Posts Tagged ‘jabatan al-qur’an dan hadith’

Buku : Jurnal Al-Bayan

September 5, 2008

Jurnal Al-Qur’an dan Al-Hadith
Bil. 4 (April 2008)
Penerbit : Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Ini jurnal. Berbeza berbanding buku ataupun majalah. Ia besifat lebih ilmiah. Bahkan bukan sahaja ilmiah, ia lebih berat dan mendalam. Kebiasaannya jurnal akan menerbitkan kajian ataupun tesis pensyarah-pensyarah universiti. Justeru membaca jurnal tidak boleh ditanggapi seperti membaca buku yang dijual dikedai buku.

Al-bayan memuatkan 9 kertas kerja. Kebanyakannya di dalam bahasa Melayu. Satu darinya dalam bahasa Inggeris dan satu lagi Bahasa Arab. Saya tidak baca kesemuanya, melainkan beberapa sahaja yang saya berkenan berkaitan topic yang saya minat. Antara yang say abaca ialah ;

1. Pengaruh Sayyid Muhammad Rasyid Ridha Terhadap Pengajian Tafsir di Malaysia.

2. Kontroversi Sheikh Muhammad Al-Ghazali Berkenaan Khabar Ahad.
– Saya mengagumi Sheikh Muhammad Al-Ghazali, sebagai tokoh yang disebut-sebut seangkatan dengan Yusuf Al-Qaradhawi. Namun beliau dikecam hebat lantaran beberapa tulisannya yang terang-terangan mengkritik beberapa hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Antara hadith yang beliau kritik ialah hadith nabi disihir, hadith lalat didalam air minuman, penciptaan bumi dalam 7 hari dan azab kubur. Beliaua juga mengkritik hadith ahad untuk dijadikan pegangan akidah. Pendirian beliau ini ternyata menyalahi pegangan imam-imam generasi salaf. Pun begitu sanggahan itu tidak dimuatkan dalam kertas ini. Penulis hanya menukilkan apa yang dipegang oleh Muhammad Al-Ghazali tanpa memberi justifikasi.

3. Pemikiran A. Hassan bandung : Nasikh Mansukh, Al-Am dan Al-Khas

4. Syeikh Nurunndin Al-Raniri dan Sumbangannya Kepada Perkembangan Hadith
– Al-Raniri merupakan mufti kerajaan Aceh pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Beliau dikenali dengan sikap tegasnya kepada golongan ‘wahdatul wujud’ yang diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri. Pada ketika itu tokoh yang mengembangkan ajaran ini ialah Syeikh Syamsuddin Sumatrani. Maka berlakulah peristiwa pembakaran kitab-kitab Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumatrani. Ajaran wahdatul wujud merupakan pegangan sesat yang mengimani bahawa ala mini adalah sebahagian dari Allah. Dan manusia juga adalah berasal dari Allah. Kata-kata seorang tokoh sufi yang berpegang dengan ajaran ini ,’Ana al-Haq’ oleh Muhyiddin Ibn Arabi. Justeru ajaran ini dibantah sekeras-keranya.

Satu fakta menari berkaitan Al-Raniri ialah, beliau dikatakan pernah menjadi guru kepada Tun Sri Lanang ketika Johor dijajah Aceh.

Membaca jurnal Al-Bayan menambah kepelbagaian bacaan saya. Dari aspek kepuasan, ia masih kurang. Memandangkan kebanyakan tulisan dalam jurnal ini hanya membuat analisa terhadap kajian tokoh-tokoh terdahulu. Penulis hanya menceritakan semula apa yang telah ditulis oleh tokoh-tokoh terdahulu. Untuk melihat sesuatu idea baru dihasilkan, agak sukar.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.