Arkib bagi Kategori ‘Filem Indonesia’

Filem : Eliana, Eliana (2002)

Mac 19, 2009

eliana_eliana

Saya bukan pengulas filem yang baik. Jauh sekali memasang angan-angan mahu menjadi pengkritik filem. Yang penting saya suka membaca ulasan @ kritikan dari Johan Jaafar, A Wahab Hamzah, Hassan Mutalid dan beberapa blogger lain. Itu benar. Saya suka.

Saya sekadar berkongsi apa perasaan saya pada setiap kali menonton sesebuah filem.

Eliana, Eliana, bak kata pengarahnya Riri Reza, ia seakan sebuah eksperimen terhadap gagasan dogma. Entah, apapun saya tidak mengerti. Saya berkeras untuk memahami apa-apa pun teori tentang filem dan cara bikinannya. Saya mahu kekal sebagai penonton.

Saya melihat Eliana, Eliana sebagai sebuah filem yang ringkas jalan ceritanya (kurang dari 12 jam tempoh ceritanya). Namun melalui peristiwa satu malam itu, ia mengungkap kisah puluhan tahun. Bermula dari kenangan Bunda (Jajang C. Noer) berkahwin pada usia muda, detik Eliana dibesarkan oleh Bunda dalam kemewahan, hingga ke peristiwa Eliana dinikahi secara paksa dan lari meninggalkan kota Padang ke kota Jakarta.

Jiwanya sangat besar. Melewati konflik pertentangan pendapat dua generasi, ibu dan anak. Ini merupakan luahan hati pengarah terhadap pertentangan generasi muda dan generasi tua.

Filem ini mengingatkan saya kepada sebuah novel kecil yang ber’isi’ besar, Perburuan oleh Pramoedya Anantra Toer. Karya kecil penulis besar ini hanya mengandungi 4 bab, setiap bab untuk satu babak. Walaupun hanya empat babak, namun novel pertama Pram ini mampu mengungkap persoalan merentasi cinta, pengkhianatan, sejarah bangsa dan perjuangan. Elian, Eliana juga punya ciri yang sama.

Retrospektif II

Mac 18, 2009

Sekali lagi saya bukan pengkagum manusia. Selain Muhammad dan sahabat-sahabatnya generasi terawal tidak layak dikagumi. Hanya berpada dengan mencontohi beberapa sifat dan bahagan tertentu.

Riri Riza dalam sesi soal jawab berkongsi beberapa pesanan dan panduan.

Sebahagian pembikin filem (merujuk kepada filem tempatan) membikin filem sebatas mahu ditayang dan ditonton, justru membuat wang dari tontonan itu. Dari wang itu mereka mengulang bikin filem-filem yang lainnya. Dan kemudian ditonton lagi dan bikin wang lagi dan kemudian bikin filem lagi sampai mati. Sebelum mati mereka bisa hidup dengan wang dari membuat filem, bina banglo besar dan naik kereta mewah, kemudian mati. Itu sahaja.

Soal apakah filem mereka akan ditonton lagi sepuluh tahun lagi ataupun tahun hadapan itu tidak penting.

Soal apakah yang akan melekat dalam benak dan fikir penonton selepas menonton ; adakah adegan selak kain atau pedoman buat suluh hidup, itu biar penonton sendiri yang tentukan.

Riri Riza berbeza.

Melaui filem-filemnya melalui aktor memainkan peran, melalui cerap lensa kamera merakam cahaya, ada sesuatu yang ingin beliau katakan dan sampaikan. Ia dilakukan dengan teliti, kemas dan bersahaja. Benar kata beliau, filem-filem beliau semahunya berkomunikasi dengan penonton. Titik akhirnya filem (sebagai contoh) Gie, bukan sekadar sejarah puluhan tahun manusia yang tulangnya pun sudah hancur. Sebaliknya Gie menjadi cermin kepada kita yang menonton hari ini. Ia seolah-olah berkata “Ini kisah aku (Gie), kamu pula bagaimana”, meminjam ayat U-Wei Hj Shaari.

Menurut Gie, filem yang baik berkomunikasi dengan penonton. Baik apapun tema atau subjek yang diangkat. Apakah maknanya sebuah filem yang dibikin dengan ratusan ribu ringgit atau jutaan ringgit, kalau akhirnya ia berakhir laksana mimpi di malam hari. Selepas tersedar kita pun lupa. Mengapa menghabiskan sedemikian banyak untuk sesuatu yang sia-sia.

Retrospektif : Riri Riza

Mac 17, 2009

preposterRIRIRIZA

 Ini bio Riri Riza.

Retrospektif Riri Riza memuatkan 3 tayangan filem araha beliau. Dua darinya saya tonton buat kali kedua, Gie dan 3 Hari Untuk Selamanya. Manakala pertama kali saya menonton Eliana, Eliana.

Saya bukanlah pemuja manusia. Namun tidak dapat saya sembunyikan rasa kagum dan teruja kepada Riri Riza. Bukan sahaja Riri yang saya minati karya-karyanya, bahkan teman-teman seangkatan seperti Mira Lesmana, Joko Anwar, Rudy Soedwarjo dan Nia Di Nata.

Komersial vs Artistik

Ada sekelompok karyawan berpegang bahawa aspek artistik menurunkan nilai komersial sesebuah filem. Maka lahirlah filem-filem pop ringan yang sangat picisan sifatnya walaupun mampu ‘pecah panggung’. Filem begini pulang modal bahkan banyak juga yang untung.

Ada sekelompok lagi pembikin filem beriman filem artistik tidak boleh komersial. Kalau ia komersial maka nilai artistik itu perlu dikorbankan. Lahirlah dari kelompok ini filem-filem yang membawa mesej baik, namun sangat tidak senang untuk ditonton. Malahan lebih teruk lagi filem-filem ini rugi akibat tidak ditonton.

Apa maknaya sebuah filem artistik yang punya mesej dan nilai yang baik, namun tidak ditonton. Bagaimana mesej itu mahu sampai jika ia tidak ditonton. Bukankah ini namanya syok sendiri. Sendiri pukul gendang dan sendiri menyanyi.

Uniknya, Indonesia melahirkan karyawan filem yang berusaha menghasilkan filem artistik yang ditonton ramai (komersial). Maka lahirlah Riri Riza, Mira Lesmana, Joko Anwar dan beberapa nama lain.

Di tangan Riri lahir Laskar Pelangi yang diangkat dari novel paling laris tulisan Andrea Hirata. Yang ceritanya mengkagumkan malahan menarik ratusan ribu pembaca dan jutaan penonton.

bersambung…

Filem : 3 Hari Untuk Selamanya (2008)

November 23, 2008

3_hari_untuk_selamanyaPengarah : Riri Reza
Penerbit : Mira Lesmana
Pelakon : Nicholas Saputra, Adinia Wirasti

Sinopsis

Seluruh keluarga besar Ambar (Adinia Wirasti) harus berangkat ke Jogjakarta untuk menghadiri pernikahan kakaknya. Namun pada hari keberangkatan, Ambar tertinggal sehingga memutuskan berangkat naik mobil bersama sepupunya, Yusuf (Nicholas Saputra), yang ditugaskan untuk menempuh jalan darat untuk membawa perangkat makan porselen yang secara tradisi selalu dipakai dalam acara Malam Midodareni.

Mereka memiliki 3 hari sebelum acara pernikahan. Sebagai 2 orang anak muda yang berjiwa bebas, mereka melakukan perjalanan dengan santai dan bicara tentang banyak hal, dari masalah sekolah, perkahwinan dan keputusan-keputusan penting dalam hidup. Perjalanan yang mengubah hidup mereka selamanya.

Nah! Inilah caranya filem ini mendapat nama.

Ulasan

Mengapa Ambar dan Nicholas secara tiba-tiba pergi ke Jogja bukan isi penting dalam filem ini. Kereta apa yang mereka naiki juga bukan soal. Begitu juga adakah set pinggan porselen itu selamat sampai atau tidak bukan menjadi arah tuju mencorak filem ini. (Walaupun akhirnya gempa bumi memecahkan set ini).

Yang menjadi fokus kepada filem ini ialah kisah-kisah sepanjang 3 hari perjalanan dari kota Jakarta ke Jogja. Jogja dari Jakarta lebih kurang Perlis ke Johor Bahru. Tanpa sistem lebuh raya yang baik (PLUS, Kesas atau Elite) ia memakan masa hampir 3 hari. Plus kedua anak muda ini melencong-lencong. Bukan Jogja atau Jakarta yang diperhatikan, sebaliknya perkara yang berlaku dan dilalui di antara dua kota ini. Persis Dari Jemapoh Ke Manchester (Hishamudin Rais), Yadi dan Jojie keluar dari Negeri Sembilan pun tidakapatah lagi nampak pucuk Eifil London.

Sayang sekali bahasa yang digunakan terlalu basah dengan slang. Butir bicara perbualan Yusuf dan Ambar ialah isi penting filem ini. Walaupun ada ketikanya agak berfalsafah. Kerana falsafahnya itu filem ini dilihat bijak dan jauh kedepan. Lantaran tidak hairan filem ini dipilih menyertai beberapa festival filem antarabangsa. Antaranya Pusan, Hong Kong, London dan Vancouver.

Filem 慴anyak sembang?begini memang agak sukar ditonton. Akan tetapi sebaliknya kepada orang yang sendirian dan sepi, filem ini seperti penawar. Perbualan-perbualan yang panjang dalam filem ini seolah mengajak penonton turut terlibat dalam perbualan. Kita seperti diajak biaca oleh watak-watak di dalamnya.

Kata Ambar, sesudah tiba di Joga, kepada Yusuf, 慖ni adalah perjalanan paling menarik dan bermakna dalam hidupnya? Kata-kata ini mengingatkan saya kepada satu trip yang pernah saya lalui bersama dua rakan. Kami bertiga menaiki kereta dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur, sementara saya meneruskan perjalanan sendirian ke Ipoh. Seorang teman saya ialah rakan sekuliahan yang punya obsess yang sama. Buku. Ketika saya mengumpul set Al-Ghazali, dia pula dengan set Sayid Sabiq. Ketika saya menghimpun novel klasik sasterawan negara, dia pula mengutip novel-novel besar dari tanah seberang. Manakala seorang lagi teman perjalanan kami ialah pelajar biologi yang dalam masa yang sama meminati psikologi. Akhirnya beliau berjaya genggan juga ijazah psikologi. Dan juga biologi.

Berperjalanan dengan dua makhluk Tuhan ini menjadi perjalanan yang paling saya ingati. Sepanjang beberapa jam di dalam kereta, tidak sekalipun perbualan kami terhenti. Yang lebih menarik lagi, pada setiap ayat yang keluar dari bibir mereka berdua dilengkapi fakta dan bukti meyakinkan.

Kembali kepada filem. Peminat filem Melayu mesti tonton filem ini.

4 bintang

Filem : Mengejar Matahari

Oktober 23, 2008

Pengarah : Rudi Soedjarwo
Pelakon : Winky Wiryawan, Udjo, Fauzi Baadilla, Fedi Nurul
Ini ialah sebuah filem Rudi Soedjarwo. Ada Apa Dengan Cinta dan Tentang Dia, keduanya dari pengarah yang sama. Mungkin saja dua filem ini lebih dikenali khalayak. Namun keduanya bukan citra yang lahir dari lubuk susuk Rudi. Filem-filem golongan terpinggir dan gelandangan merupakan kegemaran Rudi. Sedang Ada Apa Dengan Cinta dan Tentang Dia lebih menjadi filem Riri Riza dan Mira Lesmana, berbanding Rudi hanya bertindak sebagai pengarah. Inilah bezanya sebuah filem yang diarah dan ditulis sendiri.

Kecenderungan Rudi dapat dilihat dari dua buah filem yang beliau tulis sendiri, 9 Naga dan filem ini sendiri. Isu masyarakat marhaen dan keganasan memenuhi lensa filem Rudi. Tentu sahaja ini terkesan dari latar belakag sang pengarah. Seperti mana Yasmin Ahmad di Malaysia, Rudi menjadikan filem sebagai ruang untuk menengkspresi diri. Justeru filem-filem mereka (Yasmin dan Rudi) ada stail dan tersendiri.

MM ialah kisah persahabatan empat anak muda. Dilakarkan darialam kanak-kanak – remaja – hingga dewasa. Mewarnai perhubungan mereka ialah gangsterisme, rasa tidak puas hati kepada keluarga dan merebut cinta seorang gadis. Damar (Fauzi Baadila) bersama 3 orang sabahatnya berkawan sejak kecil. Konflik bermula apabila mereka berempat terserempak dengan kejadian bunuh oleh sekumpulan ganster. Salah seorang dari gangster itu dipenjarakan setelah dilapor oleh empat sekawan ini. Beberapa tahun kemudian, selepas gangster ini keluar dari penjara, mereka diburu akibat dendam.

Ulasan

Seperti 9 Naga, Mengejar Matahari juga bercerita tentang manusia-manusia biasa dari kelas marhaen. Latar MM ialah ‘rumah susun’ (mungkin bermaksud pansapuri yang tersusun bertingkat-tingkat). Setiap dari empat sahabat ini datang dari situasi keluarga yang bermacam-macam. Ada yang tiada bapa (Damar). Ada pula yang stress dengan bapa yang tegas (Ady lakonan Winky Wiryawan). Seorang lagi anak orang kaya (Ubjo) yang obses dengan kamera video. Dan (Fedi Nurul)… misteri keluarganya, yakni tidak dikisahkan.

Pergerakan cerita MM sama perlahan dengan 9 Naga. Kadang-kadang saya lekas bosan jika tidak sabar. Ceritanya biasa-biasa. Ya, walaupun mengangkat kisah manusia biasa, namun dalam 9 Naga kisahnya agak luar biasa. MM hanya cerita persahabatan yang ingin terus mengekalkan persahabatan sehingga ada yang terkorban nyawa (Ubjo) dan mengorbankan janji ceweknya si Ady). Ada Apa Dengan Cinta juga berputar soal persahabatan. Ianya kisah biasa.

Mungkin sahaja filem ini akan menjadi lebih baik, sekiranya latar belakang persahabatan empat pemuda ini dikemaskan dengan beberapa insiden tambahan yang mengukuhkan perhubungan mereka. Dalam MM yang mengikat persabatan itu hanya tertonjol ketika mereka ‘mengejar matahari’.

Runut bunyi

Kesan bunyinya juga agak mengecewakan. Seakan muzik latar sebuah drama biasa. Lebih-lebih lagi untuk filem seperlahan MM. Filem perlahan sangat perlu kepada iringan muzik yang cemerlang supaya penonton tidak lekas bosan.

Secara peribadi, 9 Naga masih lebih baik dari Mengejar Matahari. Sekarang saya perlu mencari Bintang Jatuh pula, antara naskah awal Rudi.

Filem lain yang pernah diarah oleh Rudi
1.Bintang Jatuh
2.Ada Apa dengan Cinta
3.Tentang Dia
4.9 Naga
5.Mengejar Matahari

Filem : Nagabonar (jadi) 2 (2008)

Oktober 21, 2008

Pengarah : Deddy Mizwar
Pelakon : Deddy Mizwar, Tora Sudiro, Wulan Guritno

Apa kata dunia?’

Filem ini merupakan sekuel dari Nagabonar, filem terbaik FFI 1987. Filem ini juga berjaya di panggung.

N2 berkisar Nagabonar (Deddy Mizwar) sebagai bapa tunggal membesarkan Bonaga (Tora Sudiro). Bonaga mewarisi semangat juang Nagabonar. Sikap degil dan cekal diterjemahkan ke dalam perniagaan yang diuasahakannya.

Konflik N2 bermula apabila Bonaga bercadang memajukan ladang kelapa sawit milik ayahnya. Hasrat ini menyinggung perasaan Nagabonar, kerana ladang itu menyimpan kuburan 3 ahli keluarganya, isterinya Kirana, nenek Bonaga dan paman Bonaga yang mati mempertahankan Nagabonar.

Ulasan

N2 sarat dengan mesej kekeluargaan dan patriotic. Apa yang menarik Deddy Mizwar berjaya menyampaikannya dalam bentuk yang begitu santai dan ringan. Seperti dalam Kiamat Sudah Dekat, mesej filem ini disusur kemas dalam drama komedi. Kekuatan file mini terletak pada susunan dialog yang bermakna dalam senda.

Antaranya ketika Nagabonar dibawa Bonaga ke sebuah restoran untuk makan malam. Ketika itu semua tempat duduk sudah ditempah. Kata pelayan,’Maaf pak, semua kerusinya sudah ditempah’. Nagabonar membalas kebingungan, ‘Aku mahu makan, bukan mahu beli kerusi. Aku mahu makan kenapa kau bawa aku ke kedai kerusi’.

Mesej agama

Deddy Mizwar seorang ustaz yang memiliki latar pengajian agama. Lantas tidak hairanlah apabila banyak sekali mesej agama diserap dalam filem-filem beliau. Antara yang sangat ketara ialah Kiamat Sudah Dekat. Dalam file mini, Deddy Mizwar menyentuh soal minum arak, solat dan mengaji Al-Qur’an.

Pun begitu pada satu perkara saya lihat ia sangat menyanggahi pegangan Islam. Iaitu perihal berhala. Sepertimana kita maklum di Indonesia, tokoh-tokoh perang merdeka yang sudah mati didirikan monument bagi mengenang jasa mereka. Antaranya ialah monumen patung Jeneral Sudirman, Jeneral Suharto dan Ismail Marzuki. Isu pembinaan itu ialah tanggungjawab pemerintah, bukan salah Deddy Mizwar selaku pengarah. Namun apabila Nagabonar yang dilakonkan sendiri oleh Deddy Mizwar melakukan tabik hormat pada monumen-monumen ini dan juga tabik hormat pada kuburan-kuburan pahlawan perang, ternyata ini tindakan sedar Deddy Mizwar. Dan beliau perlu dipertanggungjawabkan. Memberi tabik hormat ataupun meletakkan kalungan bungan pada monumen dengan niat mengingati atau mengenang jasa adalah dilarang dalam Islam. Ia mempunyai unsur-unsur keberhalaan.

Kesimpulan

Nagabonar 2 pada saya sebuah filem hubungan keluarga (terutama ayah-anak) antara yang terbaik. Filem ibu tunggal sudah banyak bersepahan. Filem ayah-anak jarang ditemui. Mungkin yang saya ingat ialah The Pursuit Happines (Will Smith) dan I Am Sam (Sean Pen).

Namun pada pengakhiran cerita ini saya terimbas semula novel Ziarah (Iwan Simatupang). Keinginan untuk sentiasa dekat dengan kuburan orang-orang yang tersayang. Ketika saya melihat file mini pada akhirannya, saya melihat keinginan Nagabonar untuk selalu dekat dengan kuburan ahli keluarganya. Dan sekali Nagabonar pernah berkata untuk turut serta disemadikan bersama orang-orang yang dia sayang.

Filem : Ekskul (2006)

Oktober 21, 2008

Pengarah : Nayato
Pelakon : Ramon Y Tungka, Metha Yunatria, Sheila Marcia

Filem paling Sensasional & Kontroversional 2006-2007

Ya, benar. Gara-gara filem ini dianugerahi filem terbaik Festival Filem Indonesia 2006, maka sebahagian besar pemenang menyerahkan semula trofi yang mereka menangi. Itu sebagai tanda protes. Ekskul bukan tidak bagus untuk dianugerahi, hanya saja filem ini dilihat tidak original. Khabarnya ia disadur dari sebuah filem lain.

Kisah

Ekskul berkisar Joshua, seorang siswa SMU yang tertekan. Tekanan teman sekolahan yang selalu membulinya. Tekanan birokrasi dan politicking pentadbiran sekolah. Dan juga tekanan ibu bapanya yang sangat tegas. Lantaran memerlukan perhatian, Joshua menawan beberapa temannya (yang sering membuli) di bilik guru disiplin sekolahnya bersama sepucuk pistol.

Ekskulialah kisah seharian anggota polis dan pentadbiran sekolah bergelut untuk meyakinkan Joshua supaya menyerah diri dan melepaskan tawanannya dengan selamat. Sayang sekali ia berakhir dengan Joshua membunuh diri.

Komen saya

Institusi pendidikan

Jika dibandingkan dengan situasi di Malaysia, ternyata agak jauh bezanya. Cara guru sekolah dan pengetua menangani situasi getir begini nampak agak longgar. Guru dan pengetua yang dilakonkan oleh watak muda, nampak tidak berkaliber untuk menjadi seorang guru. Begitu juga watak psikiatris. Bukan semata kerana mudanya watak itu, sebaliknya sedari awal karakter itu ditulis.

Anggota keselamatan

Ia nampak gah. Dengan sejumlah anggota keselamatan yang ramai, beserta lampu spotlight yang menyuluh-nyuluh seperti pesta. Tentu sahaja situasi begini akan lebih mencemaskan Joshua. Cara pihak polis menangani situasi seolah-olah suspek ialah pembunuh kejam atau penjenayah yang dikehendaki kerana mengancan keselamatan negara.

Kesimpulan

Ekskul sebagai sebuah filem sangat cemerlang dari aspek teknikal. Sudut kamera, pencahayaan, kesan bunyi dan prop bagus-bagus belaka. Sehinggakan sekali pandang tidak kalah Ekskul berbanding siri CSI atau NYPD Blue.

Pun begitu dari sudut cerita, Ekskul sangat lemah. Selain mengadaptasi situasi drama-drama kepolisan Hollywood tidak ada apa yang diceritakan dalam filem ini.