Bicara : Bercermin

Selain kereta (a.k.a kenderaan), henfon dan televisyen ; ada apa lagi yang mesti dimiliki oleh setiap rumah. Cermin. Iya cermin muka. Dari rumah kelamin anak sembilan hinggalah ke rumah habitat orang-orang bujang. Dari sebesar-besar rumah orang kaya yang bilik tidurnya dikelilingi cermin setiap sudut (kononnya feng shui) hinggalah sekecil-kecil pondok buruk.

Selain mengorek hidung ketika memandu, manusia sebenarnya obses melihat cermin. Dalam bilik tidur ada cermin. Dalam tandas pun ada cermin. Di kedai baju juga ada cermin. Kedai kasut pun letak cermin di lantai. Apatah lagi ‘fitting room. Jangan tidak tahu, dalam bilik soal-siasat juga ada cermin keliling. Itulah obses paling dinafikan oleh kebanyakan dari kita. Obses melihat diri sendiri. Dan kita nafikan. ‘fact of denial’.

Dalam ilmu sikologi ada disebut ‘kaedah bercermin’. Seperti mana kita suka bercermin melihat diri sendiri di dalam cermin, kita juga berinteraksi dengan keadaan sekitar seperti cermin juga.

Kalau kita tinggi, maka kita cenderung berkawan dengan orang-orang yang tinggi. Pendek sama pendek. Gemuk sama gemuk. Kurus sama kurus. Hensem sama hensem. Kaya sama kaya. Pandai sama pandai. Kita ingin melihat orang yang kita dampingin itu mencerminkan diri kita. Jika tidak sama dari erti fizikal, maka ia perlu sama dari sudut nilai. Orang yang berhaluan kiri akan bergaul dengan orang berhaluan kiri. Pejuang hak asasi senang becampur sesama pejuang hak asasi.

Kita mahu cermin berada disekeliling kita. Dengan siapa kita berkawan. Jenis kereta yang kita pakai. Cara percakapan kita. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita dan bagaimana ianya disusun. Itu semua adalah cerminan yang sangat refleks dengan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: