Matematik dan Kehidupan

Entah mengapa dan kenapa. Lebih dua puluh tahun hidup apa yang kita belajar. Banyak yang sudah dibelajar. Kira-kiranya sudah cukup matang untuk membuat pertimbangan dan keputusan. Banyak yang sudah dipelajari.

Di sekolah. Sekolah mengajar kita tentang 1+1. Cukup mudah. Tapi bila sampai 12*5 ada yang mula pening. Terkebil-kebil biji mata hendak menjawab. Setaraf pelajar sekolah rendah soalan ini cukup mencabar. Itu sekolah rendah. Sekolah menengah 1+1 dah jadi x+y. 2 adalah salah satu jawapan bagi x+y jika x=1 dan y=1. Tapi bukan jawapan mutlak. Matematik bukan lagi sekadar angka-angka. Hingga peringkat universiti. Soalan sepanjang tak sampai satu baris menghendaki jawapan beserta jalan kerja hampir-hampir memenuhi satu helai kertas jawapan. Dan dalam jawapan itu langsung tiada satu pun yang bernama angka. Dan kalau ada pun di tulis sebagai nombor jawapan. Itupun kadang-kadang ditulis dalam abjad roman. Ingat! Operasi tidak boleh dilakukan keatas abjad roman. Ini juga di namakan matematik. Matematik yang memeningkan. Mula-mula nampak macam mustahil, tapi akhirnya setelah kita belajar dan rajin buat latihan kita boleh selesaikan masalah itu. Alah bisa tegal biasa kata orang melayu. Malaysia boleh.

Walaupun kita berjaya menyelesaikan masalah matematik yang kompleks lagi mencabar ini, tidak bermakna matematik itu mudah. Kecekalan dan ketabahan selain mengharungi kegawatan ekonomi mahupun kehilangan orang yang disayangi, juga perlu dalam menyelesaikan masalah matematik.

Kata seorang mamat tabligh dalam bayan mingguannya, kalau kehilangan barang segera tunaikan solat. Ada dua implikasinya disini. Mamat itu menerangkan. Mendirikan solat langsung tiada kena-mengena dengan barang yang hilang, akan tetapi bagi kita petunjuk dari yang kita sembah itu yang kita harapkan. Tapi biasanya dalam solat pun kita boleh berangan jauh. Kesimpulannya ada dua, sama ada solat itu memberi pertunjuk kehilangan barang kita atapun semasa bersolat kita memikirkan di mana kita letakkan barang yang tadinya belum hilang itu. Natijahnya hampir sama. Begitu juga dalam masalah matematik. Kerana solat kita ini yang tidak sampai 5 minit selalu kita gunakan untuk memikirkan masalah-masalah kehidupan di luar 5 minit itu. Seolah-olah itulah masa yang kita ada untuk berfikir.

Hidup juga begitu. Air mata tidak hanya terhasil dari rembesan hormon sedih. Kerana gembira juga mampu merangsang kelenjar air mata untuk aktif.

Dalam matematik bukan semuanya logik. Ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan tepat. Angka tidak mampu menyelesaikan segalanya. Angka 1 dibahagi dengan 0 ukan lagi 0 jawapannya. Ini pedustaan yang ketara. 1 jika dibahagi dengan 0 berjawap ‘tidak tertakrif’. Begitu juga dengan beberapa teori pembezaan dan kamiran yang hanya akan menghasilkan jawapan menghamiri sifar. Tetapi tidak sekali akan menjadi sifar. Angkanya akan menjadi semakin kecil dan semakin kecil tetapi tidak mencecah sifar. Begitu juga angka 10 selamanya tidak dapat dibahagi dengan angka 3.

Dan hidup juga begitu. Tidak semua soalan dan persoalan punya jawapan objektif yang mudah. Tidak semudah menghitamkan bulat-bulat jawapan piliha a atau b atau c atau d dalam borang OMR.

Kenapa aku masih belum kahwin? Huh.Susah nak jawab tu.

Satu Respons to “Matematik dan Kehidupan”

  1. AzmIe_(",) Says:

    Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: