Buku : Pertelingkahan Para Sahabat Nabi saw ; Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah

Penulis : Mohd Asri b Zainal Abidin

Halaman : 152 muka surat

Penerbit : Pustaka Yamien

Lama dah sebenarnya buku ini diterbitkan. Asalnya ia diseminarkan oleh penulis dan khabarnya, beberapa bahagian daripadanya sudah pun diterbitkan dalam Majalah I. Cumanya saya tidak berkesempatan mendapatkan versi majalah mahupun seminar. Naskah edisi kedua ini saya temui di gerai Pustaka Yemien, Pesta Buku KL baru-baru ini.

Tidak sedikit dari kalangan ummat Islam, orang awam mahupun ilmuan Islam yang berpegang kepada kisah para sahabat yang tidak saheh. Antara yang paling sering diperkatakan dan dibahaskanialah peristiwa perbalahan antara sahabat seperti yang berlaku dalam Perang Jamal dan Peristiwa Tahkim.

Menurut penulis sebahagian besarnya adalah berpunca dan berasal dari sebuah kitab sejarah yang besar karya Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir Al-Tabari. Kitab ini dinamai Tarikh Al-Umam wal Muluk atau lebih dikenali Tarikh at-Tabari. Al-Tabari adalah seorang yang thiqah (boleh dipercayai) lagi benar, imam dalam bidang tafsir, fiqh dan masalah ijma’ dan ikhtilaf. Karya beliau ini dijadikan rujukan utama dalam pensejarahan Islam. Tidak ada mana-mana ahli sejarah Islam yang akan terlepas dari mengutip pandangan dari kitab ini. Pun begitu ini tidak bermakna kitabnya ini tidak terlepas dari khabar dan riwayat yang tidak benar.

Harus dibezakan kaedah periwatan hadith dan kaedah periwayatan sejarah. Perlu diamati pesanan Al-Tabari sendiri dalam pengenalan kitabnya:

Apa yang terkandung dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang terdahulu. Antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya berasa benci atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang menyampaikannya kepadaku. Aku meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku

 Jelas menunjukkan disini kekeliruan dan penyelewengan dalam riwayat tersebut bukanlah berpunca darinya. Muhibbudin Al-Khatib dalam kitabnya Ta’liqat al-‘Awasim min al-Qawasim menegaskan :

Tarikh Al-Tabari menyebut peristiwanya dengan disanadkan kepada perawi-perawinya. Di kalangan mereka ada yang benar dan ada pula yang pendusta. Ahli sejarah mengetahui keadaan perawi dapat membeza antara yang benar dan yang palsu. Adapun mereka yang tidak mengetahui tentang ilmu sanad, mereka akan sesat dengan kesesatan yang jauh apabila membaca Tarikh al-Tabari” hal. 260.

 Oleh yang demikian mengertilah kita bahawa kekeliruan dan penyelewengan ini adalah berpuncad ari kecuaian dan kelalaian pengkaji sejarah dalam menyemak sanad riwayat. Selain itu beberapa faktor lain turut dikenal pasti sebagai penyumbang tersebarnya fakta sejarah yang palsu ini. Satu darinya ialah konspirasi jahat penganut fahaman syi’ah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut saya sarankan buku ini dibaca sendiri. Tuntasnya naskah ini sebuah naskah yang baik. Tema yang dipilih tepat dan dikupas dengan tersusun dan baik. Pun begitu dari segi saiz dan skop huraiannya masih ringkas. Untuk mandalami permasalahan dan isu yang dibicarakan banyak lagi bahan-bahan bacaan tambahan diperlukan. 

Label: ,

6 Respons to “Buku : Pertelingkahan Para Sahabat Nabi saw ; Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah”

  1. luth Says:

    Dalam kebanyakan buku sememangnya sering menjadikan SYIAH sebagai satu golongan atau fahaman atau mazhab yang memporak perandakan insitusi ISLAM.

    Apakah perkara yang mereka WAR-WARkan tentang syiah ini benar-benar TULEN?

    Saya bukanlah penganut ajaran syiah tapi…. perlukah menyalah pihak lain demi mengelak kesalahan pihak lain??

    Saya akan dapatkan buku ini…

  2. ikatkata Says:

    Saudara baca dahulu buku kecil dan ringkas tetapi bermanfat ini. Kemudian nilai.

  3. altaaf Says:

    Salam. Macam mana hendak dapatkan buku ini? Cari di kedai2 buku tiada. Saya duduk di kawasan bandar Kuala Terengganu. Boleh tolong?

  4. ‘Sejarah ditulis oleh Orang yang Menang’ « Mari baca Says:

    […] Mohd Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis pernah menulis sebuah buku berkaitan topik ini, Pertelingkahan Sahabat : Antara Ketulenan Fakta dan Pembohongan Sejarah. Saya difahamkan ia merupakan tesis master beliau ketika di universiti. Sebuah lagi buku beliau […]

  5. badrul hisham bin ayob Says:

    salam di mana saya boleh beli buku ini di kawasan seremban harap bantu tkasih

  6. dzulqarnayn Says:

    Salam
    Belum berjumpa mana2 web yg menwarkan buku dlm format ebook. Sbgai alternatif sila klik link2 bacaan point ke 25 laman web

    http://hafizfirdaus.com/content/view/175/76/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: