Buku : Anda Berfikir Bagaimana?

Penulis : Ainon Mohd.
Penerbit : PTS Millenia
M/surat : 296
Harga : RM 27.00
Tahun Terbit : 2006

Saya telahpun menghadiri dua siri bengkel pemikiran oleh Puan Ainon sebelum membaca buku ini . Teknik Berfikir Lateral dan Teknik Mempengaruhi Orang (Persuasive).

Justru buku ini sangat banyak membantu saya menghadam kefahaman saya rentetan dua bengkel pemikiran itu.

“Buku ini menjelaskan unsur-unsur psikologi yang menyebabkan orang yang pintar dan berpendidikan tinggi sekalipun, masih membuat keputusan yang salah.”

Buku ini mengandungi empat bahagian ; 1. Kesan Teknik Persuasif, 2. Kesan Estim Diri, 3. Kesan Faktor kognitif dan 4. Kesan Falasi.

Buku ini menjelaskan kaedah dan teknik berfkir secara umumnya. Termasuk begitu banyak teknik dan kaedah persuasif yang sering digunakan oleh orang lain untuk memengaruhi kita. Khususnya teknik jurujual untuk melariskan @ memperdaya pengguna untuk memberli produk mereka.

Bahagian kedua menerangkan tentang estim diri, konsep diri yang sangat berkait rapat dengan keyakinan diri. Ini penting kerana kejayaan dan keyakinan diri sangat berkait rapat.

Kaedah berfikir sering dikesamping dalam proses pendidikan hari ini. Seseorang yang bijak dalam sesuatu bidang akan kelihatan sangat bodoh dalam bidang yang lain jika dia tidak pandai berfikir.

Bahagian keempat pula menjelaskan kesilapan-kesilapan dalam berfikir dan membuat penilaian.

Kesimpulannya buku ini sangat perlu dibaca terutama kepada individu yang sering berurusan dengan orang, baik pengurus, peniaga, pendidik dan sebenarnya kita semua yang sehari-hari berurusan dengan manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: