Ikrimah : Penentang Jadi Pembela (2007)

Ikrimah

Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Fortuna 2007

Abdul Latib Talib sehingga ulasan ini dibuat telah menulis (dan telah terbit) empat buah novel sejarah Islam. Saya memilih novel Ikrimah bersempena isu ‘bin Abdullah’ yang diutarakan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Dalam polemik panjang itu, nama Ikrimah disebut sebagai contoh yang jelas tentang betapa mem’bin’kan seseorang yang baru memeluk Islam kepada Abdullah sangat bertentangan dengan Sunnah. Denga demikian itu saya memilih judul ini sebagai yang pertama untuk saya beli dan baca.

Ikrimah seorang sahabat nabi yang sangat jarang disebut dalam kuliah-kuliah agama di surau mahupun masjid kita. Tidak seperti Khalifah yang empat, kemudian, Bilal bin Rabah dengan kisah dihempap batu, begitu juga kegagahan Khalid Al-Walid di medan perang ataupun Muawiyah (semoga Allah meredhai mereka semua) yang sering dikontroversikan.

Namun dalam disiplin merekodkan hadis nabi, nama Ikrimah sering disebut-sebut sebagai antara sahabat Nabi Muhammad yang banyak merekodkan hadith.

Suatu fakta menarik yang sering diabaikan ialah latar belakang Ikrimah itu sendiri ; merupakan anak kepada kepala penetang Nabi Muhammad, Abu Jahal. Sungguh jahat dan onar Abu Jahal ini terpahat kekal dalam ingatan umat Islam seperti jahatnya Fir’aun kepada Musa a.s.

Ulasan

Saya sangat gembira dan bersyukur membaca novel ini. Sejarah yang sering dianggap subjek paling membosankan (lebih-lebih lagi sejarah Islam) kini menjadi sangat menarik dan sangat mudah untuk difahami.

Saya sudah pun membeli siri Tariq bin Ziyad dan Salahuddin Al-Ayubi. Tidak sabar rasanya untuk baca. Sayang sekali siri Khalid Al-Walid belum dapat saya miliki. Kesemua kedai buku di Seremban sudah ‘sold out’ judul ini awal-awal lagi.

Label: , , ,

Satu Respons to “Ikrimah : Penentang Jadi Pembela (2007)”

  1. Abdul Latip Says:

    Assalamualaikum,

    Saya memang selalu ketinggalan🙂
    Ini kali pertama masuk ke blog saudara. Terima kasih kerana sudi membeli dan membaca serta mempromosikan novel-novel sejarah Islam.

    Terima kasih.

    ikatkata : Pak Latip buat kerja baik, mengapa saya tidak mahu sokong? Saya belum punya karya yang terbit, jadi saya tumpang ‘tui’ karya orang. Moga dapat syer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: