Bicara : Di mana kita harus bermula

Kalau kita mahu menghukum, maka kita bermula dengan mencari di mana silap dan salahnya. Tatkala ini otak kita menukar gear kepada mode negatif. Cikgu, ketika memeriksa kertas peperiksaan, maka yang dicerap ialah titik-titik silap yang berbeza denga skema jawapan yang di beri. Edward De Bono, seorang tokoh cara berfikir, (saya masih belum mampu menemukan hasil kajian tokoh Islam tentang berfikir, sedangkan bukan sepatah dua ayat-ayat tentang berfikir dan berakal dalam Al-Qur’an) menyebut cara berfikir dengan melihat sudut negatif sebagai topi hitam.

Dalam gagasan De Bono, 7 cara berfikir dominan di panggil sebagai 7 topi berfikir. Dan berfikir cara negatif adalah topi hitam.

Berfikir cara negatif penting, sama penting dengan enam topi berfikir yang lain. Seorang cikgu ketika memeriksa kertas jawapan perlu mencari kesalahan. Begitu juga seorang jurutera bangunan, ketika menyelia dan membuat penyelenggaraan, yang dicarinya ialah dimana retak dan di mana bocor.

Bukan saja-saja mencari salah dan silap, melainkan nantinya yang salah dan yang buruk itu akan diperbaiki. Seorang cikgu, selepas menemui kesilapan anak muridnya akan memberi lebih tumpuan kepada bahagian-bahagian yang lemah itu. Begitu juga seorang jurutera selepas menemui retak dan bocor itu, akan segera membaiki keadaan, bukan merobohkan bangunan itu,

Dalam aliran cara berfikir De Bono, yang negatif itu dicari untuk diperbaiki, bukan ditolak terus. Sebuah bangunan yang rosak diperbaiki, bukan dirobohkan terus. Seorang pelajar yang melakukan kesalahan, diperbaiki kesalahannya, bukan dihukum terus tanpa usaha pembaikan.

Dalam konteks dakwah, kita tidak menghukum melainkan mengajak seseorang tiu kepada sesuatu yang benar.

Satu kaedah mempengaruhi orang lain ialah memulakan sesuatu dengan perkara yang dipersetujui bersama. Bermula dengan bersetuju. Bersetuju untuk tidak bersetuju (Agree to disagree).

Usul dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tidak menyanggah asas kepercayaan masyarakat Jahiliyyah. Masyarakat Arab bersetuju akan wujudnya Allah. Dan Nabi juga bersetuju akan wujudnya Allah. Masyarakat Arab mahu menyembah Allah sama seperti yang dimahuka oleh baginda Nabi. Dari satu titik sudah wujud satu persetujuan.

Hanya yang ingin ditanamkan dalam kepercayaan masyarakat Arab Jalihillah ialah akan keEsaan Allah dan larangan keras mensyirikkanya.

Bagaimana mungkin kita menghukum seseorang itu kafir dalam pada masa yang sama kita paksakan dia bersolat dan menunaikan rukun Islam yang lain. Sama seperti kita menghukum negara Malaysia sebagai Islam, dalam pada masa yang sama kita paksakan pemerintah menjalankan hukuman menurut syariat Islam.

Cara berfikir begini berjalan satu hala. Tidak jungkir balik. Kita perlu setuju bahawa negara kita ini Islam, dan untuk melengkapkan Islam itu pemerintah perlu melakukan itu dan ini.

Dari satu sudut yang lain, masyarakat dilarang menggunakan akal untuk memahami agama. Lantas dengan apa lagi? Soalnya kita mahu mendakwahkan agama ini kepada orang yang tidak beriman dengan Kitab dan Sunnah. Akal yang waras dan iklas pasti bertemu dengan hakikat dan kebenaran Kitab dan Sunnah. Syaratnya waras dan ikhlas. Pasti ketemu.

Yang silap bukanlah menggunakan akal itu sendiri, namun cara berfikir itu yang silap. Berfikir, begitu banyak sekali diangkat oleh Allah dalam Al-Quran. Namun begitu sedikit sekali dari umat Islam yang memanfaatkan premis berfikir dengan baik. Teknik berfikir tidak lebih dari sekadar ‘tools’ atau alat yang direka untuk memudahkan cara kita berfikir.

Bayangkan seorang menebas hutan hanya dengan sebilah parang. Dan bandingkan pula seorang yang menebas hutan dengan parang, kapak, gergaji dan cangkul. Dan parang, kapak, gergaji dan cangkul itu ialah alat-alat yang kita gunakan untuk berfikir. Lain situasi lain cara fikirnya. Jangan salahkan akal, kerana yang mencipta dan memuliakannya juga adalah Allah. Yang salah hanya kita, kerana tidak pandai bahkan tidak mahu pandai memanfaatkannya. Akal itu perlu dimanfaatkan semaksima mungkin untuk taat dan patuh kepada Kitab dan Sunnah. Itu yang sebetulnya.

Respon kepada entri badutagama.blogspot.

p/s : aku tidak membantah, namun memerincikan.

3 Respons to “Bicara : Di mana kita harus bermula”

  1. Afiqme Says:

    benar.. akal juga penting untuk menilai baik buruk serta memahami sedalam-dalamnya sesuatu perkara … tidak menggunakan akal menjadikan kamu lebih teruk dari binatang kerana kamu tidak akan mengerti akan peradaban kamu… kamu bukanlah binatang atau tumbuh-tumbuhan yang sudah ada jadual sehariannya…

    akal itu sememangnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa … apa gunanya diciptakan jika tidak digunakan sebaik mungkin …

    untuk mengajak org lain melakukan kebaikan dan mengESAkan Allah, kita perlu menggunakan akal untuk mengajak mereka…

    Dengan akal juga kita nampak akan keindahan dan bersyukur dengan ciptaan Allah, kurniaNya dan hikmah2Nya .. sekaligus mengelak kita untuk menyalahkan takdir atau lebih teruk menyalahkan Tuhan kerana tidak adil …

    Dengan akal juga kite dapat rasakan adanya Dia di sisi kita…

    Syukur, kerana kita dikurniakan akal sekaligus kita dapat memahami apa yang terkandung di dalam Quran dan Hadith…

    Alhamdulilah.

  2. ikatkata Says:

    Afiq. Huruf besar di awal ayat. (Polis tatabahasa ni!)

  3. Afiqme Says:

    Oh… maaf kan saya … mesti kena potong markah ni…😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: