Konsumerisma

Niaga ialah urusan jual beli. Peniaga ialah orang yang menjalankan urusan jual beli. Oleh yang demikian semua orang yang pernah terlibat dengan urusan berjual dan membeli merupakan peniaga. Semua orang adalah bisnesman. Seorang penjual menjual barangannya dengan nilai wang. Manakala seorang pembeli men’jual’ wangnya dengan barangan yang mahu dimiliki.

Semua orang adalah bisnesman. Namun yang sedar akan hal ini hanya penjual. Penjual menguasai barangan dengan menentukan sendiri  berapa harga barang yang mahu dijual. Penjual sedar akan kuasa keperluan pengguna sasaran akan produk yang dijual.

Sedang pembeli tidak sedar akan kuasa wang yang dimiliki. Bagi peniaga ‘asal barang jadi duit’. Dan bagi pembeli ‘asal duit jadi barang’. Falsafah ‘Asal barang jadi duit’ menguntungkan penjual, sedangkan ‘asal duit jadi barang’ belum tentu menguntungkan.

Ahmadulhadi ke kedai runcit untuk membeli gula. Ahmadulhadi capai 2 pek gula dari rak kedai dan terus menuju ke kaunter bayaran. Ahamdulhadi hulur sekeping nota merah kepada Haji Ismail Endut yang merupakan taukeh kedai dan terima baki beberapa keping nota berwarna biru. Ahmadulhadi sambil senyum capai bungkusan plastik merah jambu yang berisi dua pek gula dan terus berlalu. Berapa harga satu pek gula dan berapa baki wang yang dikembalikan Haji Ismail Endut hanya Tuhan dan Haji Ismail Endut sahaja yang tahu.

Ini adalah satu sikap tipikal pembeli (baca pengguna). Tidak sedikit yang mengambil sikap acuh tidak acuh dengan harga produk yang dibeli.

Manakala dalam satu kes lain, bertempat di sebuah pasaraya. Encik Anuar Lee Abdullah sedang membuat pembayaran di kaunter. Setiap kali cashierr Norazira Mehat mengimbas barkod produk setap kali itulah Encik Anuar Lee Abdullah menyemak maklumat yang dimasukkan ke dalam amaun barangan yang dibeli.

Pernah terjadi satu produk terimbas lebih dari kuantiti yang sepatutnya. Encik Anuar Lee Abdullah hanya membeli 3 kotak Susu Tepung Cap Arnab Berlari Laju, akan tetapi rekod catatan jualan menunjukkan bilangan 4. Dalam satu kejadian berasingan, harga jualan yang diimbas berbeza dari seperti yang tertera pada tag harga.

Sikap cermat dan teliti seperti yang ditunjukkan Encik Anuar Abdullah perlu menjadi contoh kepada pembeli yang lain.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: