Pemimpin vs Pengurus

Memimpin ialah keupayaan untuk mempengaruhi orang lain bertindah. Juga keupayaan untuk memberi motivasi kepada individu lain.

Memimpin dan mengurus merupakan dua perkara yang berbeza.

Mengurus ialah mengelola perkara rutin supaya berjalan dengan baik dan lancar. Mengurus juga mmerupakan proses menyelesaikan masalah. Ini antara kandungan syarahan satu jam oleh Ms Karen M Albertson, Pengarah Urusan 3M Malaysia Sdn Bhd.

Tambah beliau pemimpim adalah guru dan agen perubah.

Beliau memetik kajian yang dilakukan oleh Jim Collins (Jan 2001) terhadap eksekutif di 1400 syarikat. Hasil kajian mendapat beberapa ciri utama pemimpin yang hebat.

1. Personaliti yang sangat merendah diri ‘deep humility’.
2. ‘intense proffesionalism to do what it takes to succeed’. (Sesiapa tolong terjemah!)
3. Lebih suka memberi pujian (kredit) kepada orang lain, dan suka menyalahkan diri sendiri pada setiap kelemahan.

Tambah Karen lagi mengajar memimpin bukan seperti mengajar perkara lain di dalam kelas. Mengajar memimpin perlu kepada praktikal dan menggunakan teknik mentor. Karen sendiri merupakan mentor kepada ramai pengurus yang lain.

Saya teringat pada tulian Sifu Ainon. Dalam laman UNIKA beliau pernah memetik kajian, pemimpin yang berjaya ialah individu yang kooperatif berbanding kompetitif.

Tajuk ucapan Ms Karen ialah ‘Menyediakan Pemimpin untuk Masa Depan’. Antara isu utama berkait judul ucapan ialah peralihan stail kepimpina generasi ‘babyboomers’ yakni generasi yang lahir era perang dunia pertama dan kedua (kan banyak bom meletup pada masa itu) kepada generasi yang lahir selepas itu (disebut sebagai gen X).

Ini adalah isu utama yang membimbangkan. Dalam masa beberapa tahun lagi sebahagian besar generasi ‘babyboomers’ akan beransur-ansur diambil alih oleh gen x.

Karen M Alberson merupakan Pengarah Urusan 3M Malaysia Sdn Bhd. 3M merupakan sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat. Mempunyai lebih 75,000 pekerja di selueurh dunia dan mengendalikan 60,000 produk dalam pelbagai bidang.

Syarahan satu jam beliau terasa sangat pendek. Banyak perkara yang disentuh, namun kurang yang dapat saya catat. Lebih-lebih lagi ini merupakan pengalaman pertama saya mendengar syarahan dari seorang MD syarikat antarabangsa. Majlis turut dihadiri Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Rafiah Salim.

‘Preparing Leaders for The Future’
Oleh : Ms Karen M. Albertson
Pengarah Urusan 3M Malaysia Sdn Bhd.
Universiti of Malaya-American Malaysia Chamber of Commerce Leadership Lecture Series

Label: , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: