Bicara : Bangau Oh Bangau!

Banga oh bangau! Mengapa engaku kurus?

Macam mana aku tak kurus ikan tak nak timbul.

 

Ikan oh ikan! Mengapa tak mahu timbul?

Bagaimana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

 

Dua rangkap lagu diatas sangat biasa didendangkan. Namun kurang sekali kita memahamkan maksud dan falsafah di sebalik lagu kanak-kanak itu. Usah dipersoal siapa punya hak cipta, samaada milik orang Minang? Melayu? Atau Medan?

 

Orang Melayu adalah satu komuniti yang cuba diwakilkan melalui lagu bangau oh bangau ; gemar menyalahkan orang lain. Sepanjang-panjang mata rantai perjalanan lagu ini, bermula dari bangau yang kurus, kemudian ikan yang tidak mahu timbul, kemudian rumput yang panjang sangat, kemudian lagi lembu yang sakit perut, kemudian nasi yang mentah, kemdian juga lagi kayu api yang basah, kemudian dan kemudian juga hujan yang turun hinggalah ke katak yang menyeru hujan turun.

 

Kesemua mereka adalah mewakili majoriti masyarakat melayu ; semuanya gemar menyalahkan orang lain. Dan akhirnya hanya ular yang mengakui bahawa katak itu sungguh dan sesungguhnya makanannya.

 

Dari kedai kopi hinggalah ke dada akhbar perdana dan termasuk juga perbahasan di dewan perundangan Negara, budaya ini menular.

Ketika ibu kot banjir, kita mudah menyalahkan hujan yang turun berlebihan ataupun ‘sungai gagal menampung lebihan hujan’. Nah yang ditunding ialah dua makhluk yang tidak mampu membela diri. Kita namakan itu dengan segala macam fenomena, El-Nina, La Nina dan Katrina.

Ketika cerun-cerun bukit di pusat pentadbiran sebuah Negara membangun runtuh, maka pegawai-pegawai yang belajar tinggi di universiti dengan tuntas menyebut ‘struktur tanah tidak padat’. Dengan perkatan lain, dua premis ini seolah-olah memaksudkan bahawa yang membuat cerun dan yang menurukan hujan itu telah tersalah sukat dan tersalah ‘design’ ketika dalam proses penciptaannya. Seolah-olah begitu yang dapat kita fahami.

Begitu sukar kita mencari ‘ular’ dalam komuniti kita. Walau lidahnya bercabang. Namun ternyata sang ular ini lebih bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Menyalahkan orang lain memang mudah.

Orang Melayu ditinggalkan kaum lain dalm bidang perniagaan, maka kita salahkan orang cina. Kita yang berjalan perlahan, mengapa orang lain berjalan laju kita salahkan.

Kereta kita dirompak orang. Yang tentu bersalah ialah orang yang mencuri itu. Itu tidak dinafikan dan tidak usah dipertikaikan. Namun penjelasan kecurian kereta itu tidak harus diphentikan setakat itu sahaja. Perlu disiasat tempat letaknya kereta itu, sistem keselamatnnya, kuncinya.

Tunding sana tunding sini, namun apa yang kita buat? Selain mengkritik dan memprotes? Apa yang kita buat?

Sudahkah cili ditanam dibelakang rumah?

Sudahkan sanak saudara kita dinasihati untuk dibetulkan?

 

Sudahkan kita membuang sisa sampah kita kedalam tongnya?

Satu Respons to “Bicara : Bangau Oh Bangau!”

  1. Afiqme Says:

    saya sangat bersetuju dengan artikel ini.. budaya menuding jari ini memang patut kita hapuskan … untuk mengubah sesuatu sistem atau situasi, perkara pertama yang harus dilakukan adalah dengan mengubah diri sendiri dulu … di sini lah pentingnya ilmu pengetahuan untuk menjadi masyarakat yang sentiasa bertanggungjawab … politik di sana sini hanya menjadikan keadaan semakin haru-biru… marilah kita sama-sama berubah.. insya allah…😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: