Masalah dan permasalahannya

Masalah berada di mana-mana. Ada orang menganggap mati satu masalah. Maka ramai yang bersedih, bergundah dan bergulana. Meratap meraung sian dan malam menangisi kematian.

Tapi kadang-kadang mati juga satu penyelesaian masalah. Seorang manusia hidup terkejung koma bertahun-tahun di atas wad hospital, adalah lebih baik mati dari hidup.  Tuhan juga Maha Mengetahui mana yang lebih baik.

Seorang tentera yang parah dalam medah perang adalah lebih baik mati berbanding hidup menjadi beban kepada pasukan lebih-lebih lagi dibimbangi ditawan musuh.

Hidup dan mati, sakit dan sihat, miskin dan kaya, semua itu ketentuan Tuhan. Hasil dari tidak tanduk manusia itu sendiri. Bila kita sakit Tuhan perintah kita berubat. Ketika kita miskin, Tuhan suruh kita berusaha lagi dan bersabar. Keika kita hidup Tuhan ingatkan kita bersiap siaga untuk mati, kerana mati itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita.

‘Hidup pun susah, mati lagi susah’. Ini dialog seorang apek tua dalam filem P. Ramlee, Madu Tiga. Yang tersirat menunjukkan mati bukanlah penyelesaian kepada hidup. Sebaliknya mati merupakan satu daripada bahagian kehidupan.

Kata Mufti Perlis dalam satu kuliah mingguannya, ‘Kalau hidup ini penghujungnya mati, kemudian noktah, maka ramai yang akan bersedih dan berdukacita’. Sebetulnya mati adalah peralihan dari satu fasa kehidupan kepada kehidupan yang lain.

Mati lawannya bukan hidup, kerana mati itu maknya hidup. Hanya yang hidup sahaja mati. Yang tidak wujud dan yang tidak hidup, masakan akan mati.

Gagal bukan bererti tidak berjaya. Sebaliknya semakin kita gagal, semakin kita hampir dengan kejayaan. Hanya jangan berhenti mencuba. Jatuh, jatuh, dan jatuh, tapi jangan lupa bangun semula. Kata Sifu Ainon, ‘Cara terbaik untuk tidak jatuh basikal ialah dengan tidak menaiki basikal’. Maksudnya begini, cara terbaik untuk tidak gagal, ialah tidak mencuba.

Kalah tidak bermaksud tidak menang. Tapi kita harus berbangga kerana kalah ditangan orang yang menang. Dia beroleh kemenangan kerana berjaya mengalahkan kita. Tanpa mengalahkan kita, dari mana dia mampu beroleh kemenangan itu. Maka kita yanga kalah itu adalah sebahagian dari kemenangan itu. Adalah jauh lebih baik dari orang yang langsung tidak bertanding. Sesungguhnya, sangat jauh lebih baik. Walaupun ditandingi orang yang menang.

Justru, hadapilah masalah dan kesulitan itu dengan tenang. Kerana meyakini bahawa kesusahan itu sebahagian dari kesenangan, kesulisan itu adalah bahagian dari penyelesaian.

Cuma, jangan sesekali melarikan diri dari masalah. Melarikan diri dari masalah merupaka satu lagi masalah yang sengaja kita ciptakan.

Itulah maknanya hidup.

Label: ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: