Buku : Mendorong Diri Sendiri

Penulis : Ainon Mohd. & Abdullah Hassan
Penerbit : PTS Millenia
M/surat : 109
Harga : RM 14.00
Tahun Terbit : 2007

Ulasan saya sangat ringkas mengenai buku ini :

– Dari Pengarang
– Kaya Raya Bukan Bermakna Berjaya
– Salah Ataupun Betul Tidak Penting
– Sifat-Sifat Individu Pejaya
– Langkah Pertama
– Dorongan Dari Dalam
– Halangan Dari Dalam
– Menangani Masalah
– Sikap Optimis
– Teori Efikasi
– Memantau Diri Sendiri
– Jangan Suka Menang
– Bahasa Dan Kejayaan

Ini adalah kandungan buku kecil ini. Tidak ada rumusan yang paling ringkas dan tepat melainkan intisari itu sendiri. Tidak adil dan terasa kerdil untuk saya mengulas buku Sifu ini.

Saya seorang pembaca setia buku-buku Ainon Mohd (dianggarkan lebih 40 judul sudah ditulis, sedang saya memiliki kurang dari 10), dari buku-buku kaedah berfikir hinggalah kepada buku teori tentang terjemahan, dari kertas-kertas kerja yang dibentangkan hinggalah ke nota-nota panjang dan ringkas di lama web UNIKA. Justru saya memandang terbitnya buku kecik Mendorong Diri Sendiri (MDS) ini bukanlah sesuatu yang penting. Itu tanggapan saya sebelum membaca buku ini.

Ternyata tanggapan saya silap.

MDS ialah sebuah buku motivasi yang ditulis oleh seorang ‘pakar’ psikologi. Banyak bezanya buku-buku motivasi yang ditulis oleh penulis dari latar belakang berbeza.

Kepada pembaca yang masih belum kenal dengan Ainon Mohd dan ingin berkenalan dengan tulisan-tulisan dan ideanya maka sayang amat mencadangkan buku ini dipilih untuk dibaca, sebelum buku-buku lain.

‘Bagaimana Untuk Bermotivasi dan Kekal Termotivasi’. Ini antara kata-kata yang dicetak di muka hadapan kulit buku ini. Inilah tujuan buku ini ditulis. Untuk membantu pembaca memotivasikan diri sendiri dan kekal termotivasi.

Dari satu sudut yang lain buku-buku Ainon Mohd punya persamaan dengan karya-karya Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia. Dari setebal-tebal naskah hinggalah kepada senipis-nipis catatan, setiap daripadanya laksana permata bernilai yang perlu dikutip. Bahkan direbut !.

Masih terlalu awal untuk saya bercerita panjang tentang wanita yang menjadi Sifudan mentor kepada saya dan juga kepada ramai pembaca lain.

Label: , , , ,

Satu Respons to “Buku : Mendorong Diri Sendiri”

  1. ais Says:

    Bagi sy motivasi seumur-umur yg ga ada matinye (the true long life motivation) adalah motivasi ruhiyah (motivasi yg didasrkan pd kesadaran kita akan hubungannnya dengan Allah Ta’ala sbg al-Khaliq skaligus Al-Mudabbir=Maha Pengatur). Motivasi ini sangat bisa kita pake untuk segala hal yang akan kita lakuin selama kita msh diberi umur oleh Yang Kuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: