Forgotten Truth : Dimension of Divine Proximity (Walaya) In Everyday Life

Syarahan Umum
“Forgotten Truth : Dimension of Divine Proximity (Walaya) In Everyday Life”
oleh Prof. Dr. James Winston Morris
Professor pelawat

Akibat lewat memasuki dewan kuliah, maka banyak pengenalan penting tentang penceramah dan latar belakang program tidak dapat saya ikuti. Dan tercengang-cengang saya mencari ulu pangka perbicaraan. Tambahan pula professor pelawat ini berbicara seperti berbual-bual dengan ghairah bersama rakan sejawat. Saya yang lemah penguasaan bahasa Inggeris ini jenuh mengamati gerak bibir sang professor ini.

Pun begitu, alhamdulillah, saya masih dapat mencerap beberapa isi penting. Secara umumnya syarahan ini berkisar isu-isu umat Islam semasa sejagat. Yang sempat saya tangkap butir bicara :

– Senario masyarakat hari ini yang hanya membaca maklumat, tetapi tidak memahami (reading infotmation but not understanding). Beliau turut membandingkan apa itu maklumat dan ilmu pengetahuan.
– Budaya internet yang membawa revolusi dalam perhubungan sosial. Semua kelompok masyarakat ; bermula golongan bandar hingga ke kampung, sekular hinggalah ke ortodok, semuanya terkesan dengan budaya teknologi maklumat. Telefon bimbit dan komputer menjadi milik peribadi hampir setiap individu.
– Keperluan ummat manusia menghidupkan dialog antara budaya, dan bukan lagi dialog antara peradaban. Menurut beliau lagi dialog antara peradaban sudah tidak relevan.
– Beliau turut menyentuh tentang menurunnya minat masyarakat untuk mempelajari Al-Qur’an. Ini kerana isi kandungannya tidak lagi dipraktiskan.

Menyentuh lebih lanjut poin terakhir, kebetulan saya sedang mentelaah sebuah buku tentang pendidikan. ‘Principles of Teaching’ oleh W.M. T Ryburn and K.B. Forge (Oxford 1948). Dalam buku ini menyebut, ‘manusia belajar untuk menyelesaikan masalah’.

Apabila kita membaca Al-Qur’an dan mendalami isi kandungannya, tentu sekali mahu apa yang difahami itu dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Realiti yang berlaku tidak. Hanya sebahagian sahaja kandungan Al-Qur’an dilaksanakan. Justru untuk apa ianya dibaca dan dikaji, andai tujuan akhirnya itu tidak ada apa-apa.

Dalam sesi soal jawab beberapa soalan menarik dikemukakan. Yang paling saya ingin sebut ialah tentang larangan penggunakan perkataan Allah dalam teks agama lain yang merujuk kepada tuhan. Ini dibangkitkan oleh seorang wakil MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia). Kata wakil itu, di beberapa negara lain (beliau menyebut Indonesia dan Filipina) gereja dan tokong budha menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Namun di Malaysia larangan itu dibuat sejak tahun 1960-an.

Jawapan menarik dari penceramah. Situasi sama berlaku di Amerika, di mana pertubuhan-pertubuhan Kristian cuba merlarang umat Islam menggunakan perkataan God untuk merujuk kepada Allah. Namun penceramah enggan mencampuri polisi dan undang-undang dalam negara ini.

Pada saya larangan ini, yang tentu pada asalnya dibuat (kononnya) untuk memurnikan makna Allah itu sendiri, namun dari sudut dakwah ianya satu ‘diskredit’. Sepatutnya ummat manusia punya satu titik persamaan untuk menyembah Allah. Dan satu-satunya titik persamaan yang pasti benar itu dipadamkan oleh kebodohan orang yang mengaku bijak dan pandai kita sendiri.

Syarahan Umum ini telah diadakan pada 11 Januari 2008 bertempat di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Label: , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: