Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj III)

Februari 26, 2015
Prof. Datuk Ramlah Adam sedang membentangkan kertas kerja beliau.

Prof. Datuk Ramlah Adam sedang membentangkan kertas kerja beliau.

Institusi beraja merupakan salah satu sistem pemerintahan tertua di dunia. Ada di kalangan Nabi diangkat menjadi raja seperti Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman Alaihumussalam.

Kesultanan Melayu Melaka juga pernah menjadi sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

Siang tadi alhamdulillah saya sempat menghadirkan diri ke Seminar Institusi Raja kali k-3 di DBP. Hadir sama mencemar duli ialah Raja Perlis dan Tan Sri Dato Seri Utama Rais Yatim.

Beberapa kertas kerja menarik dibentangkan oleh tokoh yang disegani ramai seperti Prof Datuk Ramlah Adam dan Prof. Asiah Sarji. Saya sempat hadir sehingga ke majlis perasmian.

Pameran manuskrip. Gambar ialah manuskrip Hikayat Hang Tuah yang disimpang di Perpustakaan Negara Malaysia.

Pameran manuskrip. Gambar ialah manuskrip Hikayat Hang Tuah yang disimpang di Perpustakaan Negara Malaysia.

Banyak info dan perspektif baharu dan menarik diperoleh. Prof Ramlah Adam mengoreksi Puteri Hang Li Po nama sebenarnya ialah Puteri Hang Liu. Hang Li Po ialah menteri yang mengiringi Hang Liu.

Demikian juga Prof. Datuk Abdul Munir Yaakob memohon lebih banyak kajian mendalam di lakukan terhadap manuskrip Melayu dengan menggunakan skop dan teori-teori moden.

Sejarah Hubungan Muslim & Kristian

Januari 6, 2015

Mohd Riduan b Khairi, Ketua Jabatan Penerbitan iLMU

Hubungan Muslim & Kristian telah bermula sejak detik terawal dakwah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Bahkan selepas menerima wahyu pertama baginda Rasul dibawa oleh Khadijah untuk mendapatkan konsultasi dari seorang ahli Kitab yakni Waraqah bin Naufal.

Kemudiannya kita menemui sejumlah para rahib dan paderi Nasrani memeluk ajaran Islam. Terkenal sekali dalam sejarah Islam, kisah kembara seorang pemuda Nasrani mencari hidayah. Kemudiannya lelaki ini dikenali sebagai salah seorang sahabat Nabi yang kanan dan utama, bahkan dipuji dalam hadith baginda. Itulah Salman Al-Farisi.

Adi bin Hatim at-To’i juga salah seorang sahabat Nabi yang dikenal dalam riwayat tafsir Al-Quran, asalnya juga Adi ialah seorang ketua suku at-To’i di Najd dan beragama Nasrani. Hubungan Kristian dan Muslim terjalin sejak lama. Ahli sejarah mencatatkan bahawa kehidupan rakyat Kristian di bawah kerajaan Islam jauh lebih baik berbanding di bawah kekuasaan Yahudi. Hak-hak Kristian dan non-Muslim yang lain dijaga. Firman Allah,

A040

Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Al-Hajj 22: 40)

Titik makar dan onar dalam sejarah peradaban manusia ialah bangsa yang pernah Allah muliakan pada suatu ketika dahulu yakni Bani Israel yang kemudian dikenal sebagai Yahudi. Namun ternyata kemudiannya mereka mengkhianati janji meraka kepada Allah dan para Rasul-Nya, Mereka mendustai para Nabi yang telah Allah utus dari kalangan mereka. Yahudi membunuh Nabi Zakaria dan Yahya. Zakaria yang mengasuh Maryam ibunda Isa Alaihisalam. Dan nyaris Isa juga dibunuh oleh Yahudi laknatullah.

Umat Islam dan umat Kristian jangan terpedaya dengan tipudaya Yahudi memprovokasi mengeruhkan hubungan baik Muslim Kristian yang terwujud sejak sekian lama. Benar ada perang antara kita. Jangan terkeok dan terkecoh kerana sesama Arab sendiri pernah wujud sesiri peperangan yang panjang. Demikian dalam ajaran Islam sendiri ada mazhab khawarij dan Syiah yang menghalalkan darah sesama umat. Dan bukankah juga sesama unat Kristian juga pernah berlaku pertumpahan darah yang dahsyat. Itu tidak lain adalah angkara kelompok yang jahil dan mengikut hawa nafsu. Dan ditengah-tengah itu terpercik api permusuhan lalu ditiup oleh Yahudi lalu bersemarak peperangan.

Sedangkan menurut ajaran agama hanif yang dibawa oleh Khalil Allah Ibrahim Alahisalam, seterusnya Dawud bersama Zabur, Musa bersama Taurat, Isa bersama Injil dan Muhammad Sallallahu ‘Alalihi Wa Sallam; perang itu tidak lain bertujuan mempertahankan keamanan dan menebarkan kedamaian.

Hakikat ini harus dimengerti dan difahami agar dua agama terbesar umat manusia ini tidak dilaga dan diperseterukan oleh musuh Allah. Dan siapakah musuh Allah yang lebih besar selepas iblis laknatullah, kalau bukan Yahudi.

Iblis yang membisikkan kepada Bani Israel untuk membuat lembu dari emas lalu menganggapnya sebagai Tuhan. Iblis yang membisikkan kepada Yahudi untuk memuliakan Nabi Allah Uzair berlebihan lalu mengangkatnya sebagai anak Tuhan. Dan iblis juga yang membisikkan kebohongan bahawa Isa bin Maryam itu adalah anak Tuhan. Walhal tidak pun walau sepatah yang dapat kita temui kenyataan dan pengakuan Isa di dalam Bible bahawa baginda adalah Tuhan. Yang benar lagi tercatat dalam kalam Allah yang terpelihara yakni Al-Qur’an yang Mulia. Firman Allah,

A030

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?” (At-Taubah 9: 30)

Maka seruan orang beriman kepada semua anak manusia agar kembali kepada fitrah, kembali kepada agama yang hanif, agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim Alaihisalam. Itulah agama semua para Nabi dan para Rasul yakni berserah diri hanya kepada Allah Yang Esa. Allah Yang Menciptakan Langit tujuh lapis dan Menciptakan bumi tujuh lapis juga. Firman Allah,

A140

Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Al-Baqarah 2: 140)

Seandainya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian kembali menekni Zabur, Taurat dan Injil yang masih ada di tangan mereka, dengan tulus dan ikhlas semata-mata mengharapkan petunjuk kebenaran, nescaya mereka akan menemui secercah cahaya kebenaran. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya,

A029

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Fath 48: 29)

Dari Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baharu (Injil) itu ada banyak sekali petunjuk dan petanda mengarahkan kepada Perjanjian Terakhir (Final Testament). Itulah kitab yang dijanjikan oleh Allah terpelihara ketulenan dan keasliannya dari perubahan dan penyelewengan oleh tangan-tangan jahat manusia. Itulah Al-Quran Al-Karim yang diwahyukan kepada Al-Amin.

Sinar Harian 2 Januari 2015

Flor de la Mar & Alam Maritim Melayu

Januari 4, 2015

Oleh Mohd Riduan b Khairi

Flor-De-La-Mar-www.menaratamingsari.com_54,000 kg emas bernilai lebih USD 2.6 billion dianggarkan karam bersama kapal terbesar Portugis Flor De La Mar di perairan Selat Melaka berdekatan Acheh. Ia adalah harta ‘melanun’ terbesar dalam sejarah penaklukan Portugis. Dan tiba-tiba projek mengapungkan bangkai kapal bersejarah itu mendapat perhatian setelah tertangguh sejak 30 tahun yang lalu.

Catatan sejarah tempatan menyebutkan bahawa harta yang karam itu hanya 1/3 dari kekayaan kerajaan Melaka, selebihnya sempat diselamatkan oleh pihak istana ketika menyelamatkan diri. Memang kerajaan Melaka amat maju dan kaya suatu ketika dahulu, bahkan Tun Seri Lanang menyebutkan kekayaan Bendahara Seri Maharaja sahaja memiliki 6 bahara emas bersamaan 36 kig. Peradaban Melayu pernah melaui sebuah era gemilang. Sebelum abad ke-15 kota Melaka, kota Riau dan Acheh pernah menjadi pelabuhan bertaraf dunia setaraf Canton dan Venice. Bahkan ada penulis sejarah Eropah menyatakan jika dibandingkan dengan Melaka, sebenarnya Venice itu tiada apa-apa.

Sejak abad pertama peradaban Melayu telah menjadi hubungan perdagangan dengan dunia luar merentasi China hingga Rom. Sejarawan China abad pertama mencatatkan bahawa kapal Melayu ketika itu amat besar di beri nama kunlun bo/ po. Catatan Greek abad pertama menyebutnya bahawa orang-orang India di Ganges menyebutkan kapal Melayu dengan nama colandia dipercayai dari bahasa Sanskrit ‘kolantriopa’.  (The Periples of The Erythaen Sea) 

Kapal berukuran panjang lebih 100 meter dan muatan 500 tan inilah yang disebut dalam bahasa Jawa sebagai jong. Ia adalah jenis kapal alam Melayu yang terbesar. Saiz ini adalah yang terbesar pada zamannya sehingga disebutkan jong Melayu tidak dapat menghampiri dermaga pelabuhan di China kerana terlalu besar. Kapal China terbesar ketika itu disebut sebagai ‘chuan’. Ibn Battutah ahli pelayaran abad ke 14 menyatakan bahawa saiz jong lebih besar berbanding kapal ‘chuan’.

Jika tidak masakan ketua lanun Alfonso yang datang ke Melaka menaiki kapal  ‘nao’ terbesar  Portugis Flor De La Mar berasa terkejut dan gerun ketika melihat jong Melayu di perairan Selat Melaka. Dari catatan mereka, mereka menggelar jong Melayu sebagai ‘Penggegar Dunia’.

Jong sebagamana juga kapal-kapal moden ia diberi nama khusus seperti  Flor De La Mar, Santa Maria & The Victoria. Antara jong yang terkenal disebut dalam sumber Melayu ialah Mendam Berahi: jong yang dibina oleh Hang Tuah khusus untuk pergi meminang Puteri Majapahit bagi pihak Sultan Mansur dalam Hikayat Hang Tuah, jong Sairul A’lam; jong diraja kerajaan Acheh di dalam  Hikayat Hang Tuah, jong Chakra Dunia; jong kerajaan Acheh, jong sasana; jong kerajaan Sulawesi ketika meminang puteri Majapahit.

Berdasarkan maklumat yang sampai kepada kita setakt ini; peradaban Melayu meniti era gemilang sejak abad pertama hingga abad ke-15 yakni 1500 tahun. Setelah itu ia jatuh merudum dan salah satu dari faktornya ialah era penjajahan oleh kerajaan lanun Portugal, Sepanyol, Italy, Belanda dan beberapa lanun yang lain. Ulang kata: Mereka adalah lanun dari kerajaan lanun.

Sumber Portugis sendiri sebut ketika Flor de La Mar berlayar ke Melaka mereka menemui sebuah kapal besar yang sarat dengan harta. Apa kata ketua lanun Alfonso, “Kalaulau bukan kerana kita sedang menuju ke Melaka sebuah negeri yang lebih kaya, maka sudah tentu harta atas kapal ini akan menjadi hadiah terbaik buat raja Portugal.” (Catatan-Catatan Alfonso yang dikumpulkan oleh anaknya Baz Alburquerqe)

Alam Melayu telah berlayar jauh sejak abad pertama dengan kapal besar, demikian juga negara China. Cheng Ho melalukan pelayaran monumental dengan ratusan kapal dan ribuan pengiring; namun sejarah peradaban mereka bukanlah untuk melanun!

Menyingkap sejarah khususnya sejarah teknologi maritim bukan semata-mata nostalgia. Ia adalah ibrah (pengajaran) yang perlu diinsafi. Bahkan teknologi maritim termasuk ilmu pengetahuan yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an sekurang-kurangnya puluhan kali. Firman Allah maksudnya,

Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahan-Nya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.” (Surah Luqman 31: 31) dan di dalam ayat yang lain, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar di laut seperti gunung-gunung).” (Surah Syuura 42: 32)

Jumlah harta Flor de la Mar bukan sedikit. Namun yang kita semua terlepas pandang ialah yang jauh lebih mahal dan berharga dari emas itu ialah pengetahuan dan teknologi maritim yang pernah orang Melayu juarai suatu ketika dahulu.

Sejak zaman Melaka lagi laluan Selat Melaka menjadi laluan perdagangan paling sibuk dalam dunia. Pada tahun 2006 sahaja, direkodkan 65,000 kapal melalui Selat Melaka. Kerajaan klasik alam Melayu seperti Acheh, Majapahit, Srivijaya, Demak, Pasai dan banyak lagi direkodkan masing-masing memiliki armada laut yang mencecah ratusan dan ribuan kapal besar ‘jong.’ Itu tidak termasuk kapal-kapal kecil seperti lancaran layar tiga, kapal dendang, kapal banting, kapal pilau, dan ratusan jenis kapal lain yang pernah digunakan. Dan disyaki bahawa semunya bersemadi di dasar lautan sepanjang Selat Melaka dan lautan yang lain.

Justeru ekspedisi mencari Flor De La Mar akan menelan belanja yang besar, masa yang lama dan kebarangkalian untuk itu seperti tidak sepadan dengan usaha yang dilakukan. Adalah lebih berhemat jika kos itu dialihkan kepada pembangunan teknologi maritim. Malaysia bahkan negara-negara Asean lain masih ketinggalaan dalam teknologi maritim. Dari 100 universiti ‘top-ranking’ di dunia maritim, sayang sekali kerana tiada satu pun dari Asia Tenggara.

Walhal keperluan dan desakan untuk menjuarai teknologi maritim amat tinggi. Pencarian pesawat MH 370 amat bergantung kepada teknologi maritim negara luar. Kita perlukan institut kajian bertaraf university dan mereka yang serius serta komited untuk melaksanakannya. Pencarian Flor de la Mar dijadikan hanya sebagai agenda sampingan atau jangka masa panjang. Sekali pun ia tidak akan pernah dijumpai, paling tidak melalui institusi itu pengetahuan dan teknologi maritim dapat dibangunkan semula. Dengan teknologi itu, bukan sahaja Flor de la Mar berjaya dijejaki dan diapungkan, bahkan ratusan dan ribuan kapal lain juga akan dapat diapungkan.

Jong Melayu hilang dari lautan selepas selama 1500 tahun merajai lautan. Prof. Manguin sarjana keturunan Italy antara yang banyak membuat kajian berkajian jong dan sejarah Asia Tenggara menyebutkan, menjelang akhir abad ke-16 dan abad ke-17 jong-jong besar Melayu mulai hilang dari lautan. Mangui menyifatkan kehilangannya itu berlaku dengan secara amat misteri.

Sebenarnya orang Melayu bukan kehilangan jong dari permukaan laut, bahkan lebih tragik apabila Melayu juga hampir kehilangan perkataan jong itu sendiri kepada bangsa China. Ia adalah akibat kecuaian segelintir ahli sejarah. Dan tragedi yang paling tragedi di antara semua musibah itu ialah bangsa Melayu bukan sahaja hilang jong, juga bukan hampir kehilangan perkataan jong; dan yang paling menyeram dan mengerikan ialah ketika bangsa Melayu hilang ingatan terhadap jong. Artifak kuno yang paling lama dan paling signifikan sehingga Alfonso sebut ‘Penggegar Lautan’, dikagumi dunia maritim seluruh dunia dari seluruh zaman. Dan Melayu hilang ingatan tentangnya.

Guru Bukan Lilin, Bukan Pelita

Mei 9, 2014
Taman Awam Miri, Sarawak.

Gambar Hiasan: Taman Awam Miri, Sarawak.

Perumpamaan ‘Guru Ibarat Lilin’?

Dririwayatkan dari Abu Barzah ia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam berdabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia namun melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin (الفتيلة) yang menerangi orang lain namun membakar dirinya.” (Riwayat al-Bazzar. Sahih Lighairi.)

Dari Jundub bin Abdullah al-Azdi sahabat Nabi dari Rasulullah Sallahula ‘Alaihi Wa Sallam bersabda maksudnya:

“Perumpamaan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia dan dia melupakan dirinya sendiri adalah seperti lampu yang bercahaya bagi orang lain sementara dia membakar dirinya.” (Riwayat Tabrani. Hasan)

Faedah dari Sahih Targhib wa Tarhib oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Kitab Ilmu, Bab Ancaman Berilmu Tapi Tidak Beramal Dengan Ilmunya dan Mengatakan Apa Yang Tidak Diamalkannya.

#Ilmu #Guru #Ulama #Cikgu #Bintang #HariGuru

Ibn Abbas Merajuk dan Umar Datang Memujuk

Mei 8, 2014

 

Gambar Hiasan: Sri Aman Sarawak

Gambar Hiasan: Sri Aman Sarawak

Ibn Abbas Merajuk dan Umar Datang Memujuk

Satu hari seorang lelaki datang bertemu Umar. Lalu Umar bertanyakan tentang keadaan orang ramai. Ia menjawab, “Wahai Amirul Mukmimin, ada antara mereka membaca Al-Quran begitu dan begini.” Ibn Abbas yang turut berada di situ berkata, “Demi Allah, aku tidak suka apabila mereka berlumba untuk membaca Al-Qur’an dengan cepat.” Umar pun menempelak, “Pergilah!”

Cerita Ibn Abbas, aku pun pulang ke rumah dengan rasa sedih. Aku memberikan pendapatku, dan aku lihat Umar tidak begitu menghargaiku. Lalu aku merebahkan diri di tempat tidur. Kaum perempuan kerabatku datang menjengukku, padahal aku tidak mengeluhkan rasa sakit. Dalam keadaan yang demikian ada yang mencadangkan kepada aku, “Berikan bantahan kepada Amirul Mukminin.”

Aku pun beranjak keluar. Ternyata  Umar telah berdiri di depan pintu menungguku. Ia meraih kedua tanganku dan mengajakku ketepi. Ia bertanya, “Apa yang kamu tidak suka dari kedua ucapan lelaki tadi?”

Aku berkata: “Wahai Amirul Mukminin, jika aku telah berbuat salah maka aku pun memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Aku akan mengikuti apa yang kamu sukai.”

Umar berkata, “Beritahukan kepadaku.”

Aku berkata, “Apabila mereka berlumba seperti itu kelak mereka akan melampaui batas. Apabila mereka melampaui batas, kelak mereka mereka akan saling bermusuhan. Apabila mereka saling bermusuhan, kelak mereka akan saling berselisih. Apabila mereka berselisihn, kelak mereka akan salinh berbunuhan.”

Umar berkata, “Demi Allah! Tadinya aku tidak menyampaikannya kepada orang ramai. Sehinggalah kamu datang menjelaskannya.”

(Riwayat Abdurrazzaq dalam Al-Musannaf XI/217 no. 20368)

Petikan dari Syababus Sahabah oleh Muhammad bin Abdullah ad-Duwaisy (Biografi Generasi Muda Sahabat Nabi). Terj Mohammad Mohtadi. Penerbit Zam Zam cet 1 2009.

#UmaralKhattab #IbnAbbas #Pemuda #Organisasi #Pengurusan

Menulis Sesuatu Yang Bermanfaat

Mei 7, 2014
Gambar Hiasan: Taman Negara Similajau Bintulu Sarawak

Gambar Hiasan: Taman Negara Similajau Bintulu Sarawak

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:

اذمات ابن ادم انقطع عمله الا من ثلاث : صدقة جارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعوله

“Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah semua amalnya kecuali 3: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lain-lain.

Al-Hafidz Al-Mudziri berkata, “Orang yang menuliskan ilmu yang berguna dia memperoleh pahalanya dan pahala orang yang membacanya atau menulisnya atau mengamalkan selepasnya selagi tulisannya masih ada dan ia diamalkan berdasarkan hadith ini. Orang yang menulis ilmu yang tidak berguna yang mendatangkan dosa, dia menanggung dosa dan dosa orang yang membacanya atau menulisnya atau mengamalkan selepasnya, selama tulisan itu masih ada. Ini berdasarkan hadith-hadith termasuk, “Barangsiapa memulai sunnah yang baik… sunnah yang buruk…” Wallahuaklam.

Faedah dari Sahih Targhib wa Tarhib oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Kitab Ilmu.

#Ilmu #Kebaikan #Keburukan #Tulisan #EtikaMenulis

Rihlah Para Ulama’ dalam Menuntut Ilmu

Mac 23, 2014

FSMS Surabaya™

rihlah ilmuTelah menjadi kebiasaan para ulama melakukan rihlah(perjalanan jauh) untuk menuntut ilmu. Mereka bersabar hidup jauh dari sanak kerabat dan orang2 yg dicintai demi mendapatkan warisan para Nabi(yaitu ilmu). Mereka memahami benar bahwa ilmu itu perlu dicari dan didatangi, dia tidak datang dengan sendirinya. Hal ini sebagaimana dikatakan,

العلم يؤتى ولا يأتي

“Ilmu itu didatangi, dan tidak datang (dengan sendirinya)”

Sebelumnya tentu kita ingat kisah Nabi Musa mengikuti Khidiralaihimassalam. Dengan susah payah Nabi Musa berusaha mencari Khidir lalu mengikutinya untuk mendapatkan ilmu yang ia belum miliki atau ketahui (lihat kisah selengkapnya di dalam surat al Kahfi ayat 60-82). Begitu juga dengan kisah para sahabat yang datang dari segala penjuru untuk menemui dan belajar dari Rasulullah. Mereka bertanya tentang urusan agama mereka. Setelah mereka memiliki ilmu yang cukup maka Rasulullah mengutus mereka kembali untuk mengajari kaum mereka.

Jabir bin Abdillahradhiyallahu ‘anhu pernah mengadakan perjalanan selama satu bulan menuju Syam…

View original post 208 more words


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.