Bicara : Orang Lain

Dulu-dulu, semua benda kita buat sendiri.

Nak makan buah pisang, kena tanam sendiri. Hajat hari ini, tapi tertunainya sebulan atau dua bulan kemudian. Yakni selepas kita sendiri menanam menuai hasil sendiri. Dari sekecil-kecil benda hingga ke sebesar-besar benda semua buat sendiri. Dari ubi rebus sampailah ke mendirikan rumah.

Mula meggembur tanah hinggalah mengopek kulit ubi. Dari menakik jati di hutan hinggalah mengetam lantai, semuanya buat sendiri. Paling-paling pun gotong-royong anak beranak. Paling-paling kuat pun minta tolong orang kampung menaikkan alang kekuda rumah. Yang lain semua buat sendiri.

Semua-semua buat sendiri. Tapi semangat kebersamaan dan kekitaan sangat tinggi. Pantang ada yang kahwin. Pantang ada yang kenduri. Dan paling pantang ada yang mati. Lekas-lekas berduyun-duyung datan, tinggal lembu tinggal sawah. Yang berlembu bawa susu, yang ber ayam membawa ayam (paling tidak pun telur ayam), yang berkebun membawa cili dan pucuk paku. Terasa aib jika datangnya hanya berlenggang.

Tapi. Tapi itu dulu.

Sekarang banyak benda kita buat bersama. Sekawah nasi dimakan orang dari pelusuk kota. Setiap hari berkongsi bau perfume dan masam peluh yang sama. Setiap hari naik bas dan tren yang sama. Setiap hari melainkan hari sabtu dan ahad.

Banyak benda yang dibuat untuk orang lain.

Ada orang memasak untuk dimakan orang lain. Ada orang menulis untuk orang lain. Ada orang menyapu lantai untuk sampah yang di buang oleh orang lain. Ada orang mengasuh anak orang lain tiap-tiap hari. Ada orang mencuci najis orang lain.

Dan dari kerja-kerja yang kita buat untuk orang lain itu tidak sedikit pun mendekatkan diri kita dengan orang lain itu. Bahkan makin jauh.

Berjual beli di kedai saban waktu tidak lebih dari menukar barang dan wang. Sama seperti memberi ayam dan itik makan. Bahkan memberi makan kucing terasa lebih kasihan dan belas.

Walaupun secara lahirnya kita semakin dekat, hingga Jakarta dan Kuala Lumpur dibatasi dua jam penerbangan, dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melewati 45 minit penerbangan, namun jiwa kita makin menjauh.

Duduknya berkongsi lantai, tidurnya berkongsi dinding. Namun mimpinya lain-lain. Setiap hari berkongsi tangga yang sama, namun entah nama entah khabar pun tidak tahu.

Dan itulah kita hari ini. Jauh bezanya meninggalkan sifat kemanusiaan. Mungkin haiwan juga kan bingung suatu hari nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: