Novel : 1515

Penulis : Faisal Tehrani
Halaman : 310 muka surat
Penerbit : Kumpulan Utusan
Genre : karya kreatif

Saya sudahkan membaca novel 1515 ini satu bab demi satu bab di waktu kerja. Lama benar sudah saya ingin memiliki dan membaca karya yang memenagi hadiah utusan ini. Satu faktor lain yang begitu menggamit hati saya untuk menatap karya ini adalah kerana berlatar belakangkan sejarah penaklukan melaka dan watak tun nyemah mulya.

Mungkin sudah menjadi satu ‘trend’ agaknya sebuah karya yang dianggap baik ialah karya yang bercerita dengan tidak secara langsung ‘straight forward’. 1515 tidak bercerita secara langsung tentang Melaka dan penaklukan oleh Portugal. Ia diimbas dalam kisah seorang pengkaji sejarah yang juga punya konflik. Ini yang menjadikan sesebuah karya kreatif itu dianggap benar-benar kreatif. Ini tidak dapat dinafikan lagi.

Saya tidak berapa tertarik benar dengan lenggok bahasa yang dimainkan oleh pengarang. Mungkin kerana saya jarang menjamah tulisan Faisal atau memang benar-benar lenggok bahasa Faisal tidak menarik. Cumanya saya amat memuji sikap Faisal yang suka memasukkan kosa kata yang jarang digunakan. Satu kepuasan yang tidak dapat tidak mesti saya dapati dari membaca tulisan Faisal ialah mengayakan kosa kata. Juga dengan catatan ‘foot note’ nya. Ini menjadikan karya ini ilmiah.

Yang saya kagum ialah kupasan dan coretan tentang fakta sejarah yang dikesampingkan mengenai Nyemah Mulya. Sebagai seorang yang tidak berapa meminati sejarah berasaskan tarikh, saya kira membaca 1515 merubah persepsi saya tentang sejarah. Minat mendalami ilmu sejarah kembali segar. Secara jujur saya katakan saya hanya membaca dengan teliti babak ketika zaman Melaka sahaja. Konflik dan peristiwa pada waktu sekarang kurang saya beri tumpuan.

Apapun di babak ketika kapal Flor De Mar (atau apapun namanya) karam saya mengesani babak itu dilukis seperti kapal titanic tenggelam di lautan atlantik (seperti dalam filem titanic). Babak Alfonso memegang tangan Nyemah Mulya, babak kedua-dua mereka melonjakkan kaki ke permukaan air. Semua itu punya warna Titanic. Terdapat juga satu dua babak lain yang saya kira terilham dari peristiwa semasa. Mungkin tidak idea tetapi mungkin cara ianya digarap.

Akhirnya, 1515 pada saya ialah satu karya yang mesti dibaca kepada pencinta novel. Saya terus terang katakan bukanlah peminat setia Faisal. Saya hanya memiliki satu sahaja novel beliau iaitu Cinta Hari-hari Rusuhan, itupun belum saya sudahkan membacanya. Tapi untuk 1515 saya akan letakkannya sebagai antara novel yang amat saya minati selepas Tenggelamnya Kapal ke Van Der Wicjk.

2 Respons to “Novel : 1515”

  1. Filem : The Diving Bell and The Butterfly (2008) « Ikatkata Says:

    […] Sekian banyak kisah tentang perjalanan hidup manusia, amat sukar untuk kita bertemu kisah hidup seorang lelaki yang melodrama. Citra wanita dalam filem sangat dominan baik di negara kita mahu pun diluar. Tha Jane Austen Book Club yang saya ulas sebelum ini ialah tentang wanita (atau dominasi wanita). Jane Auten itu sendiri seorang wanita. Bahkan novel-novel beliau dipenuhi dengan wanita. Di negara kita novel mahupun filem bersepah-sepah tema wanita di dalamnya. Dari Sayang Salmah, Embun, (siri) Pontianak Sundal hinggalah ke (novel) Salina (tema feminis sangat ketara dalam karya-karya Pa Samad), Mira Edora, Gadis Pantai (Pram) dan 1515 (Faisal Tehrani). […]

  2. fadz Says:

    tertarik dengan perbandingan awak epada filem titanic. syabas! errrm, bila nak ulas novel ‘bodoh’ saya pula😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: