Posts Tagged ‘penyakit berjangkit’

H1N1 dan ‘ubat’nya

Ogos 16, 2009

Setiap hari angka kematian virus H1N1 meningkat. Dunia buat seketika

foto dari Malaysiakini

foto dari Malaysiakini

terhenyak dan kaget. Walapun ini bukan kali pertama penduduk dunia dikejutkan dengan penyakit yang menular. Kita sudah dilanda SARS yang mengakibatkan terjejasnya sebahagian aktiviti ekonomi. Ketika itu saya bekerja di restoran francais di selatan tanah air. Jualan harian restoran francais nombor satu itu jatuh hampir 50 peratus.

Kemudian adanya selesema burung, penyakit kuku dan mulut dan JE. Namun influenza A sangat digeruni kerana keupayaanya untuk menyebar hanya melalui udara pernafasan pesakit.

Penyakit berjangkit yang paling teruk pernah direkodkan ialah Spanish Flu yang melanda pada tahun 1918-1919. Dilaporkan lebih 50 juta manusian menjadi korban wabak ini. Jumlah itu ialah 1/3 penduduk dunia ketika itu (1.6 billion).

Jika H1N1 yang kita lalui hari ini sangat berisiko kepada kanak-kanak, orang tua dan wanita mengandung, sebaliknya Spanish Flu menyerang orang dewasa yang sihat.

Saya melakukan sedikit bacaan dan analisis berkaitan dengan penyakit ini, supaya penduduk dunia boleh mengambil pelajaran dan pengajaran.

HishamudinRaisKonspirasi

1. Saya suka dengan komentar Hishamuddin Rais di Malaysiakini berkaitan punca wabak ini keluar dan dalang-dalangnya. Menurut beliau, semuanya terancang. Pun begitu, bacaan saya lebih menjurus kepada bagaimana menangani dan mengambil iktibar supaya tidak berulang lagi.

2. Sudah banyak juga temubual dan iklan dibuat untuk mendidik masyarakat tentang kaedah mengawal dan mencegah jangkitan. Antaranya menjaga kebersihan, mencuci tangan selepas bersin dan memakai topeng pernafasan bagi mereka yang mempunyai simptom.

Penyakit dan minda

3. TV9 menerusi Nasi Lemak Kopi O pagi ini  menemubual dua orang pakar perubatan berkaitan penularan wabak yang amat ditakuti ini. Perbincangan dua pakar ini sangat mearik perhatian saya. Kerana dari sudut saintifik dan ilmu ia boleh menjadi pegangan.

Prof Dr Muhaya Mohamad merupakan salah seorang dari mereka. Yang

Prof Dr Muhaya

Prof Dr Muhaya

seorang lagi seorang profeso madya dari UPM.  Sayang, saya tidak sempat mencatat namanya. Antara perbincangan yang menarik:

  1. Badan manusia mempunyai sistem ketahanan (antibodi) yang sangat kuat untuk menangkis serangan virus. Buktinya, setiap hari manusia terdedah dengan macam-macam bakteria, kuman dan virus. Ia disebarkan melalui udara yang tercemar, pergaulan dan haiwan. Namun hanya sebahagian kecil menjejaskan kesihatan manusia.
  2. Virus atau bakteria hanya menyerang individu yang daya tahan (antibodi) nya lemah. Selalunya kanak-kanak,orang tua, wanita mengandung dan mereka yang sedang mengidap penyakit lain. Virus adalah agen, manakala tubuh manusia ialah hos. Hos yang sihat dan kuat berupaya menghalang kemasukan agen (virus).
  3. Satu cara untuk meningkatkan antobodi ialah dengan memakan makanan yangsegar dan berkhasiat. Antara keperluan paling asas dan penting bagi tubuh ialah air yang mencukupi. Sebahagian besar masyarakat Malaysia kurang minum air. Dan dari jumlah air yang diminum itu adalah dari jenis yang kurang berkhasiat, seperti air bergula dan air bergas.
  4. Prof Dr Muhaya menambah lagi, satu lagi faktor utama untuk membentuk antibodi yang kuat ialah dengan minda yang positif. Minda yang selalu risau dan takut akan menjana hormon yang akan menurunkan tahap antibodi. Apabila kita terlalu takut dan risau, maka secara otomatik antibodi kita akan menurun, dan memudahkan serangan virus. Ini dinamakan sebagai plasebo effect.
  5. Yang lebih mengagumkan saya apabila kedua-dua orang pakar ini menegaskan bahawa sesuatu penyakit itu tidak akan sama sekali menular tanpa izin dari Allah.

Bagaimana sikap Islam terhadap penyakit?

Saya ingin menegaskan semula apa yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Sebagai seorang yang beriman dengan Al-Quran dan Rasul, tentu kita mahu mengutip pandangan Kitab dan hadis tentang penyakit berjangkit.

Setiap sesuatu yang terjadi dan berlaku semuanya adalah atas kehendak dan keizinan Allah. Merebaknya virus ini adalah dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui. Justeru itu tawakkal kita kepada Allah harus bulat dan terus utuh.

Islam mengajar kita supaya tida pernah putus dari berdoa dengan Allah. Kerana Dia yang memberi penyakit dan hanya dia yang menyembuhkan. Hanya Allah sahaja.

Namun ini tidak bermakna Islam hanya meminta umatnya berserah semata-mata tanpa bertindak. Tawakal itu ialah ‘mengikat unta dan bertawakal kepada Allah’ bukan membiarkan unta itu terlepas dan hanya berserah kepada Allah’ (petikan hadis yang sahih).

Allah melalui lisan Nabi memberikan beberapa saranan menghadapi penyakit berjangkit. Antaranya perintah kuarantin orang yang dijangkiti. Nabi melarang manusia pergi ke kawasan yang dilanda penyakit, dan melarang juga penduduk kawasan yang dijangkit dari keluar dari kawasan itu. Lanjutkan bacaan saudara ke laman berikut untuk hadis-hadis berkaitan penyakit berjangkit. Bacan tambahan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.