Novel : Laskar Pelangi

Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Pts Litera Utama

Laskar Pelangi merujuk kepada sekumpulan pelajar sekolah desa yang sering berkejaran keluar kelas selepas hujan untuk mengejar pelangi. Gelar ini diberi oleh guru kelas mereka. Sekolah Rendah Muhammadiyah, Pulau Belitong. Di situlah lokasi rakaman kisah 10 anak muda mengenal dunia dan erti hidup. Asalnya sembilan, menjadi sepuluh dan kemudian sebelas.

Andrea bercerita tentang alam kanak-kanaknya yang penuh warna-warni laksana pelangi yang dikejar saban selepas hujan. Membesar dalam lingkungan masyarakat yang serba kekurangan, bersekolah di pesantren yang maha dhaif, itu sebenarnya satu kelebihan yang sangat lebih kepada Andrea untuk menampilkan suatu kisah yang unik lagi original buat bacaan masyarakat yang hampir lupa tentang makna hidup.

Watak-watak pelakon dilukiskan dengan sangat teliti. Dari hari pertama pendaftaran yang hampir tidak terlaksana kerana jumlah pelajar yang tidak cukup korum, hinggalah kehadiran A Kiong menyelamatkan keadaan. A Kiong seorang anak Tiong Hua separuh akal beragaman Budha disekolahkan di sekolah agama!

Kaya dengan kisah suka, duka, cinta dan lucu. Rasa syahdu ketika bapa Lintang berlari-lari mencari pejabat daerah hanya mahu mendapatkan jawapan soalan matematik Lintang. Geli hati melihat karenah Mahar dalam alam kreativiti dan fantasi mencari dukun ketika mahu membalikkan keputusan peperiksaan yang tidak bagus. Syahdu dengan nasib Trapani yang dewasa tanpa mampu berenggang dengan ibunya. Dan seterusnya.

“ Dunia baginya hitam putih dan hidup adalah sekping jambatan papan lurus yang harus dititi.”

Laskar Pelangi kaya dengan pengalaman bahasa yang indah-indah. Penulis berjaya memindahkan pengalaman silamnya dengan baik kelayar kertas. Terasa kita duduk di hadapan Andrea mendengarkan dia bercerita.

Membaca Laskar Pelangi suatu kesempatan yang bakal menjadi kenangan yang sangat indah. Saya kira Laskar Pelangi merupakan satu antara naskah terbaik selepas Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Khabarnya Laskar Pelangi merupakan novel ‘best-seller’ di Indonesia selepas fenomena Ayat-ayat Cinta Habiburrahman El-Syirazi. Laskar Pelangi merupakan hasil import pertama Pts Litera Utama dengan kerjasama Pustaka Al-Mizan di Indonesia (Penerbit kedua terbesar di Indonesia).

Label: , ,

5 Respons to “Novel : Laskar Pelangi”

  1. Love book Says:

    Great novel i ever read!!!!!

    Andrea is Genius!!!

  2. Dany Says:

    Novel yang sangat bagus buat generasi sekarang dan saya tunggu novel yang lainya. Ooooooooyaaa novel Laskar Pelangi tuh ada sabungannya gak tanggung cerita akhirnya saya tunggu.

    Ikatkata : Bahagian kedua ialah Sang Pemimpi dan ketiga Edensor. Manakala bahagian terakhir Maryamah Karpouv sedang dikerjakan Andrea Hirata.

  3. filem_MELAYU Says:

    filem LASKAR PELANGI sudah selesai syuting, insyaallah akan rilis akhir bulan september 2008 (before hari raya). Doakan saja semoga filem ini terpilih mewakili indonesia di ajang OSCAR tahun depan.

  4. Dimz keien Says:

    salut to andrea hirata…
    Semua novelnya gag ngebosenin walau di baca berulang kali…
    Cayoo…

  5. Laskar Pelangi (2008) « Mari tonton filem Says:

    […] sudah selesai membaca tetralogi novel ini lebih awal (rebiu novel LP baca disini. Saya memiliki versi terjemahan, manakala seorang sahabat saya memiliki set versi […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: