Makna

Kerana ada orang miskin, maka adalah orang kaya’, kata Ann Wan Seng, seorang penulis dan pendakwah. Sambung beliau, ‘jika semua orang kaya, maka tiadalah apa yang dinamakan orang kaya’. Ulas beliau, ini mantik. Tuhan ciptakan benda berpasang-pasangan. Yang tunggal hanya Tuhan sahaja. Bahkan menjadi dosa yang paling besar apabila kita menafikan sifat ketunggalan Tuhan itu. Syirik namanya. Meletakkan sifat Tuhan kepada makhlus. Yang disembah-sembah dan dipuja-puja berlebihan.
Kisah Nabi Yusuf yang Tuhan ceritakan dalam Al-Quran menyebut begitu banyak watak jahat ketimbang watak baik. Yang baik hanya Nabi Yusuf, adiknya dan Nabi Yakub (seingat saya). Selebihnya jahat-jahat belaka. Kata Sifu Ainon dalam kajian Teknik Surah Yusof, lebih banyak orang jahat menjadikan orang baik lebih teruji dan watak-watak baik terserlah kebaikannya. Analoginya seorang lelaki yang digoda seorang pelacur sekali dan seorang lelaki yang digoda sepuluh kali, tentu yang digoda sepuluh kali dan berjaya melawan godaan itu yang lebih baik.

Adanya mati supaya kita menghargai hidup. Kalau manusia hidup tidak mati-mati agaknya apa jadi? Satunya bumi ini akan penuh dengan manusia di sana sini. Dan mati memberi makna kepada manusia yang masih hidup. Memberi ruang menyedut oksigen yang makin terhad. Membuka peluang kepada jawatan kosong yang ditinggalkan.

Cinta yang ditolak juga natijahnya begitu. Supaya nanti apabila diterima, maknanya lebih besar. Mungkin jika cinta itu dengan senang diterima, kita akan senang sekali mensia-siakannya. Sama seperti kita mensia-siakan kebersihan sungai dan udara yang cuma-cuma.

Sudah sampai masanya kita mula menghargai penolakan, kegagalan, kematian dan rasa ditinggalkan. Anggaplah itu sebagai secubit garam, yang menjadikan sekawah masakan lebih rasa dan lebi sedap.

Kerana gagal itu sebahagian dari berjaya
Miskin itu satu bab dari kaya
Ditolak itu satu proses dari diterima
Jatuh itu langkah-langkah sebelum bangun semula
Kematian itu satu babak dari kehidupan

Label: , ,

2 Respons to “Makna”

  1. Afiqme Says:

    wow! nice artikel… saya setuju!😉

  2. Haizir Says:

    Tulisan yang baik, Ridhuan! Dengan frasa dan bahasa yang baik. Cuma kadangkala terganggu dengan typo. Tapi, tetap mantap!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: