Bicara : Yang penting dan tidak penting

Stephen Covey (betulka kalau tersilap) ada menulis ‘First Thing First’. Dalam tema yang sama Yusuf Qaradhawi juga ada menulis ‘Fikah Keutamaan’. Kedua buku ini walaupun saya hanya sempat tinjau seimbas lalu, namun berasaskan ulasan mereka-mereka yang sudah membaca saya rekomenkan untuk dibaca kedua buku ini.

Hari ini banyak benda-benda penting sudah tidak dianggap penting lagi.

Kita sibuk dengan teknologi angkasa lepas. Kita sibuk dengan henpon model terbaru. Kita sibuk dengan kualiti atlet suka yang merosot. Kita juga sibuk berebut dengan sebutir batu yang membesar menjadi batu di tengah laut (Batu Putih). Sibuk dengan kemerosotan jualan album penyanyi tempatan. Bimbang juga dengan penurunan borang-borang realiti tv yang dikembalikan.

Itu semua penting. Bukan tidak penting. Siapa kata pemergiaan Dr hensem kita keangkasa lepas tidak penting. Ia penting dan signifikan kepada perkembangan sains dan teknologi negara kita.

Tapi yang saya cuba maksudkan ialah perkara-perkara yang lebih penting bahkan jauh lebih penting dari itu.

Air. Sangat penting. Tanpa air kita tidak boleh membela ikan emas dalam akuarium dalam rumah. Tanpa air kereta kita tidak boleh berkilat setiap hari. Tanpa air juga poko bungan ros dihalaman rumah akan layu. Lihat sendii batapa penting akan perihal air ini.

Tapi kita (khususnya rakyat Malaysia) sangat tidak ambil pusing soal air. Dan teknologi perairan kita juga sangat lemah dan terkebelakang. Kedah dan Pulau Pinang masih berebut hak Sungai Muda. Hari ini Singapura sudah pun mencipta alat yang mampu mnyedut udara dalam sebuah dewan untuk diproses menjadi sebotol air yang boleh diminum.

Berfikir. Penting. Paling penting. Tapi kaedah berfikir tidak diajar disekolah-sekolah dan universiti. Jika ada pun satu atau dua kredit berbanding ratusan jam kredit. Kemahiran berfikir tidak diajar seperti mana Cikgu Syafinaz bersungguh-sungguh mengajar anak buahnya melontarkan falsetto. Tidak juga seperti Shebby mengajar teknik sepak bola.

Dan kita berfikir sesuka hati. Tanpa batasan. Kita bebas berfikir sebebas-bebasnya mengikut apa yang kita mahu fikirkan. Kemahiran berfkir bukanlah berjam-jam merenung bulan memikirkan bagaimana caranya untuk melompat kesana. Yang hanya diajar disekolah ialah cara berfikir Greek kuno. Benar atau salah dan falsafah-falsafah mengarut yang sudah tidak relevan. Kewujudan akan keberadaan seadaanya.

Bercakap penting tetapi berapa ramai orang belajar teknik bercakap dengan betul. Bukan berpidato tetapi bercakap! Seni dalam bercakap-cakap dan berbual-bual.

Bahasa Melayu penting, tetapi kita melebih-lebihkan mengajar bahasa Inggeris sehingga akhirnya anak-anak kita Bahasa Melayu pun bodoh Bahasa Inggeris pun tak pandai. Berapa ramai orang yang belajar pantun ‘Kajang Pak Malau’ tahu masud kajang, melainkan Satay Kajang.

Dr hensem yang terbang ke bulan terpaksa belajar satu persatu simbol dan perkataan dalam bahasa German sebelum naik ke bulan, tapi anak-anak sekolah di ajar Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris. Kita perlu sedar yang Amerika hari ini sudah terlalu tenat dengan hutang yang tinggi akibat hobinya berperang. Andai tiba-tiba China ataupun Jepun bangkit mengusai dunia, maka terkebil-kebil cendekiawan kita kerana Bahasa Inggeris sudah tidak relevan.

Kita kempen belajar semua bahasa, tapi bahasa Melayu jangan lupa.

Kita ada buku yang relevan sepanjang masa dan sepanjang zaman. Sudah dikaji dan dibahaskan sepanjang zaman lebih se1000 tahun. Tapi kenapa kita sibuk mengkaji Art of War ; SunTzu.

Satu Respons to “Bicara : Yang penting dan tidak penting”

  1. Afiqme Says:

    salam buat anda…

    pemikiran kritis … sy masih lagi menikmati penulisan blog anda…

    -afiqme
    http://intelligi.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: