti ini. Perbincangan dua pakar ini sangat mearik perhatian saya. Kerana dari sudut saintifik dan ilmu ia boleh menjadi pegangan.

Prof Dr Muhaya Mohamad merupakan salah seorang dari mereka. Yang

Prof Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya

seorang lagi seorang profeso madya dari UPM.  Sayang, saya tidak sempat mencatat namanya. Antara perbincangan yang menarik:

  1. Badan manusia mempunyai sistem ketahanan (antibodi) yang sangat kuat untuk menangkis serangan virus. Buktinya, setiap hari manusia terdedah dengan macam-macam bakteria, kuman dan virus. Ia disebarkan melalui udara yang tercemar, pergaulan dan haiwan. Namun hanya sebahagian kecil menjejaskan kesihatan manusia.
  2. Virus atau bakteria hanya menyerang individu yang daya tahan (antibodi) nya lemah. Selalunya kanak-kanak,orang tua, wanita mengandung dan mereka yang sedang mengidap penyakit lain. Virus adalah agen, manakala tubuh manusia ialah hos. Hos yang sihat dan kuat berupaya menghalang kemasukan agen (virus).
  3. Satu cara untuk meningkatkan antobodi ialah dengan memakan makanan yangsegar dan berkhasiat. Antara keperluan paling asas dan penting bagi tubuh ialah air yang mencukupi. Sebahagian besar masyarakat Malaysia kurang minum air. Dan dari jumlah air yang diminum itu adalah dari jenis yang kurang berkhasiat, seperti air bergula dan air bergas.
  4. Prof Dr Muhaya menambah lagi, satu lagi faktor utama untuk membentuk antibodi yang kuat ialah dengan minda yang positif. Minda yang selalu risau dan takut akan menjana hormon yang akan menurunkan tahap antibodi. Apabila kita terlalu takut dan risau, maka secara otomatik antibodi kita akan menurun, dan memudahkan serangan virus. Ini dinamakan sebagai plasebo effect.
  5. Yang lebih mengagumkan saya apabila kedua-dua orang pakar ini menegaskan bahawa sesuatu penyakit itu tidak akan sama sekali menular tanpa izin dari Allah.

Bagaimana sikap Islam terhadap penyakit?

Saya ingin menegaskan semula apa yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Sebagai seorang yang beriman dengan Al-Quran dan Rasul, tentu kita mahu mengutip pandangan Kitab dan hadis tentang penyakit berjangkit.

Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku semuanya adalah atas kehendak dan keizinan Allah. Merebaknya virus ini adalah dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru itu tawakkal kita kepada Allah harus bulat dan terus utuh.

Islam mengajar kita supaya tida pernah putus dari berdoa dengan Allah. Kerana Dia yang memberi penyakit dan hanya dia yang menyembuhkan. Hanya Allah sahaja.

Namun ini tidak bermakna Islam hanya meminta umatnya berserah semata-mata tanpa bertindak. Tawakal itu ialah ‘mengikat unta dan bertawakal kepada Allah’ bukan membiarkan unta itu terlepas dan hanya berserah kepada Allah’ (petikan hadis yang sahih).

Allah melalui lisan Nabi memberikan beberapa saranan menghadapi penyakit berjangkit. Antaranya perintah kuarantin orang yang dijangkiti. Nabi melarang manusia pergi ke kawasan yang dilanda penyakit, dan melarang juga penduduk kawasan yang dijangkit dari keluar dari kawasan itu. Lanjutkan bacaan saudara ke laman berikut untuk hadis-hadis berkaitan penyakit berjangkit. Bacan tambahan.

Buku : Masa oleh Al-Qaradhawi

Julai 12, 2009

Klik gambar untuk baca rebiu.

Pengurusan-Masa-Menurut

Buku : Kaedah Mendidik Anak dan Isteri (2009)

Julai 11, 2009

1

Klik gambar untuk baca rebiu.

Buku : Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Julai 5, 2009

 Klik gambar untuk baca rebiu.perangai-Zaaba

Bengkel TAMRIN

Mei 5, 2009

1_310532643lSaya mengikuti bengkel kendalian Sifu Ainon sejak akhir 2006 lagi. Ia bermula dengan perkenalan melalui lama web Universiti Terbuka PTS.

Hingga hari ini, sudah masuk tahun ke-3 saya mengikuti kuliah PTS. Dan mungkin saya juga antara penuntut yang masih belum graduasi. Menurut kata Sifu, selagi belum terbit buku, selagi itu belum graduasi. Dan dek kerana itu, saya sering sangat di’beduk’ oleh cikgu.

Hanya saja saya katakan dalam hati, kekuatan saya belum cukup (bercampur perasaan malas dari dalam diri). Pun begitu saya masih hadir bersama teman-teman demin manfaat yang banyak dari patah kata yang keluar dari bibir perempuan ajaib ini.

Bengkek TAMRIN

Bengkel ini diadakan khusus untuk penulis @ bakal benulis PTS yang memasuki sektor training.

Sifu memberikan beberapa tips buat pegangan ketika berurusan dengan pegawai bahagian latihan. Semua tips yang diperturunkan adalah hasil dari kajian dan pengalaman Sifu sendiri yang bergelumang dengan dunia ‘training’ selama lebih 14 tahun.

Saya amat terkesan dengan perumpamaan yang dibuat oleh Sifu. Katanya berjuang dengan ‘darah, nanah dan airmata’.

Saya bersama tim gmr sedang bersiap-siaga memperkemaskan modul ‘mendidik dengan teknik surah luqman’ disamping beberapa modul-modul asas lain.

Turut hadir beberapa motivator terkenal Osman Affan dan Shamsuddin Abdul Kadir, termasuk penunis ngetop pts Sdra. Zamri Mohamad.

Penjelasan oleh Sifu sedikit sebanyak memberi ‘pelincir’ kepada proses pembangunan konsultan kami.

‘Jazakalllah Puan Sifu’.

Seminar on Facilitation

April 22, 2009

n679316309_1590059_7029739Anjuran : Anwar Ibrahim Club dan FNF Malaysia

Seminar ini mengajarkan cara-cara atau teknik-teknik menjadi fasilitator yang baik. Ramai yang sangka susah menjadi fasilitator, namun sangkaan itu meleset setelah peserta diajar kaedah dan cara yang betul.

Lebih kurang 30 peserta mengambil bahagian. Seminar dikendalikan oleh Dr Pimrapaat dari Thailand.

Apa yang menarik ialah, saya memohon izin untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam sidang seminar ini. Hanya sesekali sahaja saya menggunakan bahasa Ingeris. Selebihnya ucapan atau soalan saya diterjemahkan oleh pembantu moderator.

Ketika saya mengendalikan satu slot perbincangan, saya juga mendesak (dengan rakan sepasukan) untuk menggunakan bahasa melayu. Ada beberapa rakan peserta memberi nasihat atau dorongan supaya saya mengambul cabaran untuk menggunakan bahasa inggeris.

Saya memilih untuk menggunakan bahasa melayu. Ini tidak bermakna saya tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Saya mahu membuktikan bahawa bahasa bukan isu. Bahasa Melayu juga punya cukup kosa kata untuk mengungkapkan pendapat. Bahasa Melayu juga punya upaya untuk menjadi bahasa ilmu. Jadi bahsa bukan isu. Subjek satu perkara yang lain. Saya bersama gagasan membantah PPSMI.

Pada akhir sessi, mahu tidak mahu saya menggunakan bahasa Inggeris.  Ini kerana saya diamanahkan untuk membentangkan resolusi dan cadangan kepada pihak penganjur yakni Dr Pimrapaat. Beliau tidak menguasai bahasa melayu. Dan sebahagian hadirin agak terkejut kerana ternyata saya menguasai bahasa Ingeris dengan baik. Bahkan lebih baik dari sebahagian peserta yang lain.

Bahasa bukan isunya.

Buku : bisnes cara nabi

Mac 30, 2009

Judul : 14 Langkah Bagaimana Rasulullah saw Membangun Bisnes

Penulis : Laode M. Kamaluddin, Ph. D

Penerbit : Al-Hidayah (2008)

Ini satu lagi buku bisnes model islami yang baik untuk dibaca.