Novel : Gulat di Jakarta (1995)

Penulis : Pramoedya Ananta Toer
Penerbit : Wira Karya 1995
Tebal : 82 mukasurat
Harga : RM 5.00

Sinopsis

Kisah pergulatan hidup Sulaiman di kota Jakarta. Memulakan perusahakan bengkel sendiri selepas beberapa ketika bekerja makan gaji di bengel lain. majikan terdahulunya membiayai sebahagian modal bengkelnya. Demikian juga ketika pekerja Sulaiman ingin berhenti dan memulakan bengkel sendiri, Sulaiman tampil memodali bekas pekerjanya.

Mengangkat tema bisnes

Bapak Pram melalui Gulat di Jakarta menyentuh sedikit tentang alam bisnes. Prinsip Sulaiman yang dibantu oleh taukehnya ketika memulakan perusahaan sendiri dan sikap Sulaiman yang meneruskan tradisi bekas taukehnya ini merupakan amalam bisnes contoh yang sebenar. Ini dinamakan proses ‘mentoring’.

Sama seperti halnya ketika Khadijah menaja modal untuk Nabi Muhammad memulakan perniagaan. Sebelumnya itu Nabi Muhammad merupakan pekerja kepada Khadijah yang direkomenkan oleh rakan niaganya, Abu Talib. Secara kebetulan Abu Talib adalah bapa saudara kepada Nabi Muhammad.

Proses me mentorkan ini sangat subur dalam budaya bisnes orang Cina. Sayang sekali budaya ini tidak melekat dalam amalan bisnes orang Melayu. Ibarat resipi masakan, makin diperturun makin kurang ilmunya. Seorang guru dalam budaya melayu tidak akan menurunkan semua petua atau ilmu dimiliki. Ini berlaku kerana bimbang perniagaannya akan terjejas. Jauh sekali beza dengan budaya masyarakat Cina.

Dan hal ini diangkat oleh bapak Pram dalam GdJ. Selain mengangkat isu kemanusiaan, kemerdekaan dan kekeluargaan ternyata Bapak Pram seorang pemerhati dan pengkritik sosial yang hebat.

Dalam naskah yang lain Bapak Pram juga sering mengkritik sikap orang melayu dalam meningkatkan ekonomi. Pernah Pram membangkitkan tentangan usaha meminggirkan masyarakat Tiong Hwa di Indonesia atas alasan ekonomi. Menurut Pram yang membuatkan bangsa Melayu itu mundur bukan kerana orang-orang Tiong Hwa, sebaliknya kerana sikap Melayu itu sendiri.

Baik sekali novel kecil ini dibaca oleh peniaga-peniaga Melayu.

Beberapa novel yang mengangkat tema ‘etika bisnes’ :

Tuan Direktur : Hamka (lihat ulasan terdahulu)
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur : Keris Mas (baru baca separuh)
Wi & William : Azizi Abdullah (belum baca)

p/s : Novel ini saya beli bersama Rumah Kaca dari Tetralogi Pulua Buru buku ke-4. Saya beli di Dewan Pernigaan Cina Selangor selepas majlis Forum Pemikiran Pram anjurang Parti Sosialis Malaysia.

Label: , , ,

Satu Respons to “Novel : Gulat di Jakarta (1995)”

  1. emi Says:

    Untuk dapetin buku2 Pram dimana ya, susah banget.

    Ikatkata : Saudara maksudkan di Malaysia atau di Indonesia? Saya di Malaysia, banyak dijual toko-toko buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Kalau di Jakarta, seingat saya ada toko di belakang Taman Ismail Marzuki yang menjual buku-buku ‘second-hand’ termasuk buku-buku Pram.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: