PRU 12 : Tukar atau tidak?

Kereta kita sudah buruk. Gear box sudah rosak. Masuk sahaja gear lima, mengusul bunyi ‘ik’ ‘ik’ bagai muzik jazz. Belum lagi ‘clatch pad’ yang hampir habis. Dan sana-sini yang setiap hari meronta-ronta minta diservis dan dibaiki. Mahu sahaja di’tereban’ (bahasa orang Perak bermaksud campak) ke dalam lombong. Atau jual sahaja ke kedai Keling Besi Buruk.

Hendak tukar kereta baru, ongkosnya tak mandang. Hutang kereta lama pun berus habis bayar. Gagah-gagahkan pujuk hati pakai juga kereta lama.

Pemerintah juga begitu. Lamanya Geng Perikatan (kini BN) memerintah. Fidel Castro yang memegang rekod pemimpim politik paling lama pun sudah letak jawatan. Dek kerana lamanya itu, maka banyaklah yang perlu dservis dan overhaul. Rosak sana rosak sini. Hinggakan kos membaiki itu kadang kala menjangkaui kos beli yang baru. Itu sebab barang antik mahal agaknya. Bukan kerana manfaat barang itu, sebaliknya nilai estetik.

Bn dan Umno pun melalui jalan yang sama. Tidak ada apa yang tinggal di dalamnya. Melainkan Pak Lah, Khairy, Najib dan Hisahmuddin yang bergendang dan bercakar. Namun untuk menggantikannya terasa sayang. Bukan kerana apa yang ada di dalam Bn dan Umno itu sendiri. Melainka hanya nilai estetik nya sahaja. Betapa Dato’ On dan Tunku dahulu beria-ia mahu negara kita merdeka (walaupun terpaksa memadam peranan pejuang yang lain). Dan kerana kita hidup dalam kenangan dan nostalgik maka Bn dan Umno itu janganlah dilupuskan.

Selain Bn yang sungguh-sungguh mahu menang dan menang lagi di kawasan pernah menang, hanya ada dua kali sahaja ‘pihak lain’ bersungguh-sungguh untuk menang juga. Yakni Angkatan Perpaduan Ummah (1990) dan Barisan Alternatif (1999). Selepas dari dua tarikh itu ‘pihak lain’ nampak tidak bersungguh-sungguh seperti mana bersungguh-sunguhnya Bn, Umno dan konco-konco mereka menang.

Lihat Bn, Umno dan konco-konconya, macam-macam cara mereka guna untuk menang. Guna kain pelikat Langkawi, guna songket Terengganu, guna balai raya, guna mencarut (tapi tak tunjuk dalam tv la), guna pengundi hantu, guna spr dan macam-maca lagi . ‘Pihak lain’ macam mana. Pihak lain banyak kali dah kalah, jadi kalau kalah lagi pun tidak mengapa. Masih ‘cool’. Kata Billie Lim yang pernah kalah di Bukit Bintang, ‘Berani gagal’. Maksudnya berani untuk kalah. Tapi kalau kita suka-suka mahu gagal dan kalah, itu lain.

Hendak tukar kereta baru tidak cukup wang. Hendak tukar parti pemerintah yang baru, nampak kosnya tidak cukup. Gabungan parti alternatif tahun 1999 cukup kuat dan berkeyakinan. Hinggakan mampu membentuk kabinet bayangan. Hasilnya parti alternatif menang banyak kerusi, kekal di Kelantan dan rampas Terengganu. Parti yang memerintah kerajaan sudah tidak oleh diharapkan lagi. Namun pilihan yang lain nampak tidak begitu meyakinkan. Adakah berbaloi menukar parti pemerintah yang ada kepada yang lain.

Kalau yang dibancuh itu serbuk teh, maka teh juga rasanya. Melainkan parti alternatif menukar strategi. Tampilkan gaya kempen yang baru.Hentikan kempen caci-maki-hamun (Mursyidul Am Pas sudah pun sebut hal ini). Walaupun kita tahu parti pemerinta juga tidak lebih baik dalam hal ini. Bahkan lebih dahsyat, siap dengan isyarat provokatif (seperti kes MB Pahang).

Maka hari ini kita bangun pagi, mulalah membancuh perkara lain. Beberapa perkara baru yang dilakukan oleh parti alternatif kali ini ialah :

1. Menukar istilah ‘manifesto’ kepada ‘tawaran’.
2. Menerbitkan ‘Kempen’ secara percuma (khabarnya 150 ribu naskah).
3. Lebih ramai calon wanita (termasuk peguam bukan Muslim).

Saya berharap dan berdoa calon yang dipilih rakyat kali ini lebih baik. Tidak semestinya yang baik itudatang nya dari parti pemerinta mahupun parti alternatif. Secara peribadi parti alternatif punya ramai calon yang punya karisma, berbandig calon parti Bn yang hanya punya gelar dan wang.

Untuk semua petugas pilihanraya (kalau ada yang baca, ada?), selamat bertugas.

P.063 Tambun

1. Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (BN)
2. Mohd. Asri Osman (PKR)

N.024 Hulu Kinta

1. A. Ayyathurai (PKR)
2. M. Sathiya Seelan (Bebas)
3. Datuk Rosnah Kassim (BN)

Label: , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: