Buku : Hikayat Abdullah

Penulis : Munshi Abdullah / Hamzah Hamdani
Penerbit : PTS Fortuna (2007)
Halaman : 391 halaman

‘Kata orang arif :
Apabila engkau mendapat wang, belikan emas ;
jualkan emas itu, belikan intan ;
jualkan intan itu, belikan manikam ;
jualkan manikam itu, belikan ilmu’

Hikayat Abdullah (HA) merupakan catatan pengalaman Munshi Abdullah. Bermula lahir hinggalah ke alam dewasa. Bahkan penulis berhasrat menyambung HA, namun tidak kesampaian.

Membaca HA membuatkan saya berasa kagum dengan Mushi Abdullah. Bayangkan lebih dua ratus tahun yang lalu beliau menuliskan pengalaman beliau dengan cara yang baik dan menarik. Dari kecil penulis diajar membaca dan menulis, bahkan belajar bahasa Arab, Hindi dan beberapa bahasa yang lain. Jadi tidak hairanlah penguasaan bahasa beliau sangat baik hingga melahirkan Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah (belum baca).

Penjajahan dari sudut yang positif.

Pengalaman Melaka dijajah Belanda, Portusgi, Jepun dan Inggeris beberapa ratus tahun, memungkinkan ilmu pengetahuan dan teknologi dipindahkan secara tidak langsung. Sehinggakan sahabat saya, meluahkan betapa Melaka memang perlu di jajah. Seandainya Melaka tidak pernah di jajah, mungkin apa yang kita miliki pada hari ini masih jauh untuk dicapai.

Pada saya patut atau tidak, mana lebih baik mana yang lebih buruk tidak perlu menjadi soal. Yang penting, Terjajahnya Melaka, selain mengakibatkan khazanah negara (bijih dan rempah) dipunggah keluar, menyedarkan penduduk pribumi tentang kewujudan dunia luar. Kata sahabat saya, andai kita tidak dijajah, mungkin sehingga jari ini bijih dan hasil mahsul lain tidak terusik. Dan Melayu masih berkeris dan bersampin. Siapa tahu.

Saya sangat kagum dengan peribadi Tuan Farquhar dan Tuan Rafles yang berbudi bahasa tinggi. Munshi Abdullah menjadi pengiring mereka untuk membuat kajian tentang masyarakat, tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Terus saya terfikir, tidak hairanlah dokumentari seperti National Geography Animal Planet dibikin dengan cemerlang. Usaha mereka sudah pun bermula ketika kita masih bertikam keris merebut puteri bunian dari puncak gunung.

Komen

Menyesal pun ada. Kerana tidak baca buku ini awal-awal lagi.

Label: ,

3 Respons to “Buku : Hikayat Abdullah”

  1. shahiran Says:

    Buku berjudul Pelayaran Abdullah belum dapat saya baca. Bagaimana dapat diperolehi ?

  2. shahiran Says:

    Buku Hikayat Abdullah telah saya baca. Anda bukan sepenuhnya Melayu sebenar jika masih belum membacanya !

  3. Harris Says:

    Buku Hikayat Abdullah ini diterbit atas usaha Hamzah Hamdani, Yayasan Karyawan dan diterbit PTS Publication untuk edisi adaptasi bahasa zaman sekarang(semi-klasik). Saya pernah cuba baca buku Pelayaran Abdullah edisi ejaan lama. Separuh jalan sahaja, agak sukar untuk menghayati kerana tidak biasa dengan bahasa lama. Kisah Pelayaran Abdullah versi semi-klasik belum lagi saya lihat diterbitkan. Lepas ni kene cari balik buku kisah pelayaran Abdullah tu di kampung! huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: