Posts Tagged ‘jerusalem’

Eksplorasi Buku : Salahuddin Al-Ayubi

Ogos 23, 2009

Nama Salahuddin Al-Ayubi cukup dikenali bukan sahaja di dunia Islam bahkan dunia Barat dan Eropah juga. Beliau merupakan wira Islam yang bertanggung jawab memebus semula Baitulmaqdis (Jerusalem) selepas ditawan oleh pihak Yahudi.

Dalam sejarah peradaban Islam, kota suci umat Islam ini ditawan sebanyak 3 kali oleh pihak Yahudi. Kali pertama ia ditebus semula oleh Khalifah Islam yang kedua, Umar Al-Khattab. Dan kali kedua oleh Salahuddin Al-Ayubi. Kali ketiga ia ditawan ialah 50 tahun yang lalu, dan kini masih belum ada mana-mana wira dari kalangan umat Islam yang berjaya menebus kota suci itu.

salahudin-coverKelahiran novel sejarah mengenai Salahuddin Al-Ayubi tulisan Abdul Latip Talib mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dalam masa beberapa tahun sejak pertama kali diterbitkan, naskah ini telah diulang cetak sebanyak 9 kali. Satu pencapaian yang luar biasa bagi karya genre ini.

Bertempat di Bilik Interaksi, Kompleks Bitara UPSI, telah berlangsung satu sesi diskusi memerikan naskah ini. Selain Pak Latib sendiri selaku penulis, turut serta ialah seorang sarjana sejarah dari UPSI sendiri, En Mohamad Kamal.

Adalah tidak adil bagi saya mengulas naskahnya, kerana saya belum membacanya. Menurut Pak Latip, novel ini mengisarkan kehidupan Salehuddin bemula dari zaman remaja, sehingga menjadi Sultan.

AbdulLatipTalibPak Latip menitip beberapa perkara menarik untuk dikongsi :

1. Kesemua pahlawan Islam yang Pak Latip kaji termasuk Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih berkongsi ciri yang sama. Selain tegas dan perkasa mereka mempunyai akhlak yang paling mulia.

2. Sebaliknya pahlawan kafir tidak ada satu pun dari mereka mempunyai akhlaq yang mulia. Mereka kesemuanya hebat di medan perang dan pada masa yang sama ganas dan zalim terhadap mangsa perang. Bahkan ada yang zalim terhadap tentera pasukan sendiri

3. Salahuddin seorang yang patuh dan taat pada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi.

4. Sebahagian kehebatan tentera dan pahlawan Islam masih misteri sehingga kini. Antaranya kemampuan teknologi Sultan Muhammad Al-Fatih memindahkan 7 buah kapal perang melalui jalan darat.

cik_kamal_-_CopyManakala sarjana sejarah En Mohamad Kamal melihat novel Salahuddin menepati fakta sejarah. Beliau memuji gaya penyampaian yang berkesan. Antara lain beliau menyebut :

1. Jerusalem atau Baitulmaqdis merupakan kota suci bagi 3 agama. Justeru itu tidak hairanlah ia menjadi rebutan sepanjang sejarah.

2. Konsep pahlawan Islam berbeza dengan bukan Islam. Islam membela sesiapa sahaja yang ditindas baik Islam mahupun bukan Islam.

Pahlawan Islam mematuhi  peraturan perang untuk tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. Juga tidak memusnakha tanaman dan ternakan. Sebaliknya perang konvensional ala-barat memusnahkan hampir apa sahaja di atas muka bumi.

Ulasan saya

Saya sangat berpuas hati dengan pembentangan kedua-dua belah pihak. Sambutan pelajat juga sangat menggalakkan. Buat pertama kali saya melihat majlis berkaitan dengan buku dihadiri sedemikian ramai pelajar. Hampir 100 (mungkin lebih) memenuhi bilik Interaksi.

Saya akan terus membaca novel ini.

Foto dari blog Pak Latip

Foto dari blog Pak Latip

Eksplorasi Buku

Tempat : Bilik Interaksi, Kompleks Bitara UPSI

Masa : 10 : pagi

Tarikh : 21 Ogos 2009 (Jumaat)


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.