Filem : Cuci (2008)

Pengarah          : Hans Isaac

Skrip                : Hans Isaac & Harith Iskandar

Pelakon            : Hans, Awie, Afdlin, AC Mizal, Erra, Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Harith Iskandar, Ida Nerina.

Saya gembira menonton Cuci. Buah tangan Hans yang pertama ini ternyata tidak menghampakan. Ia seakan ‘reunion’ Baik Punya Cilok, tapi masih banyak yang perlu diperbaiki untuk dibandingkan dengan Baik Punya Cilok yang pada saya filem terbaik Afdlin Shauki.

Dan saya sangat gembira apabila mengetahui bahawa filem ini ditonton khalayak yang ramai. Bayangkan tayangan hari biasa pun panggung hampir penuh. Tiket ‘selling fast’. Ini satu permulaan yang baik kepada Hans. Sebelum saya terlupa mengucapkan ‘tahniah’ kepada Hans kerana menghasilkan filem yang menarik dan filem yang baik isi kandungannya.

Filem yang baik isi kandungannya seperti Sumolah tidak berjaya menarik penonton ke panggung. Dan saya sendiri yang berkorban menonton filem melayu sungguh hampa dengan buah tangan Afdlin kali itu, sedangka beliau adalah karyawan favorite saya. Bahkan saya menamakan beliau sebagai P Ramlee baru. (Harap jangan mati seperti P Ramlee juga yang sakit jantung. Iyakah?).  Hati Malaya juga tidak berjaya di pawagam.

Yang berjaya pada tahun lepas antara yang ingin saya catatkan ialah Anak Halal dan Haru Biru (ketimbang kos dan promosi Haru Biru saya kira berjaya). Kedua-dua filem ini berjaya dihasilka dengan baik, namun isi kandungannya (konten) tidak sebaik yang disangka. Begitu banyak pengaruh buruk yang dipaparkan berbanding perkara baik. Sayang sekali.

Memetik kata Ahmad Idham ketika menjawap soalan wartawan tentang pengaruh buruk dalam filem Remp-It, ‘Kita buat adegan buruk supaya orang tidak tiru’. Saya tidak nampak di mana bijaknya kenyataan seperti ini. Sama seperti kita menyangkan filem lucah, sambil berkhutbah, ‘Jangan buat begini jemaha sekalian. Berdosa hukumnya!’.

Sinopsis

Cuci-cuci Services sebuah syarikat milik Afdlin, Awie, Hans dan Afdlin. Yang kebetulan mereka berempat dipelihara oleh Tok Bi sejak dari kecil. Mereka semua ini anak yatim. (Untuk memudahkan cerita).

Mereka (sebenarnya Afdlin sahaja) bercita-cita mencuci KLCC. Masuk pertandingan, berkenalan dengan awek cantik dan akhirnya menang kontrak. Akhirnya mereka mendapat kontrak mencuci pesawat Air Asia (yang sinonim dengan Tony Fernandez, sebab Tony pun berlakon).

Ulasan

Cuci sebuah filem berjiwa besar. Sebuah filem tentang kerjaya. Tentang cita-cita. Ia mengajak penonton untuk berani memasang impian yang tinggi Setingi mencuci bangunan yang sangat tingi seperti KLCC.

‘Kalau kita boleh bina bangunan paling tingi di dunia, kenapa kita tidak boleh mencucinya’, lebih kurang itulah dialog Afdlin yang berlakon menjadi abang sulung. Persepsi orang Melayu tentang kerjaya perlu berubah. Kerja yang baik bukan sahaja makan gaji (lebih-lebih lagi kerja gomen yang ada pencen dan bonus). Tanggapan ini perlu diperbaiki. Sektor swasta juga menyediakan peluang yang baik. Begitu juga sektor perniagaan, pertanian dan perladangan.

Kita belajar tinggi-tinggi d sekolah tinggi, bangunan tinggi dan ijaza paling tinggi hingga menjawat professor dan segala semata-mata merebut jawatan yang terhad. Mahu makan gaji. Mahu hidup selesa. Mahu ada pencen yang terjamin. Mahu merebut cukai yang dibayar rakyat. Merebut hasil mahsul negara yang sangat terhad.

Orang-orang China pada zaman dinasti adalah seperti orang-orang Melayu zaman sekarang. Sangat berbangga berkhidmat dengan kerajaan. Berebut-rebut mahu menjadi tabib di raja, aksar dan pegawai kerajaan. Kerana pada masa itu rakyat mempercayai Maharaja adalah wakil Tuhan di muka bumi. Taat kepada raja sama seperti taat kepada Tuhan.

Selepas Maharaja, kerabat dan pembesar, golongan yang dimuliakan dalam priramid masyarakat ialah pegawai kerajaan, kemudian askar, kemudian petani dan akhirnya peniaga sebelum hamba. Dan hirarki ini berubah selepas jatuhnya era dinasti Hari ini golonga peniaga menduduk hirarki tertinggi. Bahkan di mana-mana tanah di atas dunia ini pun, golongan peniaga a.k.a borjois a.k.a pemodal a.k.a kapitalis menjadi sekutu rapat pemerintah. Hanya orang Melayu sahaja masih belum sedar akan perubahan kondisi ini.

Cuci membawa dimensi baru kepada takrif kerjaya. Menjadi tukang cuci juga boleh hidup kaya, senang dan cool. Bukan sahaja ekskutif, pegawai kerajaan ataupun cikgu sahaja. Filem ini memainkan peranan besar dalam menyampaikan mesej bahawa kita boleh berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Syaratya hanya satu. Bersungguh-sungguh. Lihat bagaiman tim Cuci-cuci tetap menyudahkan mencuci bangunan walaupun telah diisytiharkan kalah dalam pertandingan.

Filem motivasi

Filem beginilah yang perlu dipertontonkan kepada anak-anak sekolah agar berani memasang angan-angan yang tinggi. Kerana dari angan-angan itu akan terbit cita-cita. Dari impian itulah akan terbentuknya usaha. Saya teingat ketika berada di tingkatan 3, ustaz saya membawa kami sekelas menonton filem The Lion King (di bilik tayangan sahaja). Dan sebelum itu ketika di sekolah rendah guru Bahasa Inggeris saya menganjurkan acara tengok wayang filem Jurrasic Park beramai-ramai. Maka berbondong-bondonglah kami berpuluh-puluh pelajar berbaris berjalan kaki menuju ke pawagam.  Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pawagam. Dan emak saya begitu menentang hasrat itu, kerana menurutnya masuk pawagam sama seperti masuk neraka. Mujur abah ‘defend’.

Yang lain-lain

Selebihnya, ada bau Afdlin dalam filem Cuci. Mana boleh lari kerana Afdlin turut memegang peran utama. Dan Hans juga merupakan teman baik Afdlin. Masakan mereka menjadi teman baik tanpa berkongsi nilai dan idelisme yang sama.

Babak yang saya kesan ketara mirip Baik Punya Cilok :

1.      Umie Aida terkasima dengan kesasaan Awie. Ingat Ida Nerina ketikamenjadi pulis dalam Baik Punya Cilok!

Kemunculan Ida Nerina dan Harith Iskandar walaupun seketika namun sangat berkesan. Ida sebagai gadis Information Caunter sangat mencuit hati. Saya teringat babak Ida dalam Waris Jari Hantu. She is my all time favourite actress.

Kesimpulannya saya senang dan gembira menonton Cuci. Dan lebih lagi saya gembira apabila filem sebaikk ini ditonton ramai orang. Iya. Sekali lagi tahniah.

Label: , , , , ,

Satu Respons to “Filem : Cuci (2008)”

  1. artozy Says:

    Pernah ada orang menegur bahawa rupa paras saudara mirip Allahyarham Nordin Ahmad?

    Ikatkata : Pernah. Sdra yang ke-3 berkata begitu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: